Isnin, 22 Oktober 2012

KELIRU YANG KERIRU....

Kenyataan Chua Seks Lek memang menarik. Beliau seorang yang konsisten tentang dan tentang hudud. Bermula keazaman mempastikan hudud dihalang...beliau terur menerus menyerang hudud. Paling akhir ialah kenyataannya bahawa 1.2 juta akan kehilangan kerja. Najib yang dikatakan berada di majlis MCA tersebut hanya membuat kenyataan... no komen apabila ditanya ulasannya tentang kenyataan tersebut.

Kita amat maklum bagaimana pemahaman seorang bukan islam yang dididik oleh umNO dalam keluarga Barisan Nasional . Bagi mereka hudud adalah satu kegurunan. Jangankan hudud... dulu umNO mendakwa jika undi PAS dan menang maka seluruh orang cina akan " dipotong anunya". kegerunan itu berakhir apabila Kelantan diperintah PAS dan tiada "anu" cina yang dipotong.

Hudud tetap menjadi kegerunan bukan Islam, malah sebahagian islam. Inilah kehebatan undang undang Allah dalam pencegahan Belaum dilaksanakan ia sudah menggerunkan apatah lagi jika telah dilaksanakan. Sememangnya semangat hukuman ialah menggerunkan. Jika hukuman tidak menggerunkan malah menjadi bahan tertawaan apa makna sebuah hukuman? Inilah yang tidak dipeduli ( bukan tidak dimengerti) oleh kebanyakan orang.

Namun kegerunan hudud bukan hanya bagi pesalah... ia juga menggerunkan bukan pesalah... Itulah dinamakan pencegahan. Kerana kegerunan tersebut maka, pesalah  jenayah seks seperti Chua Seks Lek tentulah merasakan kegerunan tersebut. Mungkin dia sudah membayangkan batu batu rejaman yang akan dilontarkan kepadanya. Ia mungkin tidak difahamkan oleh umNO bahawa ada pilihan untuk tidak melaksanakan hudud bagi bukan Islam. ia satu kesalahan umNO yang sebenarnya adalah modal manakutkan bukan Islam menyokong Islam!

Saya menanti ulasan pelbagai pihak yang membuat tuduhan terhadap DAP sebagai musuh Islam. Ada yang meminjam gelaran tok Guru yang telah mengistiharkan DAP sebagai kafir harbi. Kafir harbi adalah kafir yang mesti diperangi... Saya juga menanti para alim ulama yang rajin menghukum bukan Islam membuat kenyataan bantahan.. tidak ketinggalan , saya juga menanti sebahagian pemimpin NGO Islam dan menjelma menjadi Islam untuk membuat kenyataan mengecam Chua Seks Leks. Saya juga tidak ketinggalan mengharapkan sebahagian pemimpin PAS yang tidak melihat hudud sebagai satu keutamaan mengambil sedikit manafaat untuk menyerang Chua seks Leks.

Malangnya yang saya lihat selain pimpinan ulama dalam PAS yang bertegas menyerang kenyataan Seks Leks ini ialah PERKASAm. Pemimpin ulama PAS tentunya menyerangnya atas dasar iman dan tanggungjawab membela hukum Allah dari dihina. Walaupun sebelum ini mereka dilabel sebagi tidak cerdik dalam membuat kenyataan politik berkaitan Islam. Tidak pandai memilih keutamaan!

Apakah tempoh serangan terbuka seks Leks di hadapan PM ini masih dianggap tidak cerdik dan tidak perlu untuk diserang...? Apakah politik lebih utama dari agama??? mungkin ini juga diistilahkan cerdik.???

Berbalik kepada PERKASAm yang mengharamkan sokongan kepada MCA... ia satu kenyataan yang berani... malangnya kenyataan itu tidak disambung sebagaimana kenyataan sebelum ini... menyokong umNO juga beerti menyokong MCA. MCA adalah umNO... dan umNO adalah MCA kerana keduanya berada di dalam keluarga besar Barisan Nasional! Biarlah saya mengingatkan PERKASAm dengan sambungan ini... HARAM MENYOKONG MCA... dan menyokong umNO JUGA BEERTI MENYOKONG MCA!

demikianlah kekeliruan yang sudah mencapai tahap keriru...keriru...keriru...

Tiada ulasan: