Ahad, 10 Mac 2013

BOLOS...LANUN MNLF

Teruja aku bila pencacai umNO rupenye rajin juge baca Blog aku. Buktinya komen komen yang membuktikan kemacaian deme... Aku pun tahu juge yg umNo takut bebenor dengan isu Lahad Datu... sebabnya... terlalu banyak yg disembunyikan... Tapi aku tak minat komen balik... saja aku buka ruang tanpa nama komen supaya kome boleh komen sebab kome memang penakut...

Aku juge dapat arahan dari bos Cyber Trooper umNO - Lokman Nor Adam - tentang arahan isu yang mesti di canangkan oleh bloger upahan umNO. umNO takut benor bile Bapa Saipul assontoti mengaku bahawa isu liwat 2 adalah fitnah dan drama umNO. Semalam aku tengok berita, umNo terpaksa bawa watak baru ... rasenya nak gantikan watak Saipul yang dah nak mampos dengan pengakuan bapak dia...

umNO berpegang bahawa penipuan yang di ulang akan menyebabkan orang percaya... sebab itu, bermula dari Azizan, Mat Pakistan yang tua, dan terbaru Saipol dan budak hingusan yang baru mengaku rapat dengan DSAI... aku tau.. hujungnya nak suruh orang percaya DSAI kaki liwat... Makan ubat apa DSAI ni sampai habis diliwatnya bebudak yang kerja dengan dia... tak sembelit pulak bebudak tu..

 Aku tak minat dengan cerita liwat.. walaupun aku tak ngaji agama macam Fathul Bari... sebagai orang islam yang sesekali duduk dengo kuliah masjid... (paling idak pun  khutbah jumaat)  aku tetap tak minat cerita lucah tu.... geli geleman dengornya... puak umNO memang suke cerita tu ... tak caya tanya le anak tambi melaka... Tyson Selangor dan Kawan tidor umNO yang islam bernama Chua seks.

Aku minat dengan cerita Lahad Datu sebab itu maruah negara. ada nyawa tak berdosa yang terkorban... Lokman Nor Adam arahkan cyber trooper upahan  umNO untuk bisingkan cerita Tian Chua yang dikatakan hina pahlawan dan anggap ini sandiwara... patut le banyak bebenor laporan polis yang dibuat... rupenye umNo nak alih isu... Bodoh bebenor le deme ingat rakyat ni tak tau apa berlaku... Isu utama pencerobohan  dan kegagalan umNO jaga keselamatan rakyat Sabah khususnya dan IC palsu yang dibagi percuma dialihkan kepada isu komen Tian Chua...

Lokman suruh kaitkan DSAI dengan Misuari... Lanun MNLF tu... khabornya tentera Malaysia terlibat latih tentera Misuari... ehem..ehem... Mahathir takkan tak tau...

Isu besar dari peristiwa Lahad Datu ialah kegagalan pemimpin pastikan perarairan negara selamat. IC palsu yang diakui mahathir adalah sebab mereka bebas keluar masuk negara. Kesetiaan mereka bukan kepada kita... mereka dah bertaburan seluruh Sabah... dan mungkin seluruh negara.

Menteri umNO mesti bertanggungjawab jika bermaruah...

Rakyat tengah tunggu Hisyam yang dulu kata penceroboh bukan pengganas... macam mana bawa senjata masuk negara dianggap tak ganas...?? Dah bunuh polis baru dianggap pengganas..

 sebenarnya banyak persoalan dalam isu ini yang hanya akan terungkai apabila kepimpinan negara berubah... Apapun sedikit masa lagi tentu banyak maklumat yang bolos  kerana mulu manusia tak sama dengan mulut tempayan walaupun besor...

Bangkai gajah hanya boleh tutup sekejap je... bila membusuk...baunya akan semerbak seluruh negara... ada komen??


6 ulasan:

Alias Dasuki berkata...

Saya pun merasa hairan bagaimana kematian Imam Maas, yang terbunuh bersekali dengan dan 4 orang anaknya di Semporna, tidak mendapat liputan langsung oleh pihak media kita. Penggelapan berita kematiannya didapati aneh kerana kita kemudiannya diberitahu mayat 6 orang Anggota Keselamatan yang mati dalam peristiwa tersebut telah dianiaya dan tak dapat diselamat sehingga hari berikutnya. Apa sebenarnya yang berlaku sehingga terjadi demikian ? Tiada kah kemungkinan Imam Maas telah teriniaya sehingga mendorong anak-anaknya bertindak-balas dan mereka kemudiannya turut dibunuh ? Berita kegagalan pihak PDRM mengeluarkan mayat-mayat Anggota Keselamatan yg terkorban dalam peristiwa tersebut membayangkan adanya penentangan terhadap perlakuan yang terjadi. Penentangan, kiranya logik saya ini diterima akal, tentunya tidak hanya melibatkan anak-anak Imam Maas sahaja kerana mereka sudah pun terkorban ketika itu. Sebalik nya, penentangan ternyata ditimbul kan oleh orang sekeliling dan perkembangan sedemikian tidak mungkin timbul tanpa sebab yang kukuh.

Tanpa Nama berkata...

Kalau hati itu dah busuk cerita benar pun dianggap busuk. Terutamanya orang Melayu yang tak reti langsung nak berfikir. Kalau orang berjubah berjanggut cakap pasal al`quran sikit sudah terpengaruh tanpa memikirkan perkara itu buruk ke baik ke. Selama hari ni kerajaan Barisan Nasional yang memerintah ditunjangi oleh UMNO hidup aman damai rakyatnya. Boleh cari makan, sara anak bini, sekolahkan anak sampai keluar negara anak belajar. Boleh cari kesenangan dan banyak lagi sumbangan yang diberikan oleh Kerajaan Barisan Nasional tetapi bila ditanya apa sumbangan Parti Pembangkang ni.. Tanah, rumah, kebajikan rakyat, kemudahan asas, pendidikan, rawatan hospital dan lain-lain lagi apa yang mereka bagi. Yang Parti Pembangkang ni sumbangkan memecahbelah perpaduan rakyat, maki hamun orang, gadai kalimah Allah, nak sama rata agama.. orang Melayu pun boleh pilih nak anut agama apa pun, LGBT boleh. Sekarang jelas Parti Pembangkang ini bukan hendak mengurustadbirkan negara ni secara demokrasi berparlimen dan mengikut perlembagaan. Mereka ini hanya untuk mengejar kuasa ke Putrajaya yang jadi mangsanya adalah orang-orang yang bodoh tidak boleh berfikir permainan pihak pembangkang. Jadi yang ruginya siapa.. lebih lajak dari laju tu biasanya orang-orang Melayu yang sanggup diperkudakan. Ingatlah orang-orang yang bersikap macam inilah yang akan menghancurkan masa depan orang Melayu, anak-anak orang Melayu dan cucu-cicitnya. Disebabkan mereka inilah orang Melayu yang jelas akan permainan politik Pembangkang ini sama kecundang disebabkan akan kebodohan orang Melayu yang tidak boleh berfikir ini. Jangan ingat kecundangnya UMNO, orang Melayu dalam PAS, PKR dan DAP selamat. Kecundangnya UMNO orang Melayu dalam PAS, PKR dan DAP turut juga hancur kerana pemimpin-pemimpin parti Pembangkang hanya pentingkan kedudukan diri mereka sahaja bukannya kepentingan rakyat. Fikir-fikirkanlah sebelum terlambat.. esok-esok kut melukut di tepi gantang.

Tanpa Nama berkata...

jika benar kera jaan amngok nak banteras gejala liwat , kenapa dakwa dsai shj . orang lain tak meliwat ke ?

Tanpa Nama berkata...

Tu la orang suruh bagi PR try memerintah sepenggal.... baru boleh tengok apa yg PR boleh janji.... ni melayu...melayu...melayu...bukanke umNO yg bagi kerakyatan Jus Soli dulu sebab nak cepat kuasa? bukan ke umNO yg atur tambah persempadanan parlimen dengan membanyakkan undi untuk bukan melayu...Kelantan , Kedah dan Trengganu tak bagi sebab masa orang melayu sokong PAS? bukan ke umNO gadai kerusi Gerik yg majority melayu kepada Cina?? sebelaum tu Bukit Gantang kepada India PPP? cakap pasal melayu...pegi daaaa..

Alias Dasuki berkata...

Tanpa Nama 13/3 @7.59 pg, terima kasih terhadap respons sdr. Saya cuma membangkitkan persoalan asas yang sepatutnya juga menjadi tanda-tanya kpd semua yang waras daya fikir. Islam mendidik kita sejak kecil untuk menggunakan akal dengan bijak. Sayang sekali kalau sdr pula mencadangkan agar Melayu membantut daya fikir dan menjadi pak turut terus menerus. Sampai bila sdr mau Melayu terus berpegang kpd BUDAYA SUBSIDI ini sedangkan orang lain dah jauh maju kehadapan ?

Pemuda Titiwangsa berkata...

Assalamualaikum

Untuk pengetahuan tuan, alamat blog http://pemudatitiwangsa.blogspot.com telah bertukar kepada http://pastitiwangsa.blogspot.com.

Pihak kami ingin memohon untuk dimasukkan link kami dalam bloglist tuan bagi menyebarkan bahan penerangan kami. Terima kasih.

UMNO PUPUS, RAKYAT SELAMAT, NEGARA BERKAT

Admin
Penerangan PAS Titiwangsa