Ahad, 29 Januari 2012

PRESIDEN NAK BERHENTI??? GILA KUASA...


Tetiba gempita Malaya dengan kenyataan TG Presiden yang disiarkan oleh Sinar Harian dalam temubual ekslusifnya. Gempitanya kerana adanya kenyataan TG Presiden menawarkan diri untuk tidak bertanding dalam PRU 13 atau sekurang kurangnya melepaskan salah satu kerusi yang disandangnya sekian lama.

Tak kurang yang bersedih dan ada yang bertepuk tangan  malah mungkin ada yang sedang mencongak untuk memanjangkan kenyataan yang tak berapa nyata itu. Mungkin untuk mengambil peluang agar ulama tersohor di peringkat antarabangsa itu meninggalkan kerusi Presiden dalam tempoh terdekat. Saya hampir pasti ada gelombang untuk menggerakkan kenyataan yang tak berapa nyata ini bagi mencapai satu visi… Tak kurang umNO yang tak paham politik Islam.

Bukan baru kenyataan TG Presiden untuk mengundur diri dalam jawatan malah secara rendah diri TG Presiden pernah menyatakan untuk pulang sebagai nelayan andai ada yang amanah untuk menjaga Islam dan memartabatkannya di Negara ini. Bukan hanya TG Presiden, malah TG Mursyidul Am juga seringkali menyatakan yang serupa. Cuma MB tak Jadi Kelantan  - Awang Adek terlupa atau pekak ketika kenyataan itu dibuat…mungkin juga dia hilang akal masa tu…

Bagi orang yang berjuang dengan pimpinan dan tuntunan Rasulullah, kenyataan seumpama itu adalah zikir mereka. Ia menunjukkan kerendahan hati terhadap nilai perjuangan…  Bagi yang berjuang Islam… Diri mereka adalah tali temali yang silih berganti untuk meneruskan mata rantai sebuah perjuangan… Untuk menjulang Islam dan bukan menjulang diri sendiri.

Kenyataan itu bukan menolak tanggungjawab tetapi menyedari erti dan hakikat sebuah perjuangan. Tidak pernah meminta dan bukan itu yang di haloba. Bagi yang berjuang untuk pangkat dan kelebihan …ianya satu tindakan tidak cerdik. Bagi mereka pangkat dan kekuasaan adalah jalan kemegahan, kekayaan dan kemasyhuran. Mereka berlumba malah sanggup menindas dan menyepak rakan dan sahabat. Malah ada yang sanggup memijak kepala sahabat seperjuangan. Menumpang di atas kesusahan orang lain untuk kesenangan diri… istilah popular hari ini…PARASHIT!!!!

Kenyataan TG Presiden adalah satu penegasan menyambung perjuangan Presiden sebelumnya Ustaz Fadhil Nor… Almarhum bersedia mengundur diri untuk memberi laluan kepada sesiapa sahaja yang amanah menjadi PM jika BN dikalahkan. Kenyataan di keluarkan di saat PAS sangat berkuasa… Inilah persamaan tawadhu pimpinan Ulama PAS terhadap jawatan.. sesuatu yang mungkin bodoh bagi mereka yang Gila pangkat dan kemewahan!

Yakinlah… TG Presiden tidak akan berundur selagi perjuangan belum berjaya mendaulatkan Islam di tempatnya. Bagi yang ghairah mengulas agar diberi muka baru memimpin PAS sebenarnya jahil terhadap nilai perjuangan Islam… saya tak heran jika ia datang dari luar PAS…namun jika ia seorang ahli PAS… sebenarnya ia lupa PAS adalah sebuah Gerakan Islam…dan bukan hanya parti yang mencari kuasa… atau dikata GILA KUASA…

17 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Janganlah bersangka buruk sesama jemaah Anak Sengat. Setiap org entitle untuk menyatakan pendapat dan pandangan. Golongan ulamak macam Anak Sengat perlu selalu bersihkan hati. Jgn emo sgt.

Tanpa Nama berkata...

Aku tak paham.. apapun aku sokong tuan blog...tak nampak pula dia sangka buruk... atau kamu yg tanpa nama nama yang sangka buruk dengan tuan blog..rajin betul kamu ulas kritik blog dia...

Tanpa Nama berkata...

Kita menegur tanda kasih. Tengoklah bait2 perli seolah2 ada sahabat yg gembira TGHA nak berhenti. Sedangkan sssetengahnya cuma bersikap positif ttg apa yg disuarakan oleh presiden. Sebab itu saya kata jgn emo.

Tanpa Nama berkata...

Memang ada yang suke Tok Guru berhenti. dari dulu puok ni anti Tok Guru... Setuju Anok Sengat... Teruskan... Puok ni memang ade.. Budok takde nama ni pun kata setengah...betul le anok Sengat...Anak Sengat bukan emo..mu yang emo... dok komen semua hak anak sengat tulis... mu tulis blog sendiri le bagi pandangan dengan hujah mu... bukan jgn emo...jgn emo...

ANAKSENGAT' ( aku tak rela diperdaya umNO) berkata...

Tk le sebab kasih.... saya menulis dengan maklumat yang saya ada... Peliknya teguran hanya kerana sentuhan orang dan kelompok tertentu...saya memahami kasih itu...

Hanya yang paham kepada siapa tulisan ini ditujukan akan merasa kepanasannya.. ada petunjuk untuk anda..

Tanpa Nama berkata...

Kadang2 kita rasa org tak adil kerana menegur kita tetapi bila kita menegur org lain, patut jugalah kita ambil kira samada kita adil atau tidak kepada mereka. Wallahu'alam.

Tanpa Nama berkata...

Gembira dan sedih adalah sifat manusia.. yg gembira mungkin rasa TGHH dah berjaya dan tiba masanya untuk bersara(sangka baik nihh..) yg sedih plak mungkin rasa akan kehilangan seorng tokoh yg dikagumi dari segi ilmu dan kepimpinan..... apa2 pun selebihnya.. Allah lebih mengetahui..

Tanpa Nama berkata...

Kuasa yg dah diberikan di selangor pun pas tak mampu nak laksana kan islam...tok sah cerita bila berkuasa di putrajaya...islam pada nama parti pas paut di tukar ke parti adat dan sukan p.a.s sempena portfolio yg anuar brahim dan ronie liew bagi kat pas....semakin sedih melihat pas semakin merempat dan di untakan dlm pakatan rakyat....

Tanpa Nama berkata...

Kenapa tengok PAS di Selangor??? tak tengok umNO di Putrajaya...kene buli dengan MCA dan MIC dah 50 tahun... Hang ni buta tuli ke buta perut???
Nak cakap pasal orang... badan penuh taik babi...

Tanpa Nama berkata...

tengok umno di pahang..umno di melaka, umno di trengganu, umno di Johor, umno di N9 semua dah berjaya tegakkan islam.... semua negeri nihhh dah mengikut cara islam( dalam memotong lancau)
haa..haa..haa..haa...haaa... duit zakat pun tibai..... apatah lagi duit...rakyat...sendiri mau ingat laa..haa..haa..haa..haaa

Tanpa Nama berkata...

Yahooo..baguslah TGHH keluar kenyataan ini,baru kita kenal "Parasit atau Buttsit" dalam PAS..Yang bersuara mempertahankan TGHH agar jangan bersara ialah segelintir saja pimpinan yang masih berwala' pada Presiden..tapi golongan "Penyemak" iaitu golongan Edorgan tak bersuara pun..inilah golongan "Bangsat" yang berada dalam PAS,menjadi duri dalam daging!!Ingatttt!!Ini parti Islam bukan parti "PR" kalau ada yang cuba melakukan sesuatu yang bertentangan dengan adab berjemaah dalam Islam tunggulah laknat Allah!!

Mael Lambung berkata...

Puak2 nii aku kata dengan bahasa lembut iaitu "Puak Celaka"!!

Tanpa Nama berkata...

Masalah puak2 yg melabelkan yg x sependapat dgn depa dgn berbagai label celaka dsb. Ini bahasa musuh Pas. Anak Sengat kenalah bagi nasihat puak2 extreme ni. Jgn Anak Sengatpun sama sudah lah.

ANAKSENGAT' ( aku tak rela diperdaya umNO) berkata...

Hantu tak de nama... setakat ni yg jelas bagi label kat orang ialah menamakan golongan ulama dengan UG! itu faktanya...
belajar undang2 kena pakai fakta..

Tanpa Nama berkata...

Begitulah bila sudah kalah berhujah. Lari dari tajuk dan menjadikan tiada nama sebagai alasan untuk meremehkan. Kalau tiada nama adalah isunya, senang saja. Wajibkan siapa nak komen kena letak nama yg betul. Lagipun Anak Sengatpun bukan nama blogger yg sebenarnya. Cakap x serupa bikin mmg senang.

ANAKSENGAT' ( aku tak rela diperdaya umNO) berkata...

Tu bukan hujah...itu laqab... sama la saya pakai laqab... hujah saya selepas laqab tu... takkan tu pun tak paham...
macam orang panggil hoi, hai, mu hang dsbgnya... sama la hantu...lembu, monyet...dsbgnya.. HUJAH SELEPAS PANGGILAN...takkan ngaji tinggi tak tau...

Tanpa Nama berkata...

Laqap ke lukup ke itu bukan isunya. X payahlah pusing2 Anak Sengat.