Sabtu, 20 April 2013

PRU 13 MENUJU POLITIK MATANG??

Gendang PRU 13 sudah bergema...bermula countdown 15 hari... Hangat...panas... luar biasa...pelik...adalah antara ulasan terhadap penamaan calon hari ini. Hangat dan panas cuaca serta isu yang membelenggu negara... Luar biasa dan pelik ialah calon yang bertanding..

Di beritakan ada tempat 7 calon bertanding dalam satu kawasan...mungkin teramai sehingga hari ini... ia mungkin sejarah... Sebabnya??? entah...protes...tajaan...nak tumpang glamour..?? atau saja saje nak test market... mungkin juga mengidam nak pakai baju baru di arak penyokong... kira kira jadi raja sehari le... tapi takut bini...ha...ha..ikut

Paling mengejutkan umNO beberapa calon bebas adalah pemimpin besar mereka terutama Karmila yang bertanding di Kuala Kangsar... Juga Sharif yang gegarkan Penang... Juga tak lupa Brahim Ali yang telan calon pilihan umNO hingga Tok Pa pening kepala...

Pertandingan dan pertembungan sesama sendiri juga berlaku terutama bagi Pakatan Rakyat...

Aku tak kesah apa apa pasal tu sebab masing masing ada alasan untuk bertanding dan memilih dalam negara demokrasi... Namun persoalannya mampukah kita menghadapi politik matang dalam PRU 13. Rata rata berpendapat politik Malaysia masih belum matang... Tandanya???

Parti kerajaan sementara BN dapat publisisti 100% berbanding parti lawan.. Itu indikator pertama politik tidak matang. Ia seperti membodohkan rakyat. Rakyat yang cerdik akan terasa mereka diperbodohkan dan dilarang berfikir secara bebas bagi menilai hujah... Bn seakan mahu rakyat hanya mendapat maklumat dari mereka dan menyekat maklumat lawan supaya rakyat tidak dapat melakukan penilaian yang adil dan bijak.Hanya orang BODOH sahaja yang restu cara kempen BN kerana mereka malas berfikir...mereka hanya mahu mengikut.... Taqlid... buta..

Tanda kedua politik tidak matang ialah cara kempen yang dicemari dengan fitnah dan agenda lucah. Serangan peribadi melebihi fakta dan hujah...akhirnya minda rakyat dilupakan menilai tawaran dari PR dan BN...mana lebih baik... Tawaran adalah perkara penting dalam menilai kerajaan masa depan... BN telah berjanji dengan kuasa yang ada pada mereka...rakyat boleh menilai..

PR juga telah menawarkan tawaran untuk PRU 13... mereka belum di cuba...adalah sangat tidak adil menilai tanpa memberi peluang apatah lagi menuduhnya sebagai janji palsu sedangkan kuasa belum pernah diberi... Kuasa negeri sangat berbeza dengan kuasa pusat... Pemimpin PR di 4 buah negeri selain 11 bulan di Perak ternyata bebas dari sebarang penyelewengan dan rasuah.. Paling kuat ialah rasuah kek TGNA... budak kecik pun gelak... setelah lebih 20 tahun...hanya isu kek??? Khalid Ibrahim di Selangor pulak dikaitkan dengan lembu korban... umNO yang berotak tau sangat lembu korban perkara biasa bagi mereka sampai samy Vellu yang hormat lembu pun bagi lembu...

Politik ganas juga menolak politik matang di Malaysia... Belum apa apa dah ada bendera ditumbangkan... maarkas di bakar dan lain lain... serangan kepada pemasang bendera perlu di ambil secara serius oleh Polis... Jika tak mahu perkara tak baik berulang seperti peristiwa Felda Lubuk Merbau dalam pilihanraya kecil di tahun 1982. Serangan ceramah PR juga memalukan... mereka diserang budak budak samseng dan diganggu dengan maki hamun oleh penceramah umNO .

PENGUNDI PERLU MENOLAK BUDAYA SONGSANG INI JIKA MAHU PILIHANRAYA YANG MATANG MENANDAKAN TAHAP PEMIKIRAN MASYARAKAT MALAAYSIA...


Tiada ulasan: