Selasa, 19 Ogos 2014

POLITIK JUMUD

Saya terkejut bila ada pimpinan tertinggi menelaah situasi yang berlaku di Selangor ini dan situasi politik yang lainnya hanya dengan kerangka pemikiran sempit, iaitu persaingan politik PR-BN atau PAS-UMNO. Di mana kita meletakkan hikmah (wisdom) politik, bertujuan untuk mengatur urusan kehidupan manusia menjadi harmoni, mencapai keperluan asasi kehidupan manusia, mengutamakan kebajikan rakyat dan lain-lain, kalau semua pertimbangan kita diorientasikan oleh kerangka pemikiran PR-BN atau PAS-UMNO.
Adakah politik Malaysia ini hanyalah berkisar kepada pertentangan antara PR dan BN atau PAS dan UMNO? Semua perkara mesti dibincangkan menurut kerangka pertembungan itu? Jika demikian di mana peranan sebenar politik dan pimpinan politik untuk mencapai hikmah atau wisdom tersebut? Lebih 9 bulan kepentingan rakyat Selangor dan kebajikan mereka dikebelakangkan kerana agenda PKR dan peribadi Anwar Ibrahim. Mengapa tidak ramai pimpinan PR yang berani tegur kecenderungan politik PKR dan Anwar yang mementingkan agenda parti dan individu seperti ini. Mengapa semua pimpinan politik harus berfikiran sempit dan bermentalitikan politik berkepentingan seperti ini?
Sebagai sebuah Parti Islam yang menjadi rahmat kepada semua, kita perlu berfikir di luar kotak pertembungan PR dan BN atau PAS dan UMNO. Sepanjang masa rakyat Malaysia telah diheret dengan kemelut politik pertembungan yang sempit seperti ini. Lebih khusus dalam isu MB Selangor ini, boleh tak kita menjadi seorang pimpinan PAS yang berjiwa negarawan, melihat kepentingan rakyat dan negara melebihi kepentingan Anwar Ibrahim dan PR. Cukuplah rakyat Malaysia dan rakyat Selangor diheret dengan politik pertembungan 5 tahun sekali, selepas PRU kita berfikir pula bagaimana berpolitik untuk kepentingan rakyat dan negara.
Sekarang telah lebih 9 bulan rakyat Selangor diheret dengan kemelut politik yang tidak berkesudahan, dengan memaksakan PRK yang tidak perlu ke atas rakyat Kajang, mempolitikkan isu air sedangkan ia merupakan keperluan asas manusia yang terpenting, mengganggu kelancaran pentadbiran kerajaan negeri yang disenangi rakyat dan merencatkan inisiatif pegawai-pegawai kerajaan berdedikasi untuk menjaga kebajikan rakyat. Bila saya menuntut pimpinan politik khusus dalam PR untuk mempertimbangkan perkara ini, maklumbalas yang diterima tetap berorientasikan politik pertembungan PR-BN dan UMNO-PAS. Marilah kita menjadi seorang politikus negarawan

3 ulasan:

azman66 berkata...

Setuju dgn artikel ini,inilah pemikiran islam global dan proaktif kepada pemerintahan islam,sejak mutakhir ini namapak sangat PAS telah di permainkan dgn sentimen dajjal yg memntingkan wang dan zionis yg melampau. Ulamak PAS telah dikembirikan semahunya sampai PAS hilang jati diri, Presiden di permalukan, murshidul am di sampahkan, tiada lagi istilah jemaah dan prinsip islam, islam tidak di mertabatkan malah ,undi2 yg pro islam yg di perolehi PAS telah di "rampas" oleh puak2 zionis dan memecahbelahkan org islam di negara ini, rakyat yg mengundi PAS kecewa kerana undi itu lebih baik di beri kepada UMNO yg sekurang2nya lebih mempertahan kan Islam dari PAS yg sentiasa tunduk dgn desakan Jesuit evangalist dlm DAP dan Zionis/LGBT dalam PKR.terbukti Lebih baik hulurkan tangan persahabatan kepada UMNO dan sama2 memperutuhkan Politik Melayu Islam,tragedi selangor menampakkan dgn jelas ketika saudara seislam sedia membantu, PAS masih tidak menyedari realiti yg dimainkan zionis,sudah2 lah dgn tuduhan tanpa bukti UMNO rasuah , tetapi jesuit evangalist rasuah di pulau pinang dan politik kronisme melampau serta sex bebas dan rasuah di dewakan di selangor. Benarlah janji allah jgn kamu berkawan dgn puak2 Yahudi dan nasara kelak kamu akan mengikuti cara hidup mereka seperti yg telah terjadi kepada 27 ahli JPP,

draracle berkata...

sapa yg jumud? zuhdi atau pas atau pkr?

bat8 berkata...

"Sebagai sebuah Parti Islam yang menjadi rahmat kepada semua, kita perlu berfikir di luar kotak pertembungan PR dan BN atau PAS dan UMNO."

.................

Saya mempunyai masaalah memahami "PAS sebuah parti rahmat untuk semua". Saya boleh terima kenyataan ini dalam konteks negeri Kelantan dibawah TGNA selama 23 tahun. Kelantan dibawah kepimpinan baru pasca TGNA akan menjadi kerajaan PAS sepenggal sama dengan berlaku di Terengganu dan Kedah.

Logiknya senang sahaja. Kalau PAS itu membawa rahmat kepada semua kerajaan Pas Terengganu yang dipimpin oleh presiden Pas sendiri seorang ulamak yang diiktiraf oleh antarabangsa tentang ketinggian ilmunya, paling kurang bolrh bertahan sama lama dengan kerajaan TGNA. Sepatutnya lebih lama jika kita tengok kepada jawatan parti dan ilmu. Kalau sepenggal tu macamana kita nak explain.

Tuan boleh bantu memberi pencerahan.