Isnin, 28 Julai 2014

WARTAWAN VETERAN PUN BERSUARA... JANGAN INGAT KITA DAH VETERAN SANGAT...

ABD SHUKUR HARUN | .
TIDAK dapat dibayangkan bagaimana dengan tiba-tiba Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru  Abdul Hadi Awang dihina dan dilemparkan pelbagai tuduhan oleh sesetengah ahli parti sendiri berikutan ketegasan beliau mempertahankan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.

Seingat saya, sepanjang 30 tahun lebih di dalam PAS, belum pernah terjadi hal demikian dan tidak pernahpun membayangkan akan terjadi hal seperti itu, tetapi telahpun terjadi.

Berikutan kenyataan tegasnya menyokong Tan Sri Abdul Khaid Ibrahim itu pelbagai andaian dan tuduhan dibuat terhdap Presiden PAS. Ada yang mengatakan kononnya ini isyarat bahawa PAS akan bersendirian, yakni akan berpisah dengan dari Pakatan Rakyat.

Ada pula yang berteori bahawa perkembangan ini akan membuka peluang PAS untuk menghidupkan kembali apa yang dinamakan ‘Kerajaan Perpaduan’, iaitu kerjasama PAS dengan Umno.

Semua tuduhan dan andaian ini sama sekali tidak berasas, malah ia menggambarkan bacaan dan pemikiran politik pihak yang mereka-cipta ini sangat naïf, suatu andaian yang penuh kecelaruan dan tidak berasas.

Saya dapat memahami kesedihan Pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar Abd Samad terhdap perbuatan sesetngah pihak yang melemparkan pelbagai tuduhan dan prasangka terhadap pemimpin PAS sendiri. Dalam twitternya, beliau sendiri tidak pernah menyangkan hal seperti ini berlaku.

Secara lojik bahawa Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mempunyai hak untuk mengeluarkan pendapat dan tidak ada siapapun yang boleh menghalangnya. Ini sewajarnya difahami oleh semua pihak walaupun sudah ada usaha PKR untuk menyingkirkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sejak projek Langkah Kajang.

Rundingan selanjutnya oleh pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat pada 10 Ogos ini juga sama sekali tidak boleh menafikan hak Presiden PAS untuk membuat kenyataan menyatakan pendiriannya.

Adapun kenyataan Presiden PAS itu tidak ada sebarang isyarat – secara tersurat atau tersirat – bahawa PAS tidak akan meninggalkan Pakatan Rakyat. Maka sebarang andaian ke arah itu, walau dalam apa cara dan hujahpun, hanyalah memberi peluang kepada musuh Pakatan untuk memecah-belahkan Pakatan. Hendaknya perkara ini mesti dihindarkan.

Sangat aneh untuk melihat lingkaran isu ini di mana secara jelas ialah masalah antara PKR dengan Tan Sri Khalid yang dicetuskan dalam Projek Langkah Kajang, iaitu PKR hendakkan menggantikan MB itu dengan tokoh lain.

Bagaimanapun oleh kerana PAS adalah salah satu komponen dalam Pakatan Rakyat bersama PKR dan DAP, maka masalah ini dihadapkan juga kepadanya. Tetapi secara lojiknya isu ini lebih kepada masalah PKR dengan Tan Sri Khaid.

Oleh itu mengapa PAS dengan tiba-tiba diheret begitu jauh ke dalam dalam isu ini. Sama seperti ‘pihak lain yang karam mengapa orang PAS pula yang lemas’. Analogi seperti ini muncul ketika pelbagai pihak, khususnya sesetengah pendukung PAS sendiri, melemparkan pebagai tuduhan terhadap Presiden PAS berhubung dengan kenyataannya.

Memang benar, PAS berada dalam Pakatan Rakyat bersama PKR dan DAP oleh itu segala masalah Pakatan dikongsi bersama mengatasinya.

Tetapi jangan lupa projek Langkah Kajang yang hendak menukarkan Tan Sri Khalid adalah dicetuskan oleh PKR. Maka itu, sewajarnyalah PKR lebih dulu menyelesaikannya dan PAS sebagai anggota Pakatan telahpun memberikan pandangan.

Sama ada diterima atau ditolak oleh Pakatan sama sekali tidak mengurangkan hak Presiden PAS menyatakan sikap. Dengan itu terimalah hakikat ini serara rasional dengan segala kewarasan.

Presiden PAS dalam kenyataannya secara jelas mempertahankan Khalid supaya kekal sebagai Menteri Besar Selangor kerana tokoh ini tidak pernah khianat dalam menjalankan amanah kepada rakyat.

Menurut Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi, alasan pihak yang mahu menukar Menteri Besar Selangor adalah tidak kukuh dan beliau secara peribadi tidak setuju kerana melihat Khalid tidak terlibat masalah besar.

“Kalau beliau (Abdul Khalid) terlibat dengan skandal, pecah amanah, salah guna duit Selangor, itu ya (sememangnya) kita boleh tukar. Tapi kalau alasan yang lain, itu kita boleh urus tetapi bukanlah dengan cara tukar menteri besar dan biarlah dia habiskan tempoh penggalnya.

“Isunya ialah menunaikan amanah pemimpin. Kita dapati Tan Sri Khalid tidak sampai kepada peringkat khianat terhadap amanah ini, adalah salah sekiranya kita turunkan beliau,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas kuliah Jumaat di rumahnya di Rusila Jumaat lalu.

Oleh itu tidak apa yang boleh menimbulkan kekeliruan yang mencetuskan kontroversi terhadap kenyataannya itu. Ini kerana kenyataannya itu berdasarkan pandangan syarak dan hasil penyelidikannya dari pebagai sumber.

Bagaimanapun, Insya-Allah, kemelut di Selangor ini, tidak akan menjejaskan keutuhan Pakatan Rakyat. Oleh itu jangan terperangkap akan jerangkap samar musuh Pakatan dalam isu ini.

Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim percaya muafakat dalam Pakatan Rakyat akan tetap kekal dalam menghadapi isu sekitar pertukaran Menteri Besar Selangor.

“Saya percaya semangat muafakat dalam Pakatan akan terus dikekalkan dan seterusnya mendukung perubahan dengan menjana pertumbuhan ekonomi mampan yang lebih prihatin akan permasalahan rakyat,” katanya.

Akhirnya semua pihak dalam Pakatan supaya bertenang, sabar, mengekalkan kewarasan fikiran, tidak mereka-cipta pelbagai andaian dan tuduhan mengenai isu ini. Dengan berbuat demikian, dengan izin Allah s.w.t. boleh menyelamatkan Pakatan Rakyat dan pemerintahannya di Selangor

SUMBER

8 ulasan:

ROHAYA M NOOR berkata...

Hadi saja manusia dr parti pembangkang yg berteraskan Islam boleh fitnah pil kuda dan kominis

leje berkata...

anwar sorang je yg boleh sesuka hati pass baton kat isteri utk jadi mb. sebelum ni isteri pass baton kat suami untuk jadi mp..

bat8 berkata...

Tuan,

Nampaknya tuan tidak faham macamana organasasi politik berfungsi. Majlis Presiden Pakatan dah bermesyuarat dan satu kenyataan rasmi telah keluarkan. Tiba-tiba TGHH keluar kenyataan yang bercanggah dengan keputusan mesyuarat yang dibuat oleh wakil parti didalam mesyuarat. Sepatutnya TGHH sendiri selaku Presiden PAS menghadiri mesyuarat majlis presiden pakatan bukan mewakilkan kepada mereka-mereka yang mewakili PAS didalam mesyuarat ters3but.

Tidakkah pelik sikap TGHH mengeluarkan kenyataan bercanggah? Ini isu dia. Jika dia tidak dapat hadir, dia sepatutnya menyampaikan hasrat kepada wakil beliau ke mesyuarat tersebut untuk disuarakan pendirian beliau. Tidakkah sepatutnya b3gitu yang elok apatah TGHH bukan ahli politik dan Presiden PAS baru semalam.

Kita difahamkan kenyataan ters3but dikeluarkan sebelum mesyuarat pimpinan pusat PAS dibuat bagi membincangkan dan membuat pendirian PAS tentang keputusan majlis presid3n pakatan tersebut.

Secara logiknya kenalah mesyuarat dulu. Buat keputusan secara jamaah kerana PAS adalah jamaah bukan macam jawatan presiden UMNO dimana dia boleh buat keputusan sekehendak hati dia je dan ahli-ahli kena dok dendiam.

Pelikkan PAS ni. Ahli j3 kena ikut peraturan jamaah untuk patuh kepada pemimpin membuta tuli sedangkan pemimpin tidak ada tanggungjawab kepada ahli? Apakah pemimpin PAS ini taraf nabi-nabi, terlalu maksum sehingga tak bol3h dikritik oleh ahli?

Ini masaalah pemimpin PAS. Semua one way street je. Now tengok apa jadi dengan PAS bila timbalan presiden mengeluarkan kenyataan menyangkal kenyataan presiden dan mengatakan kenyataan ters3but adalah kenyataan peribadi presid3n sahaja!

Parti Islam macam ni ke?

bat8 berkata...

Tuan

Tuan kata kenyataan TGHH itu tidak ada kata-kata yang tersirat dan tersurat yang PAS akan meninggalkan Pakatan. Itu pandangan taksub saudara sahaja. Saya pasti orang yang tidak bersetuju dengan pandangan sdra jauh lebih ramai. Habis tindakan bertentangan dengan keputusan yang dibuat itu tidakkah sudah ada rasa tidak mahu bersama lagi. Apakah ini tindakan orang yang masih mahu kekal dalam pakatan? Apakah ini tindakan Islamik orang yang masih mahu bergabung didalam satu pakatan? DAP tu parti kafir. Tetapi parti kapir itu tidak membuat tindakan seperti parti Islam seperti PAS - Dalam mesyuarat setuju. Bila balik mesyuarat bantah pulak. Tidakkah Islam mengajar kita menghormati keputusan yang kita setujui.

bat8 berkata...

Baca dan tolong komen pandangan2 ini.

JMC :Troubled days are ahead for Pakatan and sad days for the people of Selangor in particular, and the country in general.
 
This change in position of PAS is not unexpected, going by the way Umno has been trying woo it with its religious policies. It is disappointing that PAS could fall for the trap set by Umno.
 
The hopes of the people are being shattered - Khalid Ibrahim will be responsible for breaking up Pakatan with the help of PAS and they both will go down in history as having done a great disservice to the nation and the people.
 
Louis: I think this is the best thing to do. There is no use telling PAS always that they must abide by decisions agreed by the coalition. PAS never learns. It has lost Kedah, Terengganu and most probably would lose Kelantan in the next GE.
 
With PAS, I believe Pakatan will be dragged down into the quicksand.

Swipenter: Those who assume the role of Allah/God on earth have always made a mess out of their countries all over the world with untold human sufferings and miseries past, present and future.
 
There are plenty of examples. Only their rulers and their inner circle of lackeys get to enjoy immense worldly pleasures, but at the same time tell the masses that heavenly rewards await them if they obey the laws, rules and regulations set by them without question.
 
They do not tolerate any form of dissent and universal suffrage is never in their dictionary. That is why religion is the opiate of the masses. If the break up of Pakatan is 'God's will', so be it.
 
Onyourtoes: Please face reality, dealing with mullahs can never be a long-term solution. They are obstinate people who are totally out of sync with others, and yet continue to think they are the centre of the universe.
 
It’s time to deal with them sternly and decisively - to break up PAS, take the Erdogan and dump the mullahs with their donkeys. Pakatan can win Selangor without PAS. PAS will loose all 15 states seats it won in GE 13.

...........

Elok juga ses3kali cuba menilai pandangan orang tentang kita. Cerminan kita adalah orang. Kalau harapkan diri kita je, kita rasa kita je yang betul, kita je yang hebat. Kalau kita rasa hebat mengapa kita tak berada dipuncak sekali? Maka jadilah kita macam katak bawah tempurung. Katak lain,manusia lain.....

leje berkata...

tindakan adakan kajang move pun x dibincangkan secara total dlm majlis pakatan.. tiada yg komen.
penafian dsai utk ubah jawatan mb masa kajang move lepas tu buat turning back nak tukar mb kepada dswa x pulak ramai yg komen.
dulu siapa yg perjuangkan kkn kroni korupsi nepotisme.. skrg siapa yg amalkan? tiada yg marah.
mesy majlis pr yg lepas tiada pun kata pas setuju dswa ambil alih jawatan mb.. rujuk pada kenyataan tuan ibrahim.
bila presiden parti nyatakan pandangan tetiba gegak gempita alam maya marahkan presiden.. dulu bila presiden diam ramai plak yg kata presiden xde karisma la apa la.. itu dah hak presiden nak nyatakan pandangan dia sebelum mesyuarat 10 ogos..

tuan bat8 memang dari dulu x sukakan pas. terpulanglah.. xde gunanya kalahkan bn tp perangai kita masih sama dgn bn.
tski xde maslah pecah amanah pun. bahkan dapat plak kumpulkan 3bill harta kerajaan negrri.. ramai plak langau yg nak hurung. prestasi cemerlwng hingga menang lebih 2/3 dalam pru lepas. menunjukkan rakyat bersama pimpinan tski..

inilah politik baru yg rakyat mahukan.. bukannya sibuk nak projek masuk poket kroni dan parti. mb yg ada dah cemerlang mau ditukar dgn dswa yg pun sama jarang bersuara dan dah umum nak lebihkan masa ngan anak cucu.
nampak plak bn yg lebih baik tukarkan mb mat said yg haprak ngan mb baru yg lebih baik. sedangkan pr tukar mb yg cemerlang kepada yg lain..

bat8 berkata...

Sdra leje

Siapa sdra untuk m3ngatakan saya tidak suka kepada PAS sejak dari dulu? Sdra kenalkah saya secara peribadi untuk m3nuduh saya sedemikian. Jika sdra ahli PAS saya ucap takziah la kerana menuduh orang lain secara m3mbuta tuli. Jika sdra orang UMNO, kita tidak heranlah kerana itulah p3rangai orang UMNO.

ANAKSENGAT' ( aku tak rela diperdaya umNO) berkata...

Pelik... Apa anuar kata semuanya betul.. 16 September... apa jadi??? Runtuhnya kerajaan Perak... angkara siapa??? Itupun nasib baik tak bagi kat Behrang yang di cadangkan anuar untuk jadi MB... kalau tak... mungkin 3 bulan ajer...
Banyak lagi... yang buta jer tak nampak...