Terkenal di sebuah negeri antah berantah seorang tua bernama pakcik Zul yang suka bercerita.. Di
jaja ceritanya merata pelusuk alam. Kerana terlalu rajin bercerita , maka
tentulah ada ceritanya yang betul, separuh betul dan rekaan khayalan si
pencerita.
Paa suatu hari dia berhasrat untuk mengenaakan imam kampung
yang sangat di hormati. Imam itu di sanjung oleh pengikutnya. Telah beberapa
kali imam itu cuba digulingkan namun gagal. Berbagai cerita fitnah disebarkan
namun tak berjaya. Pengaruh Imam semakin melebar.
Pak Cik Zul sesekali mendengar kuliah Imam dengan tujuan
untuk mencari kelemahan Imam. Ada yang diputar mengikut seleranya, ada yang
ditulis tanppa dia sendiri memahami ceritanya... Yang penting Imam akan dijauhi
oleh pengikutnya.
Satu hari Pak Cik Zul mendapat satu idea untuk mengenakan
Imam. Ia mahu pengikut Imam marah padanya. Lalu di ceritakan bahawa pada malam
jumaat ini Pak Imam akan mengagihkan wang kepada sesiapa yang datang ke masjid.
Cerita itu ijaja dengan berbagai cerita.
Bukan Pak Cik Zul saja yang menjaja cerita ini. Di ajak anak
buah dan rakan yang lain untuk menjaja cerita ini. Maka hebohla seluruh kampung
bahawa Imam akan membahagikan duit pada malam jumaat itu. Pak Cik Zul sangat
yakin orang akan marah kepada imam kerana menipu mereka .
Pada malam jumaat itu, Pak Cik Zul lalu di hadapan masjid.
Alangkah terkejutnya dia kerana terlalu ramai yang datang ke masjid ketika itu.
Dia mula terfikir adakah betul Imam akan bagi duit pada malam itu. Pak Cik Zul
bertanya seorang pemuda...” kenapa ramai sangat malam ni?” Pemuda itu
tersenyum... Imam nak bagi duit... semua orang dah tau”
Kerana tak mau rugi, Pak Cik Zul pun berbaris sama.
Malangnya apabila Pak Imam selesai solat, tak de duit pun yang diberi...
Rupanya semua orang itu tertipu dengan cerita rekaan pak Cik Zul.... Rupanya
Pak Cik Zul tertipu dengan cerita yang direkanya sendiri...
Tipah Tertipu....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan