Rabu, 6 Julai 2011

SYARAT SYARAT NAJIB

Apa lagi alasan kerajaan?? Ternyata kerajaan Barisan Nasional terkial kial mencari alasan agar himpunan BERSIH tidak berlangsung. Bermula dari dolak dalik untuk membenarkan stadium, kini macam macam alasan sedang dibina...  ternasuk penemuan bom botol....

Rakyat kini terasa marah dan susah gara gara sekatan jalanraya yang dilakukan polis, walau hanya menjadi pak pacak di tepi jalan...semuanya atas alasan Himpunan BERSIH... Media akan terus mencanangkan bahawa ini adalah angkara BERSIH .... BERSIH di harap dipersalahkan... Soalnya...adakah rakyat sebodoh itu??
Hishamudin dalam respon awal tetap melihat himpunan tersebut sebagai satu himpunan haram. Berbagai alasan dicari... namun rakyat dapat menilai siapa sebenarnya yang berdolak dalih dalam isu ini. BERSIH telah akur dengan janji kerajaan untuk membenarkan stadium... Kini mereka terperangkap apabila BERSIH benar benar bersedia memenuhi tuntutan tersebut..

Kerajaan sekali lagi tewas dengan rancangan jahat mereka sendiri... Mereka hanya berharap agar himpunan ini tetap gagal walau dengan alasan apa sekalipun... Kita sedang menunggu apakah syareat yang akan diberi Najib dalam pertemuan yang sedang diusahkan oleh BERSIH. Kita juga tidak tahu apakah kandungan perbincangan BERSIH dengan Agong... semuanya dalam perancangan pimpinan BERSIH.

Saya menjangkakan beberapa syarat dan perancangan Najib bagi menggagalkan himpunan 9 Julai ini;

01. Mencadangkan perubahan tarikh himpunan kerana mereka tahu telah ramai penyokong BERSIH kini berada di Kuala Lumpur. Ramai yang telah mengatur perjalanan menaiki keretapi, bas dan berbagai alternatif lain.... pastinya jika berubah tarikh , Najib mengharapkan himpunan gagal.

02. Malarang pemakaian warna kuning yang masih digeruni. Warna itu telah merasuk warga Malaysia. Mungkin selepas ini tok sami pun kene tangkap sebab pakai baju kuning. Ia bagi menutup gelombang sokongan rakyat yang pastinya akan memenuhi sepanjang jalanraya Malaysia dari utara ke Selatan menuju Kuala Lumpur dengan gelombang kuning bersih.

03. Mencipta isu keselamatan seperti letupan dan sebagainya...

04 Melarang konvoi kenderaaan atau menghadkan peserta himpunan.

05. Mencadangkan stadium atau tempat yang kecil dan tidak mampu menampung peserta yang dijangka semakin ramai.

06. Mengunakan NGO atau apa sahaja pertubuhan untuk terus membantah himpunan dengan berbagaialsan ciptaa

07. Mengeluarkan arahan mengelirukan di saat akhir himpunan..

Tujuannya hanya satu... GAGALKAN HIMPUNAN BERSIH!

Segalanya berkemungkinan..... pastikan anda bersedia....

1 ulasan:

budakbalun berkata...

cakap lah apa pun.. yang teman nampak.. semua dah kena kencing dengan Najib-UMNO!

La ni..
nak demo jalanan dah kata kansel..
nak demo stadium area KL dah tak dapat!

Wakakakakakakaak!