Rabu, 8 Oktober 2014

FAKTA KONSPIRASI DUNIA TERHADAP TG HJ HADI

Oleh : AHMAD HAKIMI IBN KHADIJAH   (SUMBER)


Saya melihat ada di kalangan yang cuba menolak apa yang disebut YB Nik Abduh tanpa melihat keseluruhan cerita. Mereka cuba mengkelakarkan isu ini apabila tulisan beliau dipetik oleh Berita Harian dan utusan Malaysia.
Mereka menyamakan apa yang disebut sebagai konspirasi teori.

Mari kita melihat asas kepada apa yang disebut ustaz Nik Abduh.
1. Dunia ISLAM sekarang dalam mood kebangkitan, dari timur dan barat. TGHH menjadi rujukan di seluruh dunia dalam gerakan ISLAM.
2. TGHH menjadi penasihat utama Mursyidul AM sehingga ada ura ura beliau dilantik sebagai Mursyidul AM IM selepas pimpinan IM di tangkap.
3. Beliau terlibat menyelesaikan konflik Yemen, kawan akrab beliau Dr majid Az Zindani adalah pemimpin Parti Islah Yaman. Konflik di Yemen sekarang kerana mahu menghapuskan Parti ISLAH.
4. Sebelum Pemilu Indonesia, TGHH turun ke Indonesia supaya Parti ISLAM indonesia yang berjumlah lebih 40 buah parti agar bersatu. beliau turun ke pesantren darus Salam dan menyeru kepada penyatuan Partai ISLAM, namun tidak mencapai hasil yang diinginkan.
5, Beliau mengusahakan penyelesaian kepada pergolakan di selatan Thailand dan Filipina, menggunakan hubungan dengan kerajaan Malaysia supaya urusan diplomatik dapat diselesaikan.
6. Beliau diberi penghormatan untuk memberi panduan dalam ESOM, persidangan ekonomi di turki yang ingin menembusi Pasaran Eropah melalui jaringan jaringan yang sudah diatur oleh Almarhum Necmettin erbakan (Milli Gorus).
Peranan peranan yang dimainkan oleh TGHH di peringkat antarabangsa ini menimbulkan ketidaksenangan oleh dasar Barat dan Amerika. Amerika cuba menyekat pergerakan TGHH melalui pelbagai cara.
Namun, oleh kerana TGHH terkenal dengan cara politik Muwajahah Silmiyyah dalam melawan barat, mereka tidak dapat mengaitkan TGHH dengan sebarang aktiviti keganasan.

Oleh itu, barat menerusi dialog dan wacana intelek, cuba membawa kembali metode serangan kepada Dunia ISLAM yang digepalai TGHH dengan cara lama, Cara penyusupan ke dalam Gerakan ISLAM. Cara yang pernah digunakan untuk meruntuhkan empayar ISLAM Turki Uthmaniyyah.
Di Mesir, kita melihat Kamal helbawy, yang dulu pernah jadi presiden WAMY dan wakil ikhwan di UK, telah berpaling tadah kepada regim As Sisi.
Dalam banyak perkara, gerakan gerakan ISLAM di seluruh dunia ditanam pertembungan dalaman melalui rancangan yang jahat dan sudah lama dirancang.

Oleh kerana di Arab Saudi, parti politik dan Ikhwan Muslimin di haramkan, USA dapat menjalankan hubungan baik dengan Saudi. Namun begitu, hubungan dinamik, Iran, hizbullah, saudi, Mesir, Syria dan lain lain memeningkan semua Pihak. Kedinamikan ini banyak tidak difahami melainkan diterangkan satu persatu oleh TGHH kepada pimpinan gerakan ISLAM sedunia. Sebab itu, kalau kita meneliti pergerakan Syeikh Yusuf Al Qardawi, bukankah sebelum ini beliau lantang menentang syiah dalam Kes Syria? Kenapa akhir akhir ini, beliau tidak lagi cuba mencampuri isu Syiah -Syria? Dan kenapa Pula TGHH diterima senang hati sebagai Naib Presiden Ittihad Ulama sedunia ? Semua ini bukan kebetulan semata mata seperti mana yang difahami kebanykan orang.
Akhirnya, barat mengambil contoh Turkey dan Annahdoh Tunisia, sebagai senjata baru untuk menenggelamkan aspirasi gerakan ISLAM.
Mereka cuba memberi penekanan dan sokongan kepada cara turki dan An Nahdoh membawa politik ISLAM. akhirnya, media di dunia ISLAM dan barat, dan juga melalui perbahasan akedemik, wacana Politik baru islam (post islamisme) diangkat ke tengah tengah fikiran umat ISLAM.

Kalau di indonesia, Ahmad Dzakirin telah menulis satu buku kebangkitan Pos islamisme bagi memuji AKP dalam Pemilu Turki. Ahmad Dzakirin adalah lulusan Nanyang insitute of Technology, Singapura. Tulisan dia banyak menyokong cara AKP, namun begitu secara faktanya, beliau banyak mendedahkan bagaimana strategi AKP sedikit demi sedikit terikat dengan sekuler dan liberal demokrasi di Turki.
Berkenaan isu menjatuhkan TGHH adalah untuk menidakkan peranan beliau di peringkat antarabangsa dan Menyekat cara dan Manhaj beliau yang berpolitik di Malaysia. Gerakan ISLAM seluruh Dunia telah memandang PAS sebagai satu model yang paling baik bila berhadapan dengan Demokrasi dan Muwajahah Silmiyyah. Malah, menurut laporan dari sahabat sahabat IM di Mesir dan timur Tengah, Mereka amat terkejut apabila Abang Mat Sabu menjadi Timbalan Presiden PAS dan digunakan oleh media Syria berbulan bulan sebagai propaganda sokongan PAS terhadap Regim Basyar Assad. Lawatan Mat Sabu ke Syria pada tahun lepas menjadi isu hangat dalam gerakan ISLAM sedunia.
Gerakan memposisikan pemimpin citra Post islamisme adalah gerakan terancang di seluruh Dunia. Kegagalan An Nahdoh menangani politik tunisia, PKS menangani Politik Indonesia menyebabkan aliran baru dunia ISLAM ini hilang punca selain bergantung penuh kepada Model Turki.
Namun, Kelemahan Model turki ialah AKP berjuang dalam lanskap sekuler yang TOTAL. Ini memberi sedikit rukhsah kepada AKP bertindak begitu. Namun begitu, ia turut dikecam Almarhum Necemttin Erbakan kerana merasakan AKP terperangkap dalam rancangan Israel raya oleh pergerakan Zionis. Keberadaan AKP dalam politik turki boleh sangat dijawab secara ilmiah oleh mana mana ilmuwan gerakan ISLAM yang lain.
Gerakan Post Islamisme ini banyak didokong secara ilmiah oleh tokoh tokoh dari IIIT dan disokong oleh Dana yang banyak melalui prince Talal Al Waleed foundation yang berpusat di Amerika dan Riyadh. Mereka juga bergabung dengan NGO NGO islam seluruh eropah dan barat dalam mengetengahkan fekah baru yang diketengahkan mereka.
Malah kalau dilihat dari semua penulisan mereka, bentuk Daulah ISLAMIAH tidak banyak diiktiraf, sebaliknya hanya menumpukan kepada hak kesaksamaan universal. Sedangkan isu ini hanya terkandung dalam Feqg Al Aqiliiyyat (minoriti) yang diaplikasi di barat, Feqh ini tidak boleh dieksport ke dunia ISLAM yang majoiriti Umat ISLAM adalah rakyat.
Perkembangan semasa dalam PAS, yang boleh disimpulkan dalam Perbahasan Muktamar ke 60 baru baru ini juga memberi gambaran bahawa terdapat gerakan gerakan yang cuba menolak TG Presiden. Ucapan KP Kelantan Ustaz Fadzli Shaari dalam membahas Ucapan Dasar Presiden, telah mendedahkan ada rakaman rancangan PasMa yang diadakan di Pustakan Az Zahra, Kota Bharu. Pendedahan beliau ini langsung tidak disentuh oleh mana mana pemimpin lain dan ini menandakan bahawa isu yang dibawa boleh menyebabkan pembongkaran pembongkaran terus dibuat dan akan merugikan pergerakan tersebut.
Sebaliknya, mereka cuba menutup dengan isu remeh temeh label dan adab yang sudah diterangkan oleh ramai perwakilan.

Asalnya, saya mahu menulis secara ringkas berkenaan gerakan menjatuhkan TG Presiden PAS di peringkat dunia dan Malaysia. Namun, kerana perlu menjelaskan dengan perlbagai sudut, tulisan ini terpaksa dipanjangkan. Moga tulisan ini mampu memberi pencerahan

12 ulasan:

bat8 berkata...

Anak sengat

Saya terima hujah-hujah sdra seadanya tanpa komen buat masa ini. Tolong bagi rujukan bagu hujah 2 & 3 supaya semakan boleh dibuat untuk mengesahkan.

Buat masa ini hujah-hujah sdra tidak dapat menangkis tindakan-tindakan TGHH semasa krisis MB Selangor yang membelakang prisip-prinsip asas Islam dan membuang kelaut perlembagaan PAS. Juga menjustifikasi tindakan beliau menuduh tanpa bukti calon parti kawan dengan tuduhan pil kuda dan komeneh tanpa bukti sehingga hari ini.

Kita faham ulamak tidak maksum. Tetapi gambaran kehebatan yang sdra cuba gambarkan menyalahi dan berlawan dengan tindakan-tindakan yang kita lihat. 2 contoh diatas sudah memadai.

Tolong bagi rujukan kepada hujah 2 dan 3.

nonbal berkata...

aKU PULAK SANGSI DENGAN HUJAH 5 & 6.... BILA MASA PULAK TIMBUL TGHH TERLIBAT? SETAHU AKU, PM MALAYSIA YANG BERJAYA MENYELESAIKAN KRISIS DISELATAN FILIPINA, SABAH BAHKAN SELATAN THAILAND... FOTO2 TERBABIT PUN ADA DALAM AKHBAR.
KALAU SEKADAR NAK MEMENUHKAN RUANG MACAM BUDAK U BUAT LAPORAN MAKMAL, BAIK TAK PAYAH... PEMBACA SEKARANG LEBIH BERFAKTA DARI YANG SANGKAAN ADMIN...

bat8 berkata...

nonbal

PAS ulamak PAS pun dah ikut perangai UMNO sebar propaganda untuk memesong dan menimbulkan ketakutan palsu " false fear" diminda ahli-ahli.

Ini ada kaitan dengan kertas kerja yang sedang disediakan oleh Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP) untuk mengkaji tahaluf siyasi dengan PR. Jawatankuasa menyediakan kertas kerja ini dipengerusikan oleh Ustaz Wan Zawawi Wan Salleh, salah seorang watak utama UG dari PAS Ganu. Beliau menjawat jawatan setiausaha DUPP.

Tektik mempropagandakan dengan dakwah palsu ini untuk menanam perasaan takut supaya menyokong pihak tertentu ini adalah tektik yahudi. Kerajaan BN, UMNO selalu m3nggunakan pelbagai proganda palsu ini untuk meraih sokongan. UMNO selalu mempropagandakan bahawa jika UMNO lemah nasib orang melayu akan tergadai ketangan kaum bukan melayu. Ol3h itu orang melayu mesti menyokong UMNO setiap PRU. Ini adalah contohnya.

Apa yang cuba dibuat ol3h artikel diatas adalah perkara yang sama. Kertas kerja tersebut mungkin...mungkin akan kata ada komplot antarabangsa hendak menjatuhkan TGHH atau PAS semakin terpinggir didalam PR atau ulamak-ulamak PAS dikeji dan dicaci ol3h p3mimpin2 PR dll. Bila kertas kerja tersebut keluar kita tahulah...

Jadi dengan propaganda ala yahudi ini, ahli-ahli PAS akan naik marah dan menyokong apa jua saranan kertas kerja untuk m3ngkaji tahaluf siyasi dengan PR, yang pada hakikatnya ag3nda puak UG yang nersarang didalam DUPP.

Tujuan mereka tidak lain dan tak bukan melainkan untuk mengadakan satu muktamar khas untuk mengubah keputusan Muktamar Ipoh 2008. Apabila keputusan Muktamar Ipoh 2008 dibatalkan melalui satu muktamar khas, maka puak UG ini tidak mempunyai halangan lagi untuk bawa PAS agar dikawal dan dikontrol oleh UMNO. Tunggu le nasib PAS dalam PRU 14. Kalau tak hancur lebur dek penipuan oleh UMNO melalui puak UG ini, PAS hanya tinggal nyawa-nyawa ikan j3.

Sekarang mereka takde sokongan akar umbi kerana puak UG ini hanya beberapa kerat je.. Mereka ini puak PAS Terengganu je dan sokongan utama mereka hanya di Terengganu. Tempat lain ade la jarang-jarang, bertompok sana sini. Mereka tidak akan mendapat sokongan jika mereka cuba secara direct untuk mengubah keputisan Muktamar Ipoh 2008.

Jadi mereka guna t3ktik ala yahudi ini untuk mempegaruhi ahli-ahli PAS menyokong kertas kerja mereka untuk m3ngkaji tahaluf siyasi dengan PR dengan mewujudkan ketakutan palsu diminda ahli-ahli.

Jadi.awas ahli-ahli PAS semua dengan t3ktik ala yahudi ini!

bat8 berkata...

nobal

Sambung skit.....

Contoh propaganda palsu macam ini yang paling masyhur ialah propaganda pentadbiran George Bush dengan menuduh Iraq dibawah Saddam Hussein memileki senjata WMD ( weapon of mass destruction ) untuk menyerang dan menakluk Iraq.

Cerita konspirasi antarabangsa untuk menjatuhkan TGHH pun j3nis yang sama je. Alasan-alasan yang dikemuka amat lemah, tidak ada sumber yang kita boleh s3mak. Macam kelentong george bush. Dia cakap je dan bukti yang dia bagi memang kita tak boleh semak untuk disahkan.

Jadi.awas permainan puak UG in!

Unknown berkata...

walaupun artikelnya tak masuk akal tapi sekurang-kurangnya berlapang dada dan tiada yang mustahil. sebab pil kuda yg tidak tentu lagi di mahkamah kita dah menolaknya.

bat8 berkata...

Mat salman,

Fitnah pil kuda bukan bergantung kepada proses mahkamah. Video dimana TGHH membuat fitnah itu di dalam ceramah sudah dibuktikan. Soal fitnah pil kuda itu sudah jelas.

proses mahkamah lebih kepada untuk mendapat keputusan mahkamah berapa kena bayar. Juga untuk mendapat p3ngesahan dari segi undang-undang yang memang TGHH membuat fitnah pil kuda tanpa bukti.

Jangan keliru. Jangan cuba untuk menutup bangkai gajah dengan sehelai rumput. Ingat Allah mengurniakan akal untuk kita berfikir. Apabila berlaku sesuatu jangan mudah terima atau menolak. Tengok dulu bukti-bukti yang sahih yang ada. Ajaibnya akal ini, Allah juga telah membekalkan kita dengan database yang besar untuk menilai sesuatu itu betul atau salah. Disamping itu Allah juga mengurniakan kepada Al Quraan dan sunnah sebagai panduan.

Kita mungkin xmahir mentafsir Al Quraan dan sunnah seperti mereka yang memil3ki ilmu ters3but s3cara khusus. Tetapi dalam dunia hari ini, banyak rujukan-rujukan dan t3mpat bertanya yang kita bol3h rujuk.

Mat

Macamana be4lapang dada? Kita berlapang dada, apabila kita berhujah, kita tidak 3misional. Kita tidak m3ncarut. Kita tidak membuat tuduhan menghentam peribadi orang yang kita ajak berhujah. Kita tidak bersikap ekstrim membabi buta m3mpertahan hujah kita atau m3nolak hujah orang.

mat salman ni....banyak sgt keliru...xpe. kita semua belajar menjadi hamba Allah yang l3bih baik.

mayang zulaika berkata...

Apabila agamawan sudah dicampurkan dgn fiksyen hollywood, maka watak hero perlu dijulang sebagai pemenang. Dalam hal ini tokoh pas tersohor, ulamak pencetus ummah yang suci murni, berpengaruh dan setiap apa yang dilafaz merupakan kata-kata hikmah (hingga memerlukan sekurang-kurangnya 5-10 orang pentafsir lulusan yaman & syria untuk menghurai ucapan beliau) akan diangkat sebagai hero. Sudah pasti musuh yang perlu ditumpaskan ialah zionis & amerika. Hero ini dibantu oleh panglima panglima & kesatria handalan seperti aldin ayamri, nasa taktahui serbani, serta pemuda-pemuda yang tak takut untuk mati kerana pejuangan yg benar. Dalam proses itu seteru akan gunakan segala tenaga kepakaran dan mesin yang ada demi melumpuhkan kumpulan penentang. Si hero pejuang islam tak mudah dikalahkan.Mati heri alamat berkuburlah gerakan islam. Adakah musuh akan berjaya atau si hero menjadi imam mahadi. Saksikan di pawagam istimewa maal hijrah, filem berjudul 'Bangkitnya Mahadi Melayu' terbitan sarang serabut production. Bilalah mak berhenti dari fantasi?

tok janggut berkata...

Cara Hj.Hadi berdepan dgn isu MB Selangor tempoh hari, pil kuda, meletakkn calon PAS dibeberapa kawasan yg telah dipersetujui bersama ianya kawasan PKR pd PRU 13 kalau nak selesaikn isu dgn rakan PR pun tidak dapat dibuat dengan bijaksana dan tak nampak ketokohannya !!! mcmana nak selesaikan masaalah org di negara luar...ni namanya kisah si tempang nak mengaku juara dunia 100 m..kalau juara dunia diantara kalangan OKU boleh kut.

tok janggut berkata...

Ada kalangan Ahli PAS nak jadikan Hj Hadi seorang BADUT, jadi bahan ketawa.Bawa isu ini kepada perbincangan JK Pusat supaya dapat di buat tindakan lanjut.
Kepada sebahagian ahli Parlimen dan Dun PAS Jadilah Hero dan bersuara lah di Parlimen dan di DUN dengan mmbangkit isu2 masyarakat.Jangan sibuk nak berpolitiking hingga diabaikan tanggungjawab kpd. rakyat.Ni bila keluar media jadi hero hentam rakan dlm PR dan dlm parti je.

Unknown berkata...

takde sapa nk konspirasi terhadap Hj Hadi. dia dihujung perjuangan dah pun.

lagi pun tk pelru nk konspirasi dgn pemimpin yg mudah rasa dibuli.

kalau ada pun org nk jatuhkan hj hadi ialah... nik abduh dan geng. bukan main lagi nik beduh sokong hj hadi berlebih2.

Nampak sgt sokong nik beduh bawa rebah pd haji hadi.

nik beduh mungkin agen umno SB yg sedang memecah belahkan PAS dr dalam seperti mana Abdullah bin ubai dan Abdullah bin saba' yg mendewa2kan saidina Ali dgn niat menjahanamkan.

mula2 geng nik beduh belasah gologan wibawa professional dlm PAS. kemudian cipta tuduhan konon ada agen luar nk jatuhkan PAS dan hj hadi.

akhirnya ulamak2 tua PAS terpaksa mengharap ust2 mengaku ulamak muda PAS eperti nik beduh.

maka akhirnya nik beduh lontar 1 batu 2 musuh dlm PAS.

selagi nik beduh dn geng ada dlm PAS, PAS akan hancur percayalah.

Unknown berkata...

saya mengucapkan banyak terimakasih kepada KI HADAK yang telah menolong saya dalam kesulitan,ini tidak pernah terfikirkan dari benak saya kalau nomor yang saya pasang bisa tembus dan ALHAMDULILLAH kini saya sekeluarga sudah bisa melunasi semua hutang2 kami,sebenarnya saya bukan penggemar togel tapi apa boleh buat kondisi yang tidak memunkinkan dan akhirnya saya minta tolong sama KI HADAK dan dengan senang hati beliau mau membantu saya..,ALHAMDULIL LAH nomor yang dikasi KI semuanya bener2 terbukti tembus dan baru kali ini saya menemukan dukun yang jujur,jangan anda takut untuk menhubungiya jika anda ingin mendapatkan nomor yang betul2 tembus seperti saya,silahkan hubungi KI HADAK DI 085=259=457=111 ingat kesempat tidak akan datang untuk yang kedua kalinya dan perlu anda ketahui kalau banyak dukun yang tercantum dalam internet,itu jangan dipercaya kalau bukan nama KI HADAK

IBU TUTI TKI SINGAPUR berkata...

saya PAK SLEMET posisi sekarang di malaysia
bekerja sebagai BURU BANGUNAN gaji tidak seberapa
setiap gajian selalu mengirimkan orang tua
sebenarnya pengen pulang tapi gak punya uang
sempat saya putus asah dan secara kebetulan
saya buka FB ada seseorng berkomentar
tentang AKI NAWE katanya perna di bantu
melalui jalan togel saya coba2 menghubungi
karna di malaysia ada pemasangan
jadi saya memberanikan diri karna sudah bingun
saya minta angka sama AKI NAWE
angka yang di berikan 6D TOTO tembus 100%
terima kasih banyak AKI
kemarin saya bingun syukur sekarang sudah senang
rencana bulan depan mau pulang untuk buka usaha
bagi penggemar togel ingin merasakan kemenangan
terutama yang punya masalah hutang lama belum lunas
jangan putus asah HUBUNGI AKI NAWE 085-218-379-259
tak ada salahnya anda coba
karna prediksi AKI tidak perna meleset
saya jamin AKI NAWE tidak akan mengecewakan















saya PAK SLEMET posisi sekarang di malaysia
bekerja sebagai BURU BANGUNAN gaji tidak seberapa
setiap gajian selalu mengirimkan orang tua
sebenarnya pengen pulang tapi gak punya uang
sempat saya putus asah dan secara kebetulan
saya buka FB ada seseorng berkomentar
tentang AKI NAWE katanya perna di bantu
melalui jalan togel saya coba2 menghubungi
karna di malaysia ada pemasangan
jadi saya memberanikan diri karna sudah bingun
saya minta angka sama AKI NAWE
angka yang di berikan 6D TOTO tembus 100%
terima kasih banyak AKI
kemarin saya bingun syukur sekarang sudah senang
rencana bulan depan mau pulang untuk buka usaha
bagi penggemar togel ingin merasakan kemenangan
terutama yang punya masalah hutang lama belum lunas
jangan putus asah HUBUNGI AKI NAWE 085-218-379-259
tak ada salahnya anda coba
karna prediksi AKI tidak perna meleset
saya jamin AKI NAWE tidak akan mengecewakan