Isnin, 21 November 2011

MELAYU TIADA PILIHAN...

Bahang pilihanraya semakin dirasakan. umNO dilihat tak mampu  bertahan lagi dengan gelombang yang ada. Perpecahan dalaman juga terlalu parah dalam kompenan BN. Isu pembahagian kerusi antara isu yang sangat membebankan BN. Antara bahagian yang dituntut secara tradisi dan kehendak umNO yang merasakan mereka semakin kuat.

Perubahan sokongan bukan melayu kepada Pakatan Rakyat dilihat akan menentukan kerajaan Pusat. umNO yang dilihat masih mendapat sokongan melayu, turut menghadapi dilemma apabila Tengku Razali dan beberapa pimpinan lama umNo menubuhkan persatuan yang menjadi hisbah umNO. Ia juga dilihat usaha Ku LI menyaingi kuasa pemimpin umNo yang didakwa tidak boleh ditegur.

Mengikut  beberapa kajian pihak tidak berkepentingan, melayu masih meletakkan kepercayaan kepada umNO. Ia hasil kerja keras media memutar belit dan memainkan sentimen bangsa secara keterlaluan. Namun rangka umNo yang gah hanya ibarat Rangka dinasour yang ditinggalkan di muzium. Bangsa melayu memang lebih mudah dipengaruhi oleh sentimen berbanding fakta. PR setakat ini hanya mampu mengemukakan fakta tanpa mempunyai media yang mampu menggerakkan sentimen. Hasilnya bangsa selain melayu mula memberikan sokongan kepada PR tidak seperti melayu.

Dilemma kini dihadapi bangsa melayu. Umum meyakini hanya PAS dan umNO mampu mempertahankan melayu. PR dilihat parti pelbagai bangsa. DAP pula dilihat parti cina walaupun hakikat di Pulau Pinang menunjukkan melayu lebih di bela berbanding semasa GERAKAN.

Kemenangan PR semakin hampir jika SPR dan kuasa media dapat diimbangi. Bagi mengimbangi kuasa melayu didalam kerajaan PR maka melayu tiada pilihan selain mengundi PAS. Domonasi PAS dalam PR mampu mempertahankan kuasa Melayu jika melayu meragui PKR dan DAP, Walaupun hakikatnya PKR dan DAP yang mempunyai ahli berbagai bangsa jauh lebih baik dari rakan umNO , MCA , MIC dan GERAKAN yang merupakan parti ultra bangsa seperti juga umNO.

Melayu mesti menyokong PAS dalam PRU 13 jika mereka mahu kuasa melayu terus bertahan. Walaupun PAS bukan parti perkauman seperti umNO, namun melayu yang merupakan orang Islam tetap akan mendapat manafaat dari kekuatan PAS. Bezanya... keadilan dan perjuangan PAS ialah Islam yang dimiliki Melayu berbanding  retorik perjuangan melayu yang didakwa Islam oleh umNO.

Hakikatnya melayu memang tiada pilihan, kerana kemenangan PR semakin hampir... dan demi kelangsungan melayu... PAS satu satunya alternatif yang jauh lebih baik berbanding umNO

Tiada ulasan: