Sabtu, 18 Ogos 2012

MELAWAN SIHIR umNO...

Dulu nak tau raya ternanti nanti pengumuman Penyimpan mohor besar raja raja melayu. Tapi penantian itu ada pilihan...samada esok atau lusa.... Tak pernah berlaku penyimpan mohor besar raja raja melayu menyimpan tarikh hari raya lebih dari dua hari... tapi hari ini hari raya boleh dikatakan pasti apabila tertulis dalam "kalendar kuda"... mungkin kerana kecanggihan ilmu astronomi dan hisab menjadikan penentuan tarikh raya boleh dibuat bertahun lamanya... maka kita tak susah untuk mengatur bile nak buat ketupat atau rendang dan lemang...

Yang menjadi masalahnya hari ini ialah menentukan pilihan"raya"... Ia menjadi satu rahsia besar dan mimpi istimewa perdana Menteri... bukan hanya rakyat dan pembangkang tak tahu tetapi timbalan perdana menteri pun tak tahu...Silap silap .... perdana menteri pun tak tahu... Hanya dalam ilmu Allah dan mimpi isteri perdana menteri barangkali...

Tidak pasti bulan atau anak bintang apa yang sedang diteropong oleh Najib dan Rosmah dari kediaman rasmi mereka... Nak kata tak nampak...  mustahil... Mungkin setiap kali Najib dan Rosmah mengambil teropong mencari anak bulan Pilihanraya... setiap kali itulah dia nampak bulan Purnama, bulan sebelah dan roket yang mengelilingnya.... menjadikan Rosmah dan najib hilang kewarasan...

Entah tuah apa yang diharapkan oleh Najib dan datin Serinya yang semakin malap dan hilang seri...  Mungkin benar tulisan Ustaz Idris Ahmad... Najib dan Datin Serinya sedang menanti pecahnya PAS dan DAP yang boleh menjejaskan juga PKR... sehingga kini ia belum terjadi...

umNO yang dari dulu bergantung dengan melayu... hingga kini terpaksa bergantung penuh dengan melayu... Kesempatan ramadhan menjadikan umNO menggunakan isu hudud yang diperjuangkan PAS sejak dulu... umNO yang menghalang hudud di Kelantan, kini menjadi pejuang hudud di alam media dan maya... Orang yang tersihir dengan media umNO seakan lupa, umNO dan Bn lah yang menghalang hudud di Kelantan... Mereka juga seakan tak pernah dengar bagaimana Chua Seks Lek yang jadi sekutu umNO kata hilang akal kepada ADUN umNO Johor yang entah macam mana terpancul dari mulutnya cadangan melaksanakan hudud umNO di Johor...

Kalau di zaman Firaun, dia menggunakan ahli sihir menguasai rakyat, ternyata umNO Bn juga menggunakan "sihir" untuk menguasai rakyat... sihir umNO melalui media yang dikuasainya... Jika rakyat Firaun yang bodoh tersihir dengan Firaun ...begitu juga rakyat Malaysia yang bodoh sahaja yang tersihir dengan media umNO...

Persoalannya...mampukah umNO menggunakan sihirnya untuk mempercayai PR menolak hudud... dan hanya umNO menerima hudud...di mulut..bukan untuk dilaksanakan... Lambat laun isu hudud akan lenyap juga jika PAS mampu menjelaskan kepada rakyat... PKR yang menjadi perantara PAS dan DAP sewajarnya memainkan peranan menjelaskan isu ini kepada rakyat. PKR tak boleh membiarkan PAS dan DAP berperanan sendiri dalam isu ini. Cina sebahagiannya masih takut dengan hudud hasil kerja jahatnya uumNO yang memomokkan mereka melalui MCA... Melayu juga sebahagiannya takut kepada DAP kerana imej komunis yang disangkut oleh media umNO... terakhir ini melalui filem putera yang sedang dalam proses penanyangan....

PKR tak boleh berdiam diri terutamanya DS Anuar melihat situasi ini dan membiarkan rakannya menyelesaikan masalah mereka sendiri. Walaupun sebahagian besar dari Cina sudah mengerti bahawa Hudud hanya untuk Islam dan tidak menakutkan mereka...sebagaimana sebahagian melayu sudah boleh bemesra dengan cina tanpa konsep satu Malaysia yang dibawa Najib.... Masalahnya Cina "sayur" dan melayu "sawit" yang terkurung dengan sihir umNO....

Pemimpin PAS dan DAP mungkin  tidak perlu melayan kerenah umNO dan sekutunya...agar ia tidak semakin parah dengan "sihir umNO... namun PKR boleh berperanan... Ia juga mungkin boleh dimainkan oleh melayu DAP dan Dewan Himpunan Penyokong PAS... Pemimpin utama PAS dan DAP cukup menunjukkan kemesraan mereka di pentas disamping mempamerkan kesungguhan mereka membela rakyat.... PAS melelui konsep kebajikan dan keadilan Islam yang memberi pembelaan kepada semua dan DAP melalui konsep memberi kesaksamaan yang diperjuangkannya...

Sihir umNO pastinya tak mampu bertahan lama...namun jika ia mampu bertahan sehingga PRU 13, sudah cukup merugikan PR keran tempoh ini adalah tempoh terbaik melakukan perubahan kuasa di Putrajaya....


Tiada ulasan: