Rabu, 6 Ogos 2014

NAMPAK TAK SAPA PERANGAI HODOH..

Posting ni aku cuba seringkasnya... belum masa aku tulis panjang..

Rafizi semakin menggila... Kononnya dedahkan PAS tak mahu Anwar jadi PM... Nak ambik Ku Li jadi PM... Anwar tak setuju... penyudahnya sawan sampai sekarang sebab yang di kejar tak dapat, yang di kendong berciciran kerana tamak... Aku yakin isu MB Selangor pun sama...

Apa yang di dedah itu perancangan PAS dan di bawa berbincang ...apabila Anwar dan PKR tak setuju... PAS diamkan...

Anwar dan PKR tak bincang langsung terus nak ganti MB Selangor... Kalau nak lantik PM kena semua setuju...sama juga nak ganti MB pun kena semua setuju...

Bezanya Anwar tak bincang... terus ADUN letak jawatan...Cadang Anwar..gagal... Cadang Azizah... terus isytihar... Langsung tak bincang... Korang nampak tak sapa perangai hodoh..???

 PAS bawak bincang dengan PKR dengan hantar orang tertinggi... cadangkan dan anwar tolak... ( sebab dia kemaruk sangat nak jadi PM walaupun dia ditawarkan jawatan TPM dan Ku Li dah janji untuk 2 tahun sahaja demi menjatuhkan umNO dulu) PAS diamkan rancangan yang tak jadi... Tiba tiba untuk mempastikan ganti MB terjadi Rafizi dedahkan... Nampak tak sapa perangai hodoh...?

Lagi hodoh... Orang PAS sendiri tak percaya dengan kepimpinan tertinggi parti yang di pimpin ulama yang di hormati... tiba tiba bukan setakat percaya kepada Anwar, kini dah mula percaya pulak dengan Rafizi... Nampak tak sapa perangai hodoh???

Aku cadangkan puak yang dah tak percaya Pimpinan parti ni keluar je dan masuk parti yang dipercayai pemimpinnya... apa guna duduk dalam parti yang tak di percayai... Tak bermaruah langsung!!!!!

Tiada ulasan: