Ahad, 27 Julai 2014

SIAPA BODOH???? PERUT UMNO SEMEMANGNYA BUSUK

Aku dah lama tak menulis... Kerana suhu politik agak sejuk. Aku berniat mengulas kebangkitan Al Qassam yang sedang menjual nyawa mereka untuk membeli Syurga Allah. Aku juga mengelak dari menghangatkan blog dengan persepsi politik yang banyak gatal tangan dalam menulis.. pahala aku rasanya masih kurang ... aku mengambil kesempatan mencari keberkatan Ramadhan...

Namun di akhir Ramadhan ini aku rasa seakan tak sabar apabila melihat Murabbi Agung antarabangsa di hina oleh mulut yang lancang dan tangan yang biang menulis sesuatu yang bersifat fitnah dan jahat... Bermula ketegasan Tuan Guru Hj Hadi mempertahankan sikap Tan Sri Khalid Ibrahim perlu di pertahankan lantaran tiada khianat terhadap amanah rakyat yang di lakukan...

Aku pun tak tahu apa yang PKR marah sangat dengan Tan Sri Khalid Ibrahim ni... Selangor aman makmur di bawah pentadbirannya... melainkan sedikit masalah yang di cetuskan umNO. Itu biasa... dengan kuasa yang ada di Pusat yang masih berakar umbi di negeri...orang politik tahu... itu perkara biasa... Apa yang aku tahu... TSKI yang di katakan tak tahu berpolitik itu telah membawa peningkatan kerusi dalam PRU 13 yang lalu... Matlamat utama sebuah parti politik ialah kekalkan kerajaannya... apa lagi???

Apa pun alasan yang PKR buat... secara jujur aku dah mula meluat dengan Anuar... Dulu aku meluat dengan pemimpin umNO sebab banyak menipu... Hari ni ternyata Anuar terlalu banyak menipu.. Pak Lah dulu kata kita tak akan bubar Parlimen... alih alih... esoknya Parlimen di bubarkan... umNO kehilangan banyak kerusi...

Perletakan jawatan ADUN Kajang di katakan tiada kaitan dengan perubahan Menteri Besar. Tiba tiba sibuk nak tukor menteri Besar. Anuar Kata dia takkan jadi Calon Kajang... Kemudian di umumkan dia sebagai Calon Kajang...Dulu Anuar kata dia akan bersara kalau PR tak menang... dah kalah, dia kata banyak bangla plak dah...

Aku tahu anuar dari perut umNO... sememangnya perut umNo tu busuk... Aku ingat setelah lama bergelumang dengan tong taik... dia di sucikan dengan haruman dalam penjara... rupanya... busuk umNO yang dah sampai ke kepala dah tak boleh di ubat lagi... tengokla mesyuarat PKR peringkat Cabang baru baru ni...dah jadi macam umNO... bergaduh... aku tahu ada orang baik lagi dan ramai antara mereka terpesona dengan topeng Anuar... mereka tak salah...

Aku tak kisah dah dengan isu yang di timbulkan terhadap TSKI terutamanya isu beliau kedekut yang bergema dalam Persidangan PKR . Rupanya kedekut itu dalam maknaknya... bukan kepada rakyat... tetapi kepada kawan... 

Yang aku nampak sekarang kebobrokan Anuar kian terserlah... Setelah di tak dapat jadi MB kerana halangan undang undang... dia lantik bini dia jadi MB. Dia kata nak letak jawatan penasihat ekonomi kononnya tak mau campur pentadbiran... ha..ha... Sampai Azmin pun dia tak percaya.. ( sebenarnya DAP pun tak setuju dengan Azmin). Kalau dah bini jadi MB... maknanya dia le MB tu... ( ingat rakyat bodo??) jangan anuar pun sama dengan Najib ekoran pertemuan yang di rancang SBY dulu... he..he... Dah berjangkit penyakit membodohkan rakyat.. Kangkung murah..... ( tapi memang ada yang bodoh sungguh... buktinya... semua anuar kata betul belaka... termasuk beberapa pemimpin PAS)

Dulu Azizah letak jawatan Permatang Pauh bagi kat Anuar... Lepas tu Kajang letak Jawatan bagi kat Azizah... Kalau Anuar lepas dari hukuman atau penjara nanti... tak mustahil Azizah letak pulak bagi kat Anuar... Ingat lagi ... Anuar ni anti Kroni.... 3K.... zaman reformasi... sekarang... cakap tak serupa bikin...
Ingat negara ni hangpa punya???

Tapi yang paling aku pelik, ada lagi yang menjilat Anuar... dan TGHH yang mempertahankan sikap dan pendirian PAS bahawa tiada isu pertukaran MB Selangor pulak jadi sasaran... Aku tak Pikir Mat Sabu dan Mahfuz tak tau keputusan PAS Pusat masa Langkah Kajang dulu... Memang betul la keputusan akan di buat dalam mesyuarat PAS Pusat lepas raya ni... Tapi sebelum itu takkan tak de keputusan??? PAS kena berpegang dengan keputusan sebelum tu... belum ada mesyuarat yang menasakhkan keputusan lalu...

Yang aku pelik... Bila anuar kata PAS setuju dengan PKR ganti MB... sekor haram tak de yang sanggah Anuar... termasuh Mahfuz dan Mat Sabu... sekurang kurangnya kalau tak kata pandangan peribadi pun... Cakapla bukan Pandangan Pakatan Rakyat... Tapi jadi buta dan pekak...

 Bila Presiden sendiri yang memang ada autoriti pun, di katakan pandangan peribadi... secara terbuka aku seru... JANGAN LAGI SOKONG ORANG MACAM NI DALAM PEMILIHAN AKAN DATANG!!!
Maka berkokok le semua ayam daging  semua mengkritik Presiden sendiri... Bak kata kawan aku... "Batuk Anuar pun jadi pendirian rasmi PR"... 

Aku harap jangan ada lagi yang jadi dungu ikut aje apa yang Anuar kata. Zaman kegemilangan Anuar dah berlalu... Kegagalan PRU 13 menjadikan zaman gelap. anuar.. 

Tuan Guru Hj Hadi yang menjadi rujukan dunia pun dah tak nampak... Aku sangat Yakin.., isu MB Selangor ni akan bongkar kebobrokan anuar di mata orang PAS yang ikhlas berjuang... kecuali yang ada penyakit membenci Tuan Guru Hj Hadi Ulama Terbilang dunia kini..

SAPA YANG KATA TGHH KESAORANG SILA BACA KENYATAAN TGNA DAN PENJELASAN TUAN IBRAHIM... .

MASANYA MENYATAKAN PRINSIP!!!

3 ulasan:

Unknown berkata...

Dengan Nama Allah SWT
Betul atau shahih kekata empunya blogger namun dalam sesuatu pasukan bola sepak , jika pengurus rasa pemainnya dah tak boleh nak main hendaklah di ganti dengan pemain simpanan . Tujuannya di ganti agar bertenaga untuk bantu pasukannya MARA. Empunya blogger lihat lah apa jadi dengan pasukan BRASIL yang hanya bergantung penuh pada seseorang ( Neymar ) at last pasukan BRASIL di malukan dalam arena bolasepak dunia. Adakah salah tukar MB jika MB sekarang nampak akan kelemahannya untuk meneraju pentakbirannya.

ANAKSENGAT' ( aku tak rela diperdaya umNO) berkata...

Saya suka dengan ulasan yg nampak kematangan ini. Namun yang menjadi masalah yang nak di tukar tu satunya perempuan... ia di larang hadits. Keduanya, ia buka semudah pemain bole... Jika ada kekurangan kita bantu bukan menongkah... Harus diingat, jangan yang di kejar tak dapat, di kendong berciciran. Sultan ada kuasa penuh dalam perlantikan MB. Dan sangat nampak Kroninya kerana Wan Azizah juga jadi Pilihan... Kalau nak di banding dengan TSKI, siapa azizah dalam pengurusan. Kalau nak di katakan DSAI akan mentadbir di belakangnya... anwar menafikannya... jika benar pun , kalau anwar masuk penjara apa jadi kepada azizah... byk lagi hujah yang menolak... TSKI telah buktikan kecemerlangan dalam PRU lalu dan umum rakyat menyokonngnya.. bermakna rakyat puas hati...yang tak puas hati hanya PKR...mengapa??? Bukankah politik memerlukan sokongan rakyat... parti buat perkara agar puas hati...kalau dah puas hati...apa masalahnya??

ANAKSENGAT' ( aku tak rela diperdaya umNO) berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.