Ahad, 5 Mei 2013

RANCANGAN JAHAT..

Hari ini rakyat mengundi menentukan siapa kerajaan pilihan mereka. Namun sejak akhir akhir ini tersebar berita pengundi luar yang diangkut dari Sabah dan sarawak. Mereka sebahagiannya ialah warga Bangladesh dan penduduk Sabah dan Sarawak. Aduan kepada SPR tak jadi apa...

Paling mengecewakan apabila pengerusi SPR memaklumkan bahawa jangan tahan pengundi yang mirip warga asing... dalam masa yang sama dia kata setiap pengundi yang ada Kad pengenalan layak mengundi... Macam dah plan je depa ni... Di tambah hakikat hari ini, dakwat yang dikatakan kekal rupanya tak kekal langsung..

Beberapa gambar pengundian awal pagi ini mendedahkan bagaiman beberapa pendatang tanpa izin telah ditangkap. Sahabat memaklumkan di Trengganu ada warga asing yang dapat Kad Pengenalan baru mendakwa ibu bapa berasal dari Malaysia tetapi duduk di luar negara.

Amaran polis terhadap kekacauan dan dibantu kenyataan pemimpin BN menunjukkan bukti bahawa ada rancangan teliti sedang disusun dan direncanakan untuk memenangkan BN secara haram. BN telah buat Provokasi sebagaimana didedahkan media termasuk di Ipoh semalam, sebagai permulaan agar rakyat percaya bahawa kekacauan telah dirancang Pakatan Rakyat.

Paling mengecewakan ialah pengundi luar yang begitu berani keluar mengundi hari ini... Rakyat perlu buat keputusan berani untuk bertindak mempertahankan negara... pada aku, pengundi asing ni jangan diserah kepada polis selain setelah pusat pengundian ditutup... kita simpan dulu...kalau tidak...mereka akan menjadi pengundi istimewa... INI KALI LAHH!!

Tiada ulasan: