Ahad, 5 Februari 2012

ASALKAN ISLAM... BUKAN ASAL BUKAN umNO

PAS lahir sebagai sebuah parti Islam. Di namakan parti Islam. Berpelembagaankan Islam. Bermatlamat memperjuangkan Islam. Berhasrat menegakkan syariat dan undang undang Islam. Semua orang  malaysia tahu  malah seluruh dunia tahu. Semua ahli adalah islam. Kelab Penyokong pun sokong Islam. Mengadakan tahalluf atau kerjasama politik atas pertimbangan Islam. Di pimpin oleh Ulama yang mewarisi Rasul yang membawa Islam. Pendek kata... hidup mati PAS semuanya berkisar dengan Islam.


Keistimewaan PAS terletak kepada Islam. macam kata Nujum Pak Belalang... kehebatan Hang Tuah pada huruf "ta"...kalau tukar "ba" hilanglah kehebatan tuah...jadilah Hang Buah... Selamanya yang berjuang dalam PAS tak boleh mengalah dalam mendaulatkan Islam. Tak boleh malu mengisytiharkan perjuangan PAS ialah mendaulatkan undang undang Islam. Jangan sekali kali rase rendah diri PAS dipimpin oleh Ulama yang memakai serban dan jubah...kerana taraf ulama jauh mengatasi PHD dan Profesor yang ada hari ini... kerana Ulama mahir dalam al Quran dan hadits...dan di dalamnya terkandung segala ilmu yang wujud di dunia malah di luar dunia!


Kalah dan menang PAS adalah kerana Islam...kalau PAS kalah adalah kerana menjauhi atau meninggalkan Islam... dan kalau PAS menang adalah kerana menjulang Islam. Syarat kemenangan Islam tak sama dengan syarat kemenangan bukan Islam. Syarat kemenangan Islam ialah apabila pejuang Islam memenuhi syarat kemenangan yang di janjikan Allah. Sekalipun bilangannya sangat sedikit... bagi yang baca sejarah peperangan Islam akan tahu kekuatan sebenar Islam.


Jangan ingat Islam menang kerana kebijaksanaan kita mengurus parti... atau kerana sokongan bukan Islam.... Yang menggerakkan kemenangan Islam dan mengubah hati manusia ialah Allah... syaratnya apabila pejuang Islam memenuhi syarat kemenangan... apabila pejuang Islam bergantung kepada Allah... Bagi yang menyangka PAS menang kerana sokongan bukan Islam atau hebatnya strategi yang diatur... orang itu tak baca sejarah Hunain...sejarah Hunain bukan sahaja dirakam oleh ahli sirah, malah dirakam di dalam al Quran....maknanya golongan ini tak baca al Quran! atau mungkin tak paham...


Jangan kerana mengharap sokongan bukan Islam, maka kita menyembunyikan perjuangan dan prinsip Islam! baca sejarah dialog Najasyi raja Habsyah dengan Jaafar bin Abi Tholib di Habsyah. Jangan kerana meraikan bukan Islam sampai kita melarang sesuatu yang dihalalkan oleh Allah.... seperti melarang buat kenduri dengan sembelih lembu dan seumpamanya...  juga menafikan bahawa perjuangan kita ialah untuk  mendaulatkan Islam... kalau bukan Islam menolak perlaksanaan Islam...bukan kita kena berpura tidak melaksanakan Islam...sebaliknya kena bekerja keras meyakinkan mereka tentang Islam....tentang keadilan Islam..itulah dakwah...dan kerana dakwahlah PAS ditubuhkan!


Pejuang Islam kena memahami kerana apa mereka berjuang...kena meyakini Islam adalah yang terbaik... Jika bukan Islam dan masyarakat tidak paham dan menolak...jangan kita berpura pura menolak Islam...sebaliknya kita mesti menjelaskan keadilan dan keindahan Islam... Jangan STRATEGI dijadikan hujah menolak Islam kerana nak cepat menang . Strategi diterima selagi mana ia tidak menolak Islam... Jangan juga Taqiah dijadikan hujah...kerana kita bukan Syiah!  Jangan juga kisah Ammar dijadikan Hujjah kerana Ammar disiksa dan keluarganya di bunuh! pendek kata...jangan beralasan... sehingga matlamat menghalalkan cara! itu bukan kerja Islam... Jika tidak... lebih baik pilih jamaah yang bukan berjuang untuk Islam...kerana perjuangan PAS bukan  hanya untuk menang atau Asal Bukan Umno!... Perjuangan PAS ialah Asalkan Islam...


Apalah erti runtuhan jahiliyyah...dan mendirikan jahiliyyah baru... Asal Bukan Umno bukan perjuangan PAS... Perjuangan PAS ialah... Asalkan Islam...





13 ulasan:

Prof Tak Mau Kena Tipu berkata...

Asalkan Islam tak semestinya PAS atau UMNO atau PAS bergabung UMNO.
Hidup Rakyat HIdup Islam.
Islam Ada dimana mana waimmah di Amerika Syarikat sekalipun.

Tanpa Nama berkata...

"Kami satu kaum yang dimuliakan Allah dengan Islam,Maka selagimana mencari kemuliaan selain Islam, dihinakan oleh Allah" Ungkapan S. Umar R.A.

Tanpa Nama berkata...

islam , xmau islam, tu hamba hawanafsu/syaitan bermuka manusia

ANAKSENGAT' ( aku tak rela diperdaya umNO) berkata...

Cuma sehingga kini di Malaysia.... PAS adalah pejuang Islam...yang secara terang mengistiharkan perjuangan untuk mendaulatkan Islam dalam pemerintahan negara...

Tanpa Nama berkata...

Islam itu ilmu yg diamalkan. Jangan sembang deras aje. Raikanlah perbezaan pendapat. Dalam satu jemaahpun x boleh berbeza pendekatan, macamana? Jiwa biarlah besar.

Tanpa Nama berkata...

melarang penyembelihan lembu dengan alasan menghormati penganut agama hindu...seperti mengiktiraf ketuhanan agama hindu dan seolah2 mengiktiraf adanya tuhan selain Allah ,iaitu Lembu.. La ilaha, ILLA, Allah.... mengangkat taraf lembu kepada taraf ketuhanan, menjerrumuskan manusia itu jatuh ketaraf kelembuan.

Tanpa Nama berkata...

Core Bisnes PAS adalah Islam,menjual produk Islam, mau tak mau kita sendiri perlu memahami Islam sbg produk jualan kita..klu kita sendiri gagal untuk memahamkan masyarakat dengan produk Islam,bagaimana kita nk menjual produk Islam itu?

Akmal sani

Tanpa Nama berkata...

Sharizah jahat mengambil lembu secara haram... orang kite mengharamkan lembu yang halal... sape lembu?

Tanpa Nama berkata...

umno pun ngaku Islam - sbb itu thema ABU itu digunakan atas tujuan utk hapuskan Umno dan sekutunya.

Tanpa Nama berkata...

Hasan Ali pun Islam.Mat Sabu pung Islam.Berlaku pertembungan dalam p/raya kita kena minta fatwa Mufti Perak - Mufti tentu sokong Hasan Ali..maka org pun undi Hasan Ali kerana slogan 'Asalkan Islam'!

Tanpa Nama berkata...

mu bodo...

Tanpa Nama berkata...

Bodo guana mu? Braim Ali pun pejuang Islam. Mu ingat PAS saje?

Tanpa Nama berkata...

Mu kato Brahing Ali bjuang Islam guano??? Hok tak betul tu buke islam... guano tok reti setaro tu..?