Selasa, 13 November 2012

SAKIT YANG TAK NGAKU SAKIT

fening ....fening...fening.... Ku Nan yang dikatakan sakit dan akan meletakkan jawatan dari SU BN tetiba bersuara macam tak sakit. Namun orang yang membaca kenyataan ku Nan tahu sangat yang dia sedang sakit yang kronik.

Dalam kenyataan terbaru Ku Nan yang disiarkan Sinar Harian, beliau menempelak Pakatan Rakyat terutamanya PAS yang katanya menggunakan agama untuk politik. Bagi yang paham agama memang tahu sangat kenyataan Ku Nan ini lahir dari akal yang sakit. Di saat orang lain dah tak mampu nak pisahkan agama dari perjuangan mereka, Ku Nan masih nak jaja isu lapok ini. Saya tak mahu bincang isu yang dah tak jadi isu...

Paling ketara sakitnya Ku Nan ialah bila dia menyatakan keyakinan bahawa Bn akan menguasai dua pertiga parlimen. Semua rakyat mengetahui dan Presiden umNo sendiri mengakui bahawa Bn akan menghadapi pertempuran paling sengit dalam sejarah negara dalam PRU 13 ini walaupun masih berkeyakinan BN akan menguasai Parlimen.

Kenyataan Ku Nan nampaknya bertentengan dengan  kenyataan Presiden dan Timbalan Presiden umNO sendiri. memang sah Ku Nan sedang sakit, dan paling menyakitkankan...sakitnya Ku Nan mungkin kerana terjangkit dengan sakitnya Barisan Nasional... atau Ku Nan sendiri sakit kerana memikirkan tentang sakitnya BN....


1 ulasan:

megatjohari berkata...

Hijrah Nabi SAW ke Madinah membawa kepada penubuhan negara ISLAM dengan tertegaknya hukum ALLAH secara menyeluruh.KERAjaan AMNOBN sambut MaalHijrah saban tahun tapi hukum alQuran masih lagi jauh dari dari pandangan mata.