Rabu, 31 Oktober 2012

DAH MULA TAK NGAKU

Bahang AES sudah mula dirasa oleh menteri. Gelombang penentangan AES sedang bermula. Ramai yang masih belum merasa kesan AES kerana saman belum sampai kat tangan lagi . Negeri Pakatan Rakyat nampaknya telah merasa denyut kemarahan rakyat. Tindakan bijak ialah dengan menangguhkan perlaksanaan di negeri pemerintahan Pakatan. Jawapan mudah dan palin cepat untuk membatalkan AES ialah serah kuasa kepada Pakatan Rakyat.

AES ni dilihat sebagai satu cara paling cepat kerajaaan nak peras ugut rakyat di samping mengayakan kroni. Itu yang di rasai. Alasan kerajan untuk mengatasi kadar kematian dari kemalangan maut sangat sukar di terima.

Pertama, kebanyakan kemalangan maut melibatkan motorsikal. Kemalangan maut lain turut melibatkan masalah jalan. Bengkang bengkok dengan selekoh merbahaya, beralun macam ombak laut, berlubang sana sini dan macam macam lagi. Alasan laju sebagai punca kemalangan adalah sangat terpencil dan kecil

Kemalangan akibat kelajuan sebenarnya turut dipengaruhi oleh sikap memandu secara merbahaya. Merbahaya bukan hanya laju.... perlahan juga termasuk di dalam merbahaya. Pengaruh alkohol dan mengantuk sebahagian dari faktor yang mempengaruhi. Sebenarnya pemandu yang memandu secara laju kebanyakannya lebih berhati hati berbanding perlahan yang dikuasai mengantuk, sambil lewa dan sebagainya.

Ong Tee Keat antara menteri yang telah merasai bahang itu. Kenyataan beliau bahawa AES diluluskan sebelum beliau terlibat dengan kabinet menteri Pengangkutan menunjukkan keresahan beliau. Nampaknya beliau antara bekas menteri yang awal menyuarakan keadaan ini. Kata orang...dah mula tak ngaku.... Ramai lagi yang duduk dalam umNO yang tak selesa tetapi terpaksa "menelan jadam" kerana takut terpelanting.

Rakyat sepatutnya menggunakan kuasa mereka untuk mempastikan AES tidak digunakan untuk mengaut keuntungan dengan meletakkan kesalahn kepada rakyat.... memang betul...rakyat didahulukan... sebagai mangsa...

2 ulasan:

megat johari berkata...

.....yg luluskan semua hantu belaka sebab diorang pegang kerajaan atas undi hantu , bukan undi rakyat jelata . maka jadilah mereka ini menteri hantu . haram halal semua sapu ....

ANAKSENGAT' ( aku tak rela diperdaya umNO) berkata...

ajernye betui mike megat... Berkat ilmu cikgu2 SIS ngajor mike...