Ahad, 29 Januari 2012

PELIK...MEMANG PELIKKKK...

aku ingat isu KUIN dah boleh senyap... Nampaknya ia belum berakhir. Bukan diungkit oleh umNO tetapi rakan dalam PR sendiri...terutama Aziz Bari Prof pencen yang dulunya biadab dengan TGHH. Sebagaimana yg selalu aku tulis Aziz Bari ni macam lantik diri dia sebagai Pengerusi Hisbah PAS pulak.... Dia tak pernah kisah apa berlaku dalam rakan lain dari PR seperti PKR dan DAP. seakannya dia sayang sangat kepada PAS atau benci sangat dengan kepimpinan ulama dalam PAS!

Aziz Bari akan dilihat vokal terhadap PAS apabila adanya isu yang datang dari kalangan ulama PAS. Beliau adalah suara pendesak luar yang mewakili kalangan anti ulama dalam PAS! Kali ini ustaz Azizan yang menjadi sasaran. Isunya ialah AUKU. Yang tak tahu mengapa ustaz Azizan diserang mungkin akan menyalahkannya. Namun bagi yang tahu apa berlaku dan rentetan yang menyebabkan ustaz Azizan diserang akan mengetahui modus operandi golongan ini!

Desakan Aziz agar Ustaz Azizan keluar PAS sekali lagi kenyataan biadab dan kurang ajar profesor pencen ini. Beliau pernah biadab dan kurang ajar dengan TG Presiden dalam program anjuran PAS satu ketika dulu. Menjadi tetamu yang biadab di rumah tuan yang mengundang. Paling minima hukumannya...Aziz seorang yang tidak berakhlak sebagai tetamu...  Yang hadir program tersebut tahu apa berlaku...

Setidak tidaknya semua pihak perlu akur bahawa kes ini telah dirujuk ke mahkamah. Biarlah mahkamah selesaikannya. Usaha menghalang agar ia tidak dibawa ke mahkamah telah dilakukan untuk toleransi luar, namun ada pihak yang suka ianya terus diheret. Ustaz Azizan memilih untuk berdepan di mahkamah bagi menilai kebenaran tindakan tersebut. Kalah menang akan menentukan asas tindakan tersebut dan implikasi AUKU untuk masa depan. Ia sesuatu yang bijak bagi yang ikhlas menilai.

Aziz turut mengheret Ustaz Azizan untuk disamakan dengan kesalahan Jamil Khir dalam isu menggunakan dana untuk peguam . Satu qias yang sangat mungkar. Saya tahu Aziz menyedari kebenaran dan hakikatnya namun ia dilakukan dengan sesuatu yang tidak wajar. demi menampal imej buruk kepada ustaz Azizan disebalik kecemerlangan pentadbirannya di Kedah.

Satu perkara yang mungkin kita terlepas pandang ialah, Peguam bagi kerajaan Kedah ialah Karpal Singh dari DAP yang juga sekutu Pakatan Rakyat. Mungkin Aziz juga kene cadangkan Karpal keluar Pakatan Rakyat kerana bersama ustaz Azizan.... tapi kenapa mulut Aziz bisu atau matanya buta untuk mengenal Karpal yang berkerusi roda dalam isu ini... Apa sebenarnya kehendak dan kemarahan Aziz terhadap ustaz Azizan???

Peliknya pulak, peguam bebudak KUIN tu Hanifa Maidin dari PAS sendiri... satu usaha mengelak ia dihangatkan di mahkamah telah dibuat oleh DPP tetapi Hanifa memilih untuk menentang Ustaz Azizan dan kerajaan PAS Kedah!!! Peguam DAP bela MB PAS lawan peguam PAS???? peliknya!!! apakah kita yang membaca tidak menyedari kepelikan disebalik isu tersebut??? Gunakanlah otak... Jujurkah satu pembelaan?? tiadakah satu penyelesaian????

Semoga Allah memelihara PAS dari anasir perosak luar dan dalam... PAS adalah gerakan Islam yang akan terus berjalan dengan peliharaan Allah selagi kita bersedia menjadi hamba Allah!


10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Anak Sengat jgnlah seronok sgt dgn pendapat peribadi hingga membantai semua pendapat yg berbeza rapat begitu. Tidak bijak dan terlalu emosi selalu akgirnya akan memalukan diri sendiri.

Hanifa tu leboh lama berjuang dlm PAS dari saudara. Aziz Baru wlupub baru tetapi pendapat dan ketegasannya dihormati. Anak Sengat sapa?

ajib berkata...

mamat atau minah (takdak nama susah nak kenai) tanpa nama:
1. jgn emosi sampai ejaan pun lintang pukang
2. jgn dabel standed. anipa hg kata org lama, so lebih baguih dr anak sengat. masa sama aziz bari hg kata ok plak walopun baru
3. nak tau yg lebih pelik? bdk2 kuin tu bedemo sbb tak puas ati kena tindakan, sampai bawak kes ke mahkamah. tp ada sorang pakar tu baru kena tindakan tatatertib tus lari. ceroi betoi, sia2 jd pakar ada phd

Tanpa Nama berkata...

Ajib Ajib...saya menulis guna bb. Keypad kecik, biasalah ejaan tersilap. Ajib nama Hanifapun silap gak.

Aziz Bari baru dlm politik Pas tp dia pakar perlembagaan bro. Dia faham apa dia cakap.

Padanlah Anak Sengat emo...penyokong tegar diapun emo jugak.

srz_alselambauie berkata...

ermmm takyah ckp banyak doa kan je setiap parasit dan munafik di jahanamkan sebelum di masukkn dlm neraka jahanam

Tanpa Nama berkata...

Pakar perlembagaan kome hormat gile2...pakar agama kome cerca... dasar puak parasit...

Tanpa Nama berkata...

Kita hormat pandangan semua org dan kita x mudah melabelkan org munafik. Doakanlah kesejahteraan sesama jemaah. Label parasit tu Hasan Ali yg bagi anyway.

Tanpa Nama berkata...

Anak Sengat. Bebeno ke mike tu pakar agama?

ANAKSENGAT' ( aku tak rela diperdaya umNO) berkata...

Manusia akan berhujah berdasarkan maklumat yg ada...

Sah mike jenis tak paham ...patut le mengelewor je komennye...sesikit emo...... Pakar agama tu Ulama le... dalam isu ni Ustaz Azizan... dan Aziz Bari pernah kritik TGHH... udahle.. maleh nak melayan...komen le ikut yang kome paham... bior orang baca dan nilai sendiri...

Lepas ni rasenye nak komen yg ada nama je... tengok le...kalau tak emo...he..hee

Tanpa Nama berkata...

Tak apa Anak Sengat. Saya terima penjelasan saudara tu.

Sayapun suka saudara ada sedikit sense of humor tu. Hehehe

Tanpa Nama berkata...

sekiranya direnung dan difikirkan bagi ahli PAS yg biasa mcam pokcik nihh...terasa cam ada yg tak kena.... peguam pAS lawan MB PAS...dan Peguam DAP bela MB PAS PAS....ishhhh..ishhh.ishhhh.. tentu dan pasti ada "udang disebalik batu".... Besar sangat kerr..Pengaruh Peguam PAs tuhh...
dah tak de kerja kaaa.... sampai tak tentu arah nak tumpang semangkuk.... nihhh pokcik masih nak bersangka baik nihhhh...