Ahad, 1 September 2013

CUKUP SUDAH .... BERSIMPUL URAT OTAK

Suhu politik negara masih tak menentu. Namun suhu politik dalaman kian bergelora. Saya seringkali terlepas masa untuk berkongsi pandangan pelbagai situasi lantaran kesibukan dengan pelbagai tugasan dan halangan mendatang. Kalau ada posting pun sekadar perkongsian berita yang boleh mencetuskan idea namun tak sempat saya kongsikan.

Semakin hari kin terasa betapa tak mampu mengendalikan blog ini. Teman teman kian ramai bertanya kenapa kian sunyi. Apalah yang mampu saya beri selain sibuk sebagai alasan standart.  Hari ini saya mengambil keputusan untuk menyerahkan blog ini untuk diurus oleh sahabat.Namun mungkin jika ada kelapangan saya akan berkongsi pandangan.

Ini mungkin pandangan terakhir sebagai pemilik blog ini...

Sejak dihidupkan 2007, berbagai detik dilalui. Bermula dengan suka suka untuk berkongsi idea, berkembang sebagai media politik. Ramai kawan kawan yang dah syahid di pertengahan jalan. Saya terus hidup dengan semangat dan dorongan rakan rakan pembaca.

Ramai yang memilih berubah kecenderungan namun saya tetap memilih politik sebagai landasan. saya bukan mengejar hits kerana tiada iklan yang saya jadikan sumber. saya sekadar memilih wadah politik. sebagai medan berkongsi berita.

Kemenangan luar jangka Pakatan Rakyat yang akhirnya menjadi sebuah kerajaan menjadikan blog ini berada di persada medan politik. Blog politik di Perak menjadi rujukan terutama ketika krisis politik . Malah kerajaan Perak pimpinan DS Nizar secara serius membuat pertemuan dengan inisiatif YB Idham ketika itu bersama Hj Anuar yang merupakan setiausaha akhbar MB. tentulah watak di belakangnya Al Banjari.... Juga di susuli dengan permukiman Blogger Perak di Gopeng... sangat mengujakan

Perubahan secara kudeta menjadikan ianya semakin  hangat. Namun suhu politik mula menurun lantaran sikap rakyat Malaysia yang lebih suka berserah dari mempertahankan haknya. Rakyat Malaysia lebih suka berlunjur kaki dengan mengadah langit dari berlumba mencari rezki. benarlah luahan sasterawan negara almarhum Dr Usman Awang;


Melayu itu orang yang bijaksana

Nakalnya bersulam jenaka

Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan



Melayu itu berani jika bersalah

Kecut takut kerana benar
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut
Biar mati adat
Jangan mati anak



Dalam sejarahnya

Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan



Melayu itu kaya falsafahnya

Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara



Malangnya Melayu itu kuat bersorak

Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
Tanah sebidang mudah terjual



Meski telah memiliki telaga

Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba
Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi



Walaupun sudah mengenal universiti

Masih berdagang di rumah sendiri
Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak



Watak Melayu menolak permusuhan

Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan



Berdamai cara Melayu indah sekali

Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut



Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan

Segala yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
“Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran”



Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu

Masihkan tunduk tersipu-sipu ?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan



Jadilah bangsa yang bijaksana

Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka!


----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Perjuangan PAS yang saya dokongi berlandaskan parti dakwah bersendikan siasah sebagai wadah. Perjuangan Pas yang saya dokongi berlandaskan Quran dan Sunnah berteraskan Kepimpinan Ulama. Syariat Islam adalah cita cita perjuangan PAS yang saya junjungi untuk ditegakkan di bumi Malaysia. ITu prinsip yang saya terima sejak aku mengenali PAS sekitar 1982.
Perkembangan PAS dari parti "tok Lebai" menjadi parti di persada antarabangsa sangat mengujakan. Berduyun duyun menyertai PAS sejak krisis 1998 menempatkan PAS sebagai harapan terutama Melayu walaupun jelas PAS adalah parti Islam. Saya melihat surah "annasr" sebagai janji Allah.

Pas yang hidup di celah pokok getah dengan ceramahnya, Bergerak dari rumah ke rumah dengan usrahnya mula berkembang di dewan seminar. Usrah bukan lagi keutamaan. Jika adapun... sudah mula melupakan asas perbincangannya... lebih kepada strategi, bukan teras al Quran, hadits, sirah dan pemahaman perjuangan parti.. maka wujudlah kecelaruan fikrah.. seperti yang kini kita hadapi..

 Dulunya kepimpinan menumpang tidur di makas dan rumah rakan rakan, kini hotel yang selesa dan jauh dari ummat. Bukan salah... namun apabila ada yang meminta... itu yang salahnya. Orang Pas dulunya teruja dengan ilmu seorang pemimpin memimpin ummah, kini mereka teruja dengan pelbagai projek dan sasaran ekonomi yang di cetuskan pemimpin.

Dulunya pemimpin didampingi oleh orang yang ikhlas mencari ruang ilmu, kini mereka didampingi oleh mereka yang mencari peluang kebendaan. Lantaran itu, ulama yang kaya dengan ilmu di pinggirkan, maka muncullah karektor pengampu dan melebelkan ulama sebagai ketingalan zaman, tak berstrategi dan sebagainya...

Lebih malang lagi label dan idea ini datangnya dari mereka yang tercicir dalam usrah dan halaqah, menyebarkan idea di media internet dengan bahasa yang sangat sumbang dan diterima oleh mereka yang ikhlas berjuang... aahhhh.. malangnya... sebahagiannya datang dari mereka yang dididik oleh jamaah lain yang pernah menentang PAS... kini menumpang dengan wajah hebat mengambil kesempatan di atas keihklasan pendokong PAS...

 Mereka tampil dengan istilah PAS baru...  reform Pas... demi kelangsungan kononnya... sedangkan bagaimana boleh meneruskan kelangsungan perjuangan jika asas tarbiah hanya dijadikan penghias gambar di permulaan dan kemudiaan majlis ditinggalkan.??? matlamatnya ialah kemenangan roadmap  Putrajaya kononnya sebagai keutamaan...walau terpaksa menggadaikan kerusi kepada rakan... sama saja..alsannya... sedangkan PAS punya prinsip..punya matlamat yang jauh lebih besar dari menguasai Putrajaya.. iaitu pengisian di Putrajaya... jawab mereka...itu boleh dikemudiankan... adussss....

Politik sudah jadi akidah... Al Quran tidak lagi basah di lidah.. malah yang mengkritik Ulama...  sebahagiannya... baca al Quran pun cacamerba... nak jadi pemimpin besar... malangnya jamaah islam jika itulah karektor pemimpinnya... mungkin kerana ini sebahagian mereka tak selesa berada dalam majlis usrah...

 Semua itu bukan tuduhan umum... namun  itulah yang sedang berlaku di sebahagian peringkat.. Apapun.. ia jauh lebih baik dari umNO yang sudah cacat seluruh anggotanya... berselirat urat otaknya... malah bersimpul segala sarafnya... tanpa ideologi, tanpa prinsip, tanpa halatuju... hanya hidup dengan saki baki gula gula yang di tampal kepada sebahagian generasi  yang tumpul akal mereka.

Juga lebih baik dari rakannya PKR yang tidak punyai program pembinaan tarbiah yang melahirkan insan ikhlas dalam berjuang kerana Allah dan  hanya bersandarkan isu dan kreativiti menggerakkan massa.

Semoga sahabat yang meneruskan blog ini dapat  merasai denyut nadi dan inspirasi yang pernah wujud di sini... terima kasih buat semua yang memberi dokongan... saya bukan berhenti... cuma mengalih tumpuan....





9 ulasan:

bat8 berkata...

Tuan,

Saya memahami isihati sdra.

Bukankah Islam itu sesuai semua zaman. Islam adalah ugama dan perjuangan yang dinamis, tidak statik.

Luahan sdra sebenarnya adalah kegagalan pemimpin-pemimpin parti sdra dalam mengurus perjuangan yang melalui perubahan masa yang juga tidak statik. Islam itu dinamis. Perjuangan Islam juga dinamis.

Saya pernah menulis komen didalam blog alhusseyn bahawa Islam dan perjuangan PAS memerlukan gabungan ulamak profesional dan profesional bukan ulamak, berpadu tenaga, melengkapi saling melengkapi untuk menutup sebarang kekurangan yang timbul.

jangan sdra sangsi komitten dan iman profesional bukan ulamak yang berjuang di dalam PAS. Komitmen dan iman bukan bergantung kepada kelulusan seseorang. Sistem tarbiah PAS selama ini telah berjaya melahirkan pejuang-pejuang PAS yang begitu komited.

Paduan antara kedua golongan ini hanya ada didalam perjuangan Islam. Ia tak ada di dalam perjuangan sekular seperti UMNO Baru!

Pada saya yang diluar PAS, dinamisma pucuk pimpinan PAS tidak bergerak sealiran dengan dinamisma perubahan dunia hari ini dan dinamisma yang dituntut oleh Islam bagi menangani tuntutan dinamisma perubahan dunia hari ini.

Kepimpinan Ulamak yang mengambilalih kepimpinan pari dari Almarhum Dato Asri telah memberi sumbangan besar kepada keberadaan PAS hari ini dan kepada keperdanaan status islam dialangan rakyat berbilang bangsa hari ini. Nampak keindahan Islam dari kacamata bukan penganut Islam. Ini satu kejayaan besar dalam perjuangan.

Seperti yang saya kata, zaman berubah. Angkubah-angkubah dan tuntutan perubahan zaman juga berubah. Model kepimpinan ulamak yang menjadi landasan perjuangan PAS pasca Asri yang diasaskan dulu mungkin telah mencapai matlamatnya. Mungkin model tersebut perlu di lihat kembali dan dibuat perubahan untuk menangani perubahan-perubahan yang telah berlaku yang menjadi realiti dan cabaran kepada perjuangan Islam hari ini.

Model baru mungkin perlu digarab. Termasuklah mungkin perlu menukar barisan kepimpinan yang ada hari ini!Kita kena ingat perjuangan PAS bukan macam UMNO Baru. UMNO Baru adalah milek pemimpin tertinggi semasa yang berkuasa tetapi PAS adalah milek umah, bukan milek pemimpin PAS semasa! Serahlah baton kepimpinan kepada barisan yang lebih kontemporari sementara mereka menjadi penasihat-penasihat yang sarat dengan ilmu dan pengalaman dibelakang tabir - maybe majlis penasihat tertinggi?

Sekian. Sekadar lontaran ringkas dari pejuang Islam di luar PAS!

bat8

DEMI MELAYU berkata...

PAS sudah ada model al Quran... apa yang di garap sudah menepati... cuma keghairahan untuk merebut jawatan agar cepat PAS menang menjadi sebabnya... Bukan masalah profesional... tetapi anti ulama...

Tak timbul soal paduan kerana ia berada di dalam...

Yang wujud dalam PAS ialah golongan yang hanya nampak kemenangan... Ulama ni banyak sangat pantang larang...

Asyik hudud ...itu tak bijak...
asyik pakai serban....bukan islam takut...

inilah mitos orang yang tak yakin dengan Islam...

Pada saya mudah... tak perlu ubah PAS... PKR sudah memenuhi cara itu... ia juga dalam Pakatan Rakyat... maka dokonglah aspirasi tuan bersama PKR.... Biarkan PAS dengan caranya.... kan dah serumah..

bat8 berkata...

Demi melayu,

Saya bukan ahli PAS. Sdra agaknya ahli PAS. Saya melihat PAS dari kacamata orang melayu Islam yang menaruh harapan kepada PAS untuk memartabatkan Islam sebagai satu cara hidup yang lengkap di zaman sekarang kerana Islam itu sesuai setiap zaman dan merupakan jalan keluar yang terbaik untuk manusia setiap zaman dan ketika.

Saya faham Islam itu lengkap. Bukan pasal hudud dan pakai serban sahaja. Sebagai orang luar saya tidak tahu secara detail apa yang berlaku sesama orang PAS secara dalaman. Pandangan saya berdasarkan apa yang keluar dari pemimpin-pemimpin PAS yang dilaporkan termasuk didalam harakah, blog-blog ahli-ahli PAS dan tindakan-tindakan pemimpin-pemimpin PAS dalam arus perdana politik.

Islam yang menjadi dasar perjuangan PAS adalah juga Islam yang menjadi pegangan hidup saya. Jadi sdra ahli PAS dan pejuang Islam. Saya bukan ahli PAS tetapi pejuang Islam juga kerana Islam juga ugama saya. kepedulian saya kepada PAS tidak sama dengan sdra kerana saya bukan ahli PAS. Kepedulian saya kepada PAS kerana PAS juga menjadikan Islam iaitu ugama anutan saya sebagai landasan perjuangannya.

Jadi satu hal kena faham. PAS dan Islam adalah 2 entiti yang berbeza. Islam adalah milek Allah dan PAS adalah milek ahli-ahlinya yang menjadikan Islam sebagai landasan perjuangannya. Jadi mengkritik PAS sebagai satu organasasi kepartian yang menggunakan Islam sebagai landasan perjuangannya tidak sama dengan mengkritik Islam. Mengkritik Islam boleh membawa kepada murtad.Begitu juga mengkritik kepimpinan PAS bukan mengkritik Islam asalkan dibuat denan cara yang selari dengan Islam.

Now, setelah meletakkan asas yang panjang lebar kat atas, saya nak bertanya - APA CERITA DENGAN CERITA ANTI ULAMAK DALAM PAS NI? Apa yang nak direbut oleh kumpulan-kumpulan pro dan anti ulamak dalam PAS ni?

Saya tanya sebab setahu saya pejuang-pejuang ugama Allah hanya berebut keredhaan Allah dan syurga sahaja! lainlah dalam UMNO baru ( saya amat arif dengan perangai UMNO baru) mereka berebut untuk memfaraid harta negara dan menguasai peluang-peluang untuk mengkayakan diri dan kroni melalui perhambaan massa melayu.

Minta penjelasan....

bat8

DEMI MELAYU berkata...

Jawapannya mudah... ulama meletakkan kemenangan bersama Islam... satu lagi inginkan kemenangan cepat sekalipun bukan bersama Islam... alasannya sama... menang dulu.. boleh laksanakan Islam... bersalahan dengan sirah rasul menolak tawaran raja di Mekah... betul tak Tuan rumah??

ANAKSENGAT' ( aku tak rela diperdaya umNO) berkata...

Rasanya tak perlu jawab tentang masalah dalaman PAS dengan bukan ahli....macam cerita hal rumah dengan orang luar le...cukup dengan apa yang di tulis di artikel... kecuali Bat ni memang pernah berkelana di Tambun sebelum ke kelantan...

bat8 berkata...

Demi Melayu dan anaksengat,

Fair kalau dirasakan tidak perlu meneritakan masaalah dalaman PAS kepada bukan ahli.

Perlu diingat PAS dan islam adalah dua entiti berbeza. PAS adalah sebuah pertubuhan politik yang dimileki oleh ahli-ahlinya yang menggunakan Islam sebagai landasan perjuangan politiknya. fair kan.
Islam bukan milek mutlak PAS dan ahli-ahli PAS kerana Islam sebagai Addin adalah milek umat Islam.PAS hanya meminjam/menumpang menggunakan Islam yang dimileki oleh umat untuk dijadikan landasan perjuangan.

Now, umat Islam faham bahawa sebaai sebuah organasasi PAS juga mempunyai abaran dan masaalah dalamannya sendiri. daam aspek ini tiada bezanya dengan UMNO atau MCA atau MIC sebagai sebuah organasasi politik.

Bezanya, landasan perjuangan politik PAS adalah Islam - satu sistem hidup yang lengkap, mempunyai kaedah dan tatacara yang terbaik untuk menangani pelbagai isu manusia termasuk mengurus konflik dan pertikaian. Islam berupaya menyelesaikan apa sahaja tetapi jika pejuang-pejuang Islam berbalah sesama sendiri tanpa menyelesaikan isu yang timbul, ini adalah sesutu yang malang kerana gagal melaksanakan Islam itu sendiri dikalangan mereka atau bila ada perselisihan pendapat.Ini adalah kelemahan orang dalam PAS sendiri yang gagal menghayati Islam yang mereka guna sebagai landasan perjuangan!

Seperti saya kata sebelum ini, pertalian yang ada antara PAS dengan umat Islam di negara ini yang bukan ahli PAS hanyalah kerana Islam. Kalau bukan kerana Islam ( maksudnya jika perjuangan PAS tidak berlandaskan Islam), maka tiada kaitan langsung antara PAS dengan umat Islam di negara ini. Samalah hubungan umat Islam dengan MCA atau MIC atau gerakan....lantak pi la hangpa. INI SATU PERKARA ORANG PAS KENA INGAT!

Masaaah dalaman PAS tidak perlu diketahui oleh umat Islam yang bukan ahli PAS tu tak berapa betul.

Pertama, jika PAS sebagai sebuah organasasi politik yang menumpang dengan Islam, segala kelemahan-kelemahan dan kegagalan PAS menghayati Islam memberi kesan negatif kepada seluruh umat Islam di negara ini tak kira ahli PAS atau tidak.

JIka ia hanya memberi imej buruk kepada PAS sahaja, lantak hangpalah. Tetapi realitinya kami yang tak ada kena mengena dengan PAS juga diberi label negatif yang sama dengan PAS!...INI MASAALAH NYA!

Kemudian, PAS ADALAH SEBUAH ORGANASASI SIASAH BUKAN BADAN KEBAJIKAN ISLAM! Modus operandi organasasi politik ialah cuba menjual pengaruhnya kepada massa diluar organasasinya untuk mencapai matlamat politiknya- kuasa.

ceritanya senang je - kalau kamu nak undi dan sokongan kami, make sure kamu adalah sebuah organasasi politik yang padu dan mantap asas perjuangan luar dalam, tuntas diberi kepercayaan yang jitu. Apatah lagi jika kamu mendakwa kamu menggunakan Platform Islam

Kalau PAS adalah sebuah badan kebajikan , lantak pi la sesama hangpa - nak bergaduh ke, nak berparang sesama sendiri.

Pokok pangkalnya, kita hidup dizaman serba maju dan Islam mempunyai tempat yang paling ideal untuk menjadi penyelamat. Umat Islam juga mestilah mempunyai pemikiran yang kontemporari,terbuka dan keimanan yang jitu. Tak boleh berfikiran sempit, patah lagi mereka yang melantik diri mereka sebagai pejuang-pejuang Islam.

bat8

ANAKSENGAT' ( aku tak rela diperdaya umNO) berkata...

Bat8
Kalau dah PAS milik semua sepatutnya tuan masuk PAS...itu sifir mudah...atau memang dah ahli PAS dan pernah pegang jawatan dalam PAS..gaya bahasanya amat di kenali...

Ok la...kalau tuan rasa dah sayang dan takut PAS dilihat negatif kerana Islam...tuan kena duk dalam PAS...betulkan dari dalam...

Isu kepimpinan PAS adalah isu dalaman...hanya boleh diselesaikan dalam muktamar... melalak kat luar tak de makna...

Sebab tu penampilan PAS di luar di tentukan ahlinya.... terpulang kepada ahli menetukan hala tuju PAS... Tentu ahli PAS lebih sayang PAS dari yang duk luar...

Kami ahli PAS lebih sayang PAS dari yg duk luar...sebab tu kami duk dalam PAS...

PAS buka saja nak undi rakyat...tapi PAS nak berdakwah dan lebih penting... NAK TARBIAH AHLI... yang duk luar tak akan paham PAS sebagaimana yang duk dalam PAS. itu je saya nak ulas...rasenye sangat jelas...

bat8 berkata...

anaksengat,

Aku tak kata pun PAS milek semua. Aku kata PAS milek ahli-ahlinya.

baca betul-betul apa yang ditulis. Jadi tak ada perkara baru yang perlu ditambah dari yang ditulis sebelum ini.

bat8

bat8 berkata...

anaksengat,

Boleh ulas tentang ucaptama ketua dewan Ulamak PAS di Muttaqa yang mencadangkan tahalul siyasi PAs dan PKr dikaji semula dan pendirian TGNa, Tuang presideng PAs dan ketua Penerangang PAS menenai cadangan ketua dewang ulamak tu?

bat8