K |
ontroversi berkaitan perjuangan kemerdekaan belum reda. Ia diperluaskan dan dipanjangkan dengan penganjuran pelbagai program penceritaan sejarah dan pelbagai seminar, dialog dan debat. Namun ianya tetap tidak dapat menyelesaikan isu yang berlaku kerana program yang dianjurkan bukanlah usaha menggali hakikat dan kenyataan sejarah sebaliknya hanya menjelaskan keyakinan dan pegangan sejarah yang sedia ada.
umNo menganjurkan penceritaan sejarah dengan menjemput tokoh yang cenderung dengan pegangan sejarah mereka seperti Ramlah adam dan professor Khoo kay kim. Dalam membicarakan tentang Bukit Kepong secara khusus, maka orang seperti Hanif Omar kembali diketengahkan.
Bagi pihak PAS dan Pakatan Rakyat, mereka pergi lebih jauh dengan menemui waris Mat Indera , antara tokoh yang dijadikan isu dalam Bukit Kepong termasuk menggali kembali buku sejarah yang telah ditulis termasuk yang dikeluarkan oleh Warisan Johor. Secara lebih bersungguh. PAS menawarkan khidmat peguam kepada keluarga polis Bukit Kepong untuk menyaman kerajaan British yang disifatkan lalai dari tanggungjawabnya.
Membicarakan sejarah bukanlah seperti menulis novel yang boleh ditulis sesedap rasa . ia adalah hakikat dan fakta yang memerlukan penulisnya mendapatkan gambaran sebenar individu, masa dan situasi berlakunya peristiwa tersebut. Membicarakan secara emosi sepertimana yang berlaku sekarang hanya akan membangkitkan emosi yang berlarutan.
Bagi keluarga yang menjadi mangsa komunis tentunya beremosi jika ada kenyataan yang dilihat menyokong komunis. Begitu juga yang menjadi mangsa kekejaman Jepun tentunya beremosi apabila melihat Jepun, sebagaimana golongan yang menjadi mangsa British. Jarang sekali kita menyelami punca dan emosi yang dirasai pelaku peristiwa tersebut.
Orang Cina sebahagiannya mendendami melayu kerana sebahagian besar orang Cina menjadi mangsa kekejaman Jepun dan orang melayu dilihat bersekutu dengan Jepun. Walaupun persekongkolan dengan Jepun itu tidak lebih dari tujuan menghalau British dari tanah melayu. Ia adalah isu individu dan bukan isu bangsa. Ada juga melayu yang menjadi mangsa Jepun kerana dilihat bersekongkol dengan british atau idak mahu bersama Jepun.
Dalam perjuangan sejarah dahulu, ada melayu bersama British, ada yang bersama Jepun dan ada yang bersama Komunis. Masing masing dengan pilihan dan ijtihad masing masing. Sebahagiannya ikhlas berjuang untuk memerdekakan Negara walaupun ada jua yang mengambil kesempatan untuk kesenangan peribadi. Ada juga yang berjuang untuk merdeka namun tidak mahu memilih susah dan rela bersekongkol dengan penjajah , malah kadang kadang menjadi barua penjajah untuk menangkap pejuang kemerdekaan yang memilih jalan lain dari jalan mereka.
Beberapa peristiwa berlaku secara khusus mesti dilihat secara tepat dengan peristiwa tersebut. Punca tindak balas dan sebagainya. Dr syeikh Ali sya’wat , seorang Profesor sejarah Al Azhar menyatakan bahawa menilai sejarah mestilah dengan menilai situai ketika itu bukan dari persepsi zaman kita.
Dalam peristiwa Bukit Kepong banyak perkara yang mesti dinilai semula. Apa peristiwa yang mendorong kejadian tersebut? Punca serangan dilakukan…. Ia mesti dinilai melalui kajian sejarah dan bukannya emosi apatah lagi bersumber kepada filem semata mata. Kebanyakan filem adalah propaganda sebagaimana Amerika menggunakan filem Rambo untuk menutup malu mereka setelah kalah menentang tentera gerila Vietnam.
Pelbagai versi penceritaan sedang diketengahkan dalam kajian semula peristiwa Bukit Kepong. Namun berapa ramai yang mengulas membuat kajian dan bacaan semula peristiwa Bukit Kepong. Saya sangat yakin , hampir semua yang mengulas secara bebas menjadikan filem Jins Shamsudin sebagai rujukan. Tanyalah mereka apa sumber perbahasan mereka? Kebanyakannnya hanya mengulas berdasarkan emosi, dendam dan pelbagai pengaruh lain yang dirujuk dari bahan propaganda melalui sejarah dan media.
Sebarang penyelesaian isu sejarah mungkin hanya dapat diselesaikan dengan menggali fakta secara dekat. Kajian itu boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja tanpa menunggu pakar sejarah kerana ianya lebih baik dari ulasan pakar sejarah yang tidak mengkaji di lapangan sesuatu peristiwa. Pakar sejarah yang merujuk di perpustakaan semata mungkin tidak mendapat gambaran sebenar kerana ia bergantung kepada persepsi penulis tertentu. Apatah lagi kajian tersebut sekadar mencari dalil dan dalih bagi mengukuhkan keyakinan atau kehendak kelompok mereka.
Inilah sejarah…ia tetap telah berlaku … kita tidak mampu mengubahnya berdasarkan kehendak kita…sekalipun bercanggah dengan kehendak dan perasaan kita…. Apatah lagi jika perasaan itu dibentuk hasil penipuan sejarah oleh penjajah dan anak didik penjajah bagi mengagungkan penjajah!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan