Sistem AES
untuk memantau dan memerangkap pesalah trafik telah memulakan projek
perintisnya. Ia adalah usaha Kementerian pengankutan dengan sebuah syarikat
swasta. Projek yang menelan jutaan
ringgit itu adalah usaha kerajaan untuk mengurangkan kemalangan sebagaimana di
umumkan.. Namun persoalan yang timbul ialah… mengapa kerajaan menetapkan
sasaran 6 juta untuk projek tersebut…??
Apakah
begini sikap sebuah kerajaaan dalam mendidik rakyatnya atau kononnya untuk
menyelamatkan rakyat dari bencana kemalangan jalanraya yang dikatakan semakin
meningkat. Kerajaan Bn lebih menumpukan usaha memerangkap pesalah
trafik daripada membaiki jalanraya yang senget benget yang juga menjadi punca
kemalangan.
Umum
mengetahui bahawa antara punca kemalangan ialah sikap pemandu yang memandu
secara berbahaya? Namun kita sering lupa bahawa kemalangan tersebut berlaku di
kawasan yang dikenali kawasan maut. Sistem AES ini juga diletakkan di kawasan
yang dikenali berbahaya dan bukan di kawasan biasa.
Isu yang
kita terlepas pandang ialah kemalangan berlaku di kawasan berbahaya kepada
pemandu yang memandu secara berbahaya… Maka penyelesaian utama antara dua punca
adalah sepatutnya menjadi keutamaan.
Bagi menyelesaikan pemandu berbahaya sebenarnya kita punya banyak alternative.
Saman adalah salah satu alternative dan persentagenya adalah sangat kecil…
kerana di kawasan berbahaya yang berlaku kemalangan juga membabitkan mereka
yang memeandu secara berhemah… maka kunci kebenaran puncanya ialah jalan yang
berbahaya…
Apakah
usaha kerajaan bagi menyelesaikan masalah tersebut??? Mengapa kerajaan sibuk
mencari kesalahan pemandu dengan melupakan kesalahan utama yang perlu
diperbetulkan… jawapan paling nyata… Kerajaan
BN yang ada hari iani adalah kerajaan syarikat yang sedang berniaga dan
mencari untung dengan rakyat dengan alas an yang sangat terhormat… Semua projek
yang dilakukan atas alas an mengutamakan rakyat terlindung keuntungan krooni yang
sangat besar… Ia hanya di sedari mereka yang celik….
6 juta
sasaran kerajaan adalah dari poket rakyat… ke mana ia mengalir….??? Pertanyaan ini
perlu di jawab oleh Kerajaan BN melalui soalan yang dikemukankan oleh Mahfuz diparlimen….
Tiada ulasan:
Catat Ulasan