Selasa, 17 April 2012

LAWAK PRASANGKA POLITIK MALAYSIA

Politik Malaysia sekali lagi dilanda budaya gila dan sawan. Sejak akhir akhir ini politik kita diwarnakan dengan fitnah dan rasuah.... Tak cukup dengan tipu dan rampasan kuasa yang menggila.

Terbaru ialah tuduhan berkaitan kelakuan MP PR yang dikatakan mempersendakan Raja Raja Melayu semasa pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong. Tiada rakaman, tiada gambar selain telinga bernanah seseorang yang diangkat menjadi sumber berita terhangat. Ia di siar dan diulas oleh orang yang sawan. Bukan setakat menglas malah menambah dengan fitnah dan prasangka.

Cerita prasangka ditambah dengan ulasan prasangka. Lawaknya prasangka itu dilaporkan kepada Polis. Macammana polis nak siasat pun tak tau. Polis tahu ia bukan jenayah namun ianya cerita politik yang mesti dilayan. Ia bukan untuk didakwa, namun cukup untuk dialun media.

Sampai bila kita mahu dijamu dengan politik tak ketahuan ini? Ia bukan budaya sihat untuk negara yang menuju kemajuan intelek. Namun bagi yang suka cerita pinggiran....mitos dan dongeng... ia layak dijadikan novel atau sekurang kurangnya boleh dibaca hingga pilihanraya...


Tiada ulasan: