Rabu, 31 Ogos 2011

JAIS MESTI SEGERA

Berita melaporkan JAIS meminta penangguhan untuk menyiapkan laporan tentang tindakannya di sebuah gereja yang mencetuskan kontroversi baru baru ini. Kenyataan Menteri Besar yang dipetik melaporkan laporan itu akan disiapkan penghujung September. Ia sesuatu yang sangat mendukacitakan.

Atas alasan apa yang paling rasional Jais menangguhkan laporan itu tidak dijelaskan. Namun ia satu tindakan yang mengecewakan. Ia sepatutnya menjadi keutamaan JAIS di saat terlalu banyak kekalutan yang timbul dari tindakan tersebut. Ia seakan mengesahkan ada tangan ghaib di belakang tindakan tersebut.

Polemik yang melah melibatkan campurtangan politik sepatutnya disegerakan kerana penangguhan akan mencetuskan pelbagai polemik baru yang akan menjejaskan tanggapan terhadap JAIS dan Islam sendiri. Ia seakan mengesahkan JAIS berada di pihak bersalah sehingga mengambil masa yang lama untuk membela dan memberi penjelasan.

Tanggapan umum tidak boleh disalahkan lantaran tindakan JAIS tersebut. Masyarakat kita selalunya mempunyai persepsi bahawa pihak yang terlalu beralasan berada di pihak yang salah. Soal kebenaran mesti disegerakan agar dapat mengelakkan pelbagai tanggapan salah terhadap Islam. 










Tiada ulasan: