Jumaat, 7 September 2012

KAMI PUN KENE



Bukan bas PKR je kene... bas Bn pun kene juge... lawak lawak... umNO dah kantoi apabila dilihat keganasan semakin melampau apabila kejadian simbah dan pecah cermin bas PKR di Kelantan. Kejadian sama dilaporkan berlaku kepada bas BN... cumanya cermin tak pecah...  kalau pecah kan cermin baru nampak sama dan real.... tapi rugi le sikit... laporan polis AKAN dibuat...

GEORGE TOWN: Sebuah bas kempen Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang didapati disimbah dengan cat merah di Jalan Macalister pada Jumaat.

 Bas itu diletakkan di ibu pejabat Gerakan Pulau Pinang.
 Pemandu bas mengesan perkara itu pada pukul 7 pagi.
 Ketua Pemuda BN negeri, Oh Tong Keong berkata, kenderaan itu diletakkan di dalam kawasan bangunan berhampiran dengan pintu hadapan.

 Satu tin cat merah ditemui berhampiran.

“Kami akan membuat laporan polis,” kata Oh di tapak Taman Manggis di Jalan Zainal Abidin di mana Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guang Eng dijemput untuk mengadakan dialog berhubung jualan dan rancangan bagi tanah berkeluasan 0.4 hektar itu.



kita tunggu laporan yang BN AKAN buat... harap harap lapor  cepat sebab biasanya kalau BN yang kene... polis akan jadi cepat cuma belum tentu betul...





Sumber Mstar. 

Tiada ulasan: