Jumaat, 27 April 2012

BANTAH AJE...DUDUK ATAU BERDIRI...BERJALAN LAGI BEST...

setelah sekian lama membisu dan mengacah sambil sambil...hari ini kenyataan polis dilihat sedikit mengancam. Mungkin polis dah tahu betapa bersemangatnya peserta BERSIH 3 mengulangi kejayaan BERSIH 2. Supaya larangannya tidak dilihat dipermainkan, polis dilihat lebih berlunak...

Malaysiakini melaporkan...
Penyokong BERSIH dibenarkan berhimpun di tempat yang dirancang tetapi dilarang berarak ke Dataran Merdeka seperti digariskan dalam Akta Perhimpunan Aman yang diluluskan baru-baru ini, kata Ketua Polis Kuala Lumpur.

Datuk Mohmad Salleh berkata, sebarang kumpulan yang menuju ke Dataran untuk mengikuti perhimpunan "duduk bantah" yang dilarang akan menghadapi tindakan polis atau kemungkinan ditahan.

Kenyataan ini dilihat lebih bertolak ansur... berbanding layanan polis dalam BERSIH 2 dimana ancaman dan bermacam ugutan dikeluarkan...malam cerita bom dan bermacam senjata tajam menjadi umpan dan didiamkan setelah berakhirnya BERSIH 2. Kenyataan dan ancaman polis tidak menakutkan malah menambah semangat dan kekuatan peserta BERSIH...

Datuk Bandar  Kuala Lumpur dilaporkan memberi ancaman tindakan keras kepada peserta BERSIH 3. Beliau mungkin antara yanag tak baca dan melayari alam maya melihat laporan BERSIH 3 lalu. Beliau mungkin hanya mendengar utusan dan media kerajaan sahaja. Ancaman datuk Bandar itu mungkin akan menakutkan peserta BERSIH berbanding ancaman polis dan menteri Dalam negeri tahun lalu... kesian balaci umNO ni...

Sedikit kelonggaran diberikan polis bahawa boleh berhimpun tetapi tak boleh berarak ke Dataran Merdeka.... Agaknya macam mana situasi yang akan berlaku... Bagi aku...yang penting bukan di Dataran Merdeka... aku bukan suka duduk pun...kalau berjaya ke Dataran Merdeka pun aku lebih senang berdiri...  duduk ni cepat lenguh... cuma dengan kelonggaran polis apa kata peserta BERSIH bergerak dari satu lokasi ke satu lokasi di enam tempat yang dicadangkan JK BERSIH.... dicantumkan sebelum bergerak ke Dataran Merdeka...jadikan Dataran tempat terakhir setelah dicantumkan gerombolan besar...kalau tak sampai pun puas hati...yang penting gelombang KUNING akan mewarnai KL....

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Terima kasih kerana telah menukarkan tulisan merah kepada biru muda