Khamis, 28 Julai 2011

PRU 13... LAGI LAMBAT...LAGI PARAH...

umNO kini dilihat sangat terdesak. Petanda PRU 13 semakin hampir tak dapat disorok lagi. Cakap cakap dah lama kedengaran. Ramalan pun ada yang dah terlepas. Di belakang tabir umum mengetahui Bn sangat terdesak. Membiarkan masa berlalu tanpa pilihanraya menjadikan kerajaan Najib semakin miskin gara gara masalah ekonomi ditambah gaya hidup boros Imelda Rosmah kekasih hati Najib! Isu yang semakin menghimpit Bn memberi isyarat ia bukan semakin reda sebaliknya semakin bertambah.


Kesilapan demi kesilapan gara gara terlalu takut dan bimbang menjadikan Bn kini betul betul di hujung tanduk atau ambang maut. Mengharapkan rakyat dan dunia mengampunkan kesalahan Bn gara gara keganasan polis bertindak kepada peserta himpunan BERSIH adalah semakin mustahil.  Himpitan itu telah merebak ke seluruh dunia. BN yang sebelum ini cuba membantu polis yang setia membantu mereka di lihat sudah mula kendur. Kini kelihatan polis akan tinggal bersendirian mempertahankan tindakan ganas mereka.
Tidak mustahil umNO Bn akan turut menyalahkan polis setelah mereka tiada pilihan. Membela umNO ibarat menyelamatkan anjing kurap!


Video versi polis bukan hanya tidak meyakinkan rakyat malah mungkin pemimpin umNO sendiri tidak yakin. Ulangtayang episod memali sudah tak menjadi di era maklumat di hujung jari. Rahsia tak dapat di tutup lagi kerana dunia menyaksikan kebenaran peristiwa BERSIH seawal minit ianya tercetus.... mana mungkin polis berjaya mengikis kebenaran dengan video yang penuh keraguan setelah hampir dua minggu ia berlalu...


Bn juga tereperangkap kini gara gara tindakan mereka terhadap enam ahli PSM. Walaupun mungkin skrip asalnya sepatutnya menguntungkan Bn dan menggagalkan BERSIH tetapi ia berlaku sebaliknya. BERSIH berlangsung dengan jayanya... Isu tangkapa di bawah ordinan darurat ini telah memunculkan episod baru kebencian terhadap Bn.


Bn yang selama ini bertopengkan senjata bangsa sekali lagi terperangkap apabila lima dari enam yang ditahan itu berbngsa india. India yang dilihat mula kembali kepada BN setelah " mengamuk " melalui HINDRAF dulu yang menyebabkan Samy vellu tersungkur...sekali lagi marah dengan isu ini. MIC telah menghidu kemarahan orang india dan mendesak agar mereka di bebaskan segera! Jika bn masih mengharapkan undi India....


Bangsa Cina memang seakan telah berpatah arang dengan Bn. Kemarahan Bn terhadap masyarakat Cina terbukti dengan ucapan Najib di SJK (C) Kedah hari ini. Ia dilihat bernada mengugut... pastinya ia akan menambahkan kebencian Cina kepada Bn...saya hampir pasti!

1 ulasan:

Unknown berkata...

kalau video tu diulang tayang pun, siapa nak tengok? TV kan tempat sandiwara yang diulang-ulang, jadi video pihak polis pun macam siri yang dibuat dek yusuf haslam tu, tak menarik dan membosankan, mujur saya memang tak ada tv, sebab tak mampu nak beli tv walaupun malaysiaku indah permai, itu kata pemimpin UBN le... TV tak memberi manfaat, jadi tak perlulah tayang apa pun! tayang cincin dan beg tak apa.