Rabu, 20 Ogos 2014

AKU BERSAMA ABU BAKAR

Kewafatan Rasulullah sedikit menggugat kerajaan Islam Madinah. Munculnya nabi palsu, golongan murtad dan mereka yang tidak mahu membayar zakat jua ancaman musuh yang sangat cemburu dengan kerajaan Islam pimpinan Rasulullah. Pertabalan Saidina Abu Bakar sebagai khalifah pengganti Rasulullah sangat tepat.. Beliau antara sahabat setia Rasulullah sejak sebelum Islam. Menjadi teman hijrah dan pengganti solat di waktu Rasulullah sakit.

Permulaan kerajaan Abu Bakar sedikit di lihat goyah. Ancaman sekeliling terutama golongan murtad sangat membimbangkan. Namun sebagai Khalifah, Abu Bakar punyai pandangan yang tajam dalam politik . Di catatkan oleh Syeikh Abdullah al Khatib dalam huraian Risalah Taalim Hassan al Banna tentang kisah getir ini. Syeikh mencatatkan peristiwa ini dalam bab Tsiqah.

Abu Bakar berpandangan bahawa tentera Islam perlu di gerakkan untuk memerangi golongan yang tidak mahu membayar zakat. Manakala Saidina Umar al Khattab pula berpendapat bahawa khalifah mesti memperteguhkan kerajaan terlebih dahulu. Pendapat Umar di sokong oleh semua sahabat besar. Umar menegaskan perkara ini kepada Abu Bakar. Namun dengan penuh ketegasan Saidina Abu Bakar menyatakan ketegasannya bahawa beliau tidak akan berhenti memerangi golongan ini walau apa keadaan sekali pun. 

Kesungguhan Abu Bakar telah merubah pendirian Umar. Ketika itulah Umar menunjukan tsiqah beliau kepada khalifah... Jika begitu, aku bersama Abu Bakar...kata Umar...

Bayangkanlah... ketika semua sahabat bersama Umar, Umar merubah keputusannya menyokong Abu Bakar setelah melihat ketegasannya....

Semoga ia jadi panduan dalam perjuangan...

Tiada ulasan: