Rabu, 27 Ogos 2014

MESTI AZIZAH UNTUK LAKSANA AGENDA KN?

Isu Menteri Besar Selangor sudah semakin meleret. Patutnya sudah selesai. Tetapi kedegilan menjadikannya semakin kalut. Berbagai strategi di catur bagi segala kemungkinan. Tindakan PAS terkini di lihat sebagai tidak membawa apa apa erti kepada sesetengah pemerhati yang cenderumg kepada Anwar.

Memang menarik kalau sapa yang nak belajar politik. Isu Selangor dan isu Perak sudah cukup sebenarnya bagi sesiapa yang ingin menjadi ahli politik sambilan. Isunya kompleks. Keinginannya tinggi. Nafsunya besar….Jalannya bersimpang siur. Pagarnya tinggi tinggi…. Boleh lompat bagi sesiapa yang ada kemampuan… dan rahsianya sangat teguh..

Persoalan besar yang berlegar dalam kepala otak aku dengan apa yang berlaku hari ini adakah bertujuan menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor atau meletakkan Anwar yang diwakili Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor. Ia persoalan pokok bagi sesiapa yang meneliti dan menaakulI perjalanan konflik ini.

TSKI di julang sebelum PRU 13 sebagai MB terbaik dalam pengurusan. Tiada salah laku yang di buat TSKI dalam pengurusan Selangor. TSKI adalah contoh kehebatan dan ketelusan MB Pakatan Rakyat. Angka simpanan Selangor menjadi kebanggaan kempen Pakatan Rakyat bukan hanya di Selangor tetapi seluruh Negara di jaja kehebatan TSKI.. Tiba tiba kehebatan itu lenyap serta merta.

Perletakkan jawatan oleh ADUN Kajang mengejutkan. Ribut tak de, awan pun cerah je.. tak pasal letak jawatan. Tak susah di jangka kerana Strategi PKR sememangnya begitu.. letak jawatan adalah jalan pintas untuk ganti orang… Dari Azizah letak MP Permatang Pauh sampai le beberapa penggantian yang langsung tak memperdulikan keresahan rakyat. Kali ini di katakan langkah Kajang… untuk ke Putrajaya… semakin pening… Kajang ke Putrajaya???

Anwar diistiharkan Calon… walaupun pada awalnya menafikan. Pengumuman Anwar sebagai calon Kajang juga adalah  jelas sebagai langkah menjadikan Anwar sebagai MB walaupun dinafikan anwar ( tipu lagi). Langkah Kajang ini di nobatkan sebagai langkah Putrajaya… ( sepatutnya ramai yang bertanya… apa kaitannya dengan Putrajaya)…  hanya untuk menarik minat tetapi tak lebih slogan kosong ( melainkan adanya perbincangan dan strategi lain di sebaliknya). Angin yang tempias di telinga aku bagi tau… Anwar menjadikan Erdogan dan terkini Jokowi yang pernah mentadbir Bandar terbesar dan maju sebagai langkah menjadi Presiden dan PM di negeri masing masing. Bagaimana langkah itu di susun??? Dikhabarkan sebahagiannya ada dalam plan Konsesius Nasional - KN. Hebatnya pakar strategi merancang.. he..he.. itupun kantoi juga…

Persoalan yang aku nak focus kali ini ialah apakah langkah PKR menggantikan TSKI ini sehingga menjadikan PR kalut ini adalah langkah MENGGANTIKAN TSKI ATAU MELETAKKAN AZIZAH SEBAGAI MB??

Jika bertujuan menggantikan TSKI atas alasan beliau bermasalah dengan parti, maka sewajarnya PKR berlapang dada dengan sesiapa sahaja calon yang di angkat. Apatah lagi PAS sudah bermurah hati menyerahkan kepada PKR untuk memilih calon lain. Sebagai tanda setia kawan, PAS mencalonkan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali sebagai calon alternative kerana PAS telah di maklumkan baginda Sultan menolak WAWI sebagai MB. Azmin adalah Timbalan Presiden dan orang harapan serta kesayangan Anwar sehingga menyebabkan Ezam merajuk dan talak tiga dengan Anwar. Apakah Anwar tak percaya kepada Azmin???. Jika benar, ia satu kerugian kepada PKR kerana Penasihat umum tak percaya dengan Timbalan Presiden sendiri…. Berat tu… Aku nak Tanya orang PKR dan yang sejiwa dengannya… apa salah terima ajer nama Azmin sebagai cadangan kedua sebagaimana di minta istana untuk elak kekalutan berpanjangan…. Kita bukan nak buang nama azizah… Cuma sebagai cadangan kedua…. Untuk kebaikan…

Tiada alasan kukuh PKR menolak timbalannya sendiri menjadi menteri Besar sedangkan Azmin sudah lama bergelumang dengan PKR Selangor dan menjadi orang kanannya… Kalau ikut kelayakan… dan senioriti dalam PKR Azmin memang layak… Ia juga punya hubungan yang sangat rapat dengan Anwar….. dulunya….

Mengapa PKR dan DAP bermatian mempertahankan WAWI sedangkan telah di ketahui bahawa istana tak berkenan dengan bini anwar tu. Jika hanya untuk gantikan Khalid, ia sudah boleh berlaku kerana Khalid pun dah bagi tau istana dia nak letak Jawatan.
Apakah kata kata Rafizi yang di anggap hilang akal oleh bekas ketua Pemuda PKR yang kini Naib Presidennya  mempunyai maksud yang sangat besar.? Rafizi menyatakan sanggup kehilangan Selangor untuk menggantikan TSKI dengan WAWI.

 Apa strategi sebenar PKR khususnya untuk meletakkan WAWI sebagai MB Selangor setelah undang undang menghalang Anwar Ibrahim. Apakah strategi itu berkait dengan KN yang di dendangkan akhir akhir ini? Penyelesaian luar mahkamah  empat pemimpin kanan PKR sangat menimbulkan tanda Tanya. Jika penyelesaian hutang TSKI menjadi tanda Tanya… sewajarnya penyelesaian luar mahkamah berturut turut pemimpin kanan PKR ini juga menjadi persoalan.

Aku pelik sangat sebab PKR berkeras ingin WAWI menjadi MB Selangor. WAWI bukan anak Selangor. Dia juga boleh di katakana orang baru dalam politik Selangor. Karektor WAWI sebagai ahli politik tidak lebih di bayangi oleh Anwar.  Yang lain …hampeh…. Bukti yang ada menjelaskan….

Saifudin pulak berkeras bahawa sesiapa yang mengaitkan perlantikan WAWI dengan isu Kronisma patut keluar dari PKR… segarang dan semarah itu mereka. Bersungguh benar untuk menjadikan WAWI sebagai MB Selangor.
PKR yang turut mengheret DAP sanggup berdepan dengan istana. 

 Seakan PKR lupa kuasa yang ada di istana dalam perlantikan Menteri Besar. Seakan mereka juga lupa hubungan dan kesetiaan rakyat terutama orang luar Bandar dengan istana sedangkan PR sangat mengharapkan undi luar Bandar. Apakah mereka hilang kewarasan semata mata untuk meletakkan WAWI sebagai MB Selangor…

Kesungguhan PKR dengan mengajak DAP menyokong kuat usaha meletakkan WAWI sebagai MB Selangor meyakinkan aku ada agenda lain selain menyingkirkan TSKI. Cumanya mereka belum mendedahkan. Aku langsung tak percaya dengan sebarang pengumuman Anwar kerana dalam langkah kajang secara terang Anwar menipu… dia menafikan menjadi Calon dan langkah Kajang sebagai usaha singkirkan TSKI. Malah aku juga tahu beberapa penipuan anwar sebelum ini.

Mari kita tunggu.. apa strategi sebenar Anwar bersama pakar pakarnya… bagi aku…semua itu ada kaitan dengan KN yang di senyapkan dan di selindung di bawah karpet…. MARI KITA BERTANYA…. APAKAH KITA INGIN GANTIKAN KHALID ATAU MENGANGKAT AZIZAH…. ???




5 ulasan:

tarantula berkata...

TERBAIKKKKK

nonbal berkata...

Kupasan ini lain dari yang lain.... beginilah cara berblog yang dikehendaki... bukan asyik buat gempak pendedahan itu ini saja... bosan dah.. terbaik bro.

tarantula berkata...

BERKATA BENAR WPUN PAHIT

Unknown berkata...

Terbaikk

Anda Sendiri Fikir berkata...

Memang betul apa yang lu tulis, gua dah naik loya dengan nafsu Nuar. Nasib baik ler tak jadi PM, bagaimana kalu beliau jadi PM?. Lu tengok keadaan sekarang sudah ler... Bakal diktator...!!!!