Ahad, 10 Ogos 2014

SINGKIRKAN PAS DARI PR...

Salam Syawal..

Dah lama aku nak tulis pasal teori ni sebab dah lama aku tau perancangan ini. Cuma untuk meyakinkan aku, aku tunggu untuk melihat bagaimana game ini berlaku... supaya lebih jelas... Berita hangat semalam ialah pemecatan TSKI dari PKR... setelah beliau meminta penangguhan perbicaraan sehingga 13 Ogos... Anwar pun dapat penangguhan kes seks beliau beberapa kali... Itulah mahkamah yang sering di kritik oleh PKR... (bukan bermakna aku kata mahkamah kita adil)... cuma bandingkan dengan mahkamah PKR yang Anwar adalah Ayatullah nya... 

Dengan pemecatan TSKI ni, beerti beliau MB bebas. langkah berikutnya ialah usul tidak percaya... Jika berjaya dengan sokongan umNO... jatuhlah TSKI... Kemungkinan paling besar ialah pembubaran DUN Selangor... Apakah itu bermakna PAS akan bersendirian??? Tak mungkin PAS boleh bersama dalam Pakatan Rakyat di Selangor lagi kerana tak mungkin PAS bersedia menerima pengganti TSKI.. syuro telah memutuskan ( boleh di ubah ..kata Pak Kholid Somad). Itu hanya kemungkinan...

Jika itu berlaku, apakah tandanya PAS akan bersendirian kembali??? Dan Selangor adalah permulaannya...  Dan apakah semua ahli PAS bersetuju untuk di singkirkan sebegitu??? Itulah plot yang di rancang sekian lama... Menyingkirkan PAS dari Pakatan Rakyat... setelah dipasakkan akidah hanya PR mampu tumbangkan umNO.

Mereka telah lama merancang agar PAS di pisahkan dari PR, Setelah mereka memomokkan Pas akan keluar PR untuk bersama umNO. Perancangan licik ini agak berjaya dengan menjadikan UG sebagai kambing hitamnya. Ramai yang di perbodohkan bahawa UG adalah gabungan umNO sedangkan UG adalah kerajaan tanpa Pembangkang... sesuatu yang sangaat jauh... namun momokan ini di terima kerana di laksanakan dengan penuh kejahatan dan di sambut oleh kebodohan.

Berulangkali TGHH menyatakan PAS akan memperkukuhkan PR. Dalam muktamar, di Konvensyen dan setiap program partii malah sidang akhbar , tak pernah sekalipun TGHH menyatakan akan keluar PR. Yang ada tuduhan yang di ulang berkali kali...PERHATIAN!!! siapa yang selalu menuduh PAS akan keluar PR dan bergabung dengan umNO itu... dari kalangan pimpinan Pas... sila ingat semula sekalipun kita spesis melayu mudah lupa...

Dewan Ulama pula membuat penegasan agar kedudukan PAS dalam PR di kaji semula untuk mempastikan keteguhan kedudukan dan peranan PAS. Bukan sebagai melukut di tepi gantang atau tangga ke Putra jaya... jauh sekali terompah tandas.. Namun pandangan dewan Ulama yang menjadi teras menggariskan tahalluf siasi dalam PR itu di tuduh dengan tuduhan ingin keluar dari PR... Berbagai sudut  mereka menggasak... PERHATIAN!!! siapa  yang selalu menuduh PAS akan keluar PR dan bergabung dengan umNO itu... dari kalangan pimpinan Pas... sila ingat semula sekalipun kita spesis melayu mudah lupa...

Secara ringkasnya... terkini... apaila Print screen tersebar... siapa penyebarnya masih rahsia... Yang pasti di sebutkan 10 orang AJK PAS Pusat di katakan bersetuju menyokong PAS keluar PR.. Siapa dia??? tidak dinyatakan... Namun Khalid Samad dah ngaku.. sepertimana tersebar dalam Waps.. beliau mengakui bahawa dialah antara yang menyatakan sokongan PAS keluar PR...Dalam masa yang sama beliau menyatakan itu hanya perbincangan santai tanpa pengerusi untuk melihat pandangan orang lain...( peliknya yang Dr Zuhdi tulis dianggap serius...yg di sokong keluar PR dianggap main main) Jika beliau jujur ia hanya mainan... boleh tolong sebut 9 orang lagi penyokong yang bersama dengannya.. apa salahnya... kan ke main main je...

Dalam masa yang sama aku tengok geng yang mendokong Kholid ni memang senada dan seiring memprovokasi PAS agar keluar dari PR... Dari bloger upahan bergaji dan tunggu janji... hinggalah pemimpin pemuda bertaraf ajk ... seakan di rancang... Dalam masa yang sama Kholid and the gang tak pulak mahu menyebut secara terbuka agar PAS keluar PR??? kenapa tak mau main main nak tengok respon ahli bawahan... macam dalam waps AJK Pusat ??? atau sememangnya mereka hipokrit...??? dan ada tujuan lain...?

Nampaknya usaha mereka agar PAS keluar PR GAGAL!!! kini mereka terpaksa buat plan B... yang lebih berisiko... membuka jalan agar PAS keluar PR... Pecat TSKI... bubar DUN.... dan lihat apakah PAS masih bersama PR atau memilih jalan sendiri??? jika memilih jalan sendiri... akan dihebohkan PAS akan bersama umNO.... mereka akan menyerang secara membabi tunggal meniupkan kemarahan ahli PAS terhadap PAS.... berapa ramai ahli PAS akan kekal bersama PAS???  Kajian akan di buat bagi kemungkinan mewujudkan parti baru yang di lihat islamik dan meneruskan agenda PAS bersama PR ...

PAS akan di tinggalkan dan di asingkan seumpama parti Saedat pimpinan Erbakan yang tersisih di saat Erdogan mewujudkan AK Parti dan memerintah... sedangkan mereka dari Refah yang pernah memerintah..

Itu teori yang sedang mereka rangka... Jika PR masih belum mampu memrintah... makan gabungan dengan umNO team Najib akan di usahakan ... Najib perlukan kekuatan menentang kemaraan geng Muhyidin dengan Tun M yang sedang menggasak Najib...Tidakkah Najib dan Anwar dalam Team Wawasan... dan Zahid Hamidi adalah panglima 3K Anwar yang akhirnya rebah di airport Kota Kinabalu suatu ketika dulu???

Tidakkah Konsesus Nasional telah di gerakkan di London??? Saifudin adalah arkiteknya... memujuk PAS bertemu Zahid Hamidi??? Malah lebih awal lagi melalui Jusuf Kallah Indonesia??? 

Kesimpulannya... perancangan menyingkirkan PAS dari PR kerana istiqamah dan ketegasan PAS dengan Islam di bawah TGHH dan pimpinan Syuro yang di ketuai TGNA. Ini menyusahkan Anwar dengan rakannya yang terkenal dengan falsafah politik matlamat menghalalkan cara...Namun PAS tegas instiqamah dengan PR... jalan terbaik...rancang agar PAS di keluarkan dengan imej untuk bersama umNO... ia bertujuan untuk menimbulkan kemarahan ahli PAS yang telah di pasak dengan akidah Asal Bukan Umno.

Tak percaya teori ini... cer tunggu dan kaji... apapun... Allah akan menjaga agamanya dan perjuangannya...  ia mungkin penyucian.... sebelum kemenangan... menanti bumi Madinah memuntahkan isi munafiqnya...

7 ulasan:

ras abu berkata...

PAS keluar PR pasti lumpuh PKR - pergilah PKR menyembah DAP untuk terus bernyawa

cikmatgelap berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Unknown berkata...

Kalau betul PKR akan lumpuh . apa tunggu lagi .... PAS keluarlah PR . KIta lihat sape yang lumpuh di Selangor . PAS dah kianat dalam pakatan rakyat ..... nak tunjuk terror pulok ... dipersilakan PAS . Kami gembira PAS keluar PR . Maka agenda ke PUTRAJAYA berjalan lancar , tanpa ada gunting dalam lipatan .

Unknown berkata...

Ulasan yang berbentuk andaian dari penulis..tak logik dan tak masuk akal..menulis dengan penuh rasa dendam tanpa berlapang dada dalam menerima fakta dan realiti keadaan..penulis tidak sedar banyak keputusan dari pimpinan pas yg orthodoks banyak menganggu strategi PR..kenapa harus ditekan kepada perbezaan yg hanya membawa mudarat kecilmalahan perbezaan kecil boleh diselesaikan melalui rundingan berbanding dengan persamaan yg ada dlm PR untuk menumbangkan umno..yang mana persamaan itu membawa manfaat besar kpd PR dan rakyat...akai takda ka!!!??

nonbal berkata...

saudara "keadilan hebat"... memang mengikut strategi, PR tak boleh berpecah demi untuk keputra jaya... tanpanya, adalah hampir mustahil perkara ini boleh berlaku.
Tapi dalam masa yang sama, prinsip kenalah dijaga, matlamat tak menghalalkan cara... itu cara islam, atau hang tak mau guna cara islam? mengikut islam, segalah yang haram, biarpun nampak baik adalah haram hasilnya... atau hang nak nafikan perkara itu?
Tambahan pulak bersekongkol dengan pemimpin serakah, menurut hawa nafsu dan gila kuasa... ditambah pulak dengan sikafir harbi yang sentiasa menuntut kita melanggar hukum dan melanggar perintah Allah dan Rasul...
Tak payahlah hang nak menegakkan benang yang basah disini....

UMNO PARTI PENJARA berkata...

(( Sidang Tertutup )) -Penyelesaian Akhir Krisis MB Selangor

Hakikat yg pasti, UMNO takut terkubur di Selangor Jika Wan Azizah menjadi MB Selangor... Mungkin Ya!

UMNO perlu menerima hakikat ini yg memulakan drama ini berlarutan kerana mengumumkan Anwar bersalah kes liwat beberapa hari sblm sempat bertanding di kajang... Kemaruk kuasa di negeri termaju ini, menjadikan UMNO sanggup buat apa saja... Tapi tak mungkin pd Wan Azizah.. UMNO sudah berada di jalan mati...

Tapi, jika pemimpin lain yg menjadi MB selangor, mungkin UMNO mempunyai jalan2 lain yg lebih mudah!

Tawaran yg ditawarkan UMNO hanyalah cerita dongeng...

Konflik Anwar dan Khalid bersifat sementara..

Khalid akan pulang ke pangkuan PKR melalui Anwar juga sebenarnya..

Jadi, jangan susah hati sgt ye :)


Sumber
>>> Klik Di Sini

nonbal berkata...

Nama ceo siber, tapi pemikiran macam baru keluar dari gua.... umno yang menyebabkan semua kemelut ini? - kenyataan gila babi.
Hukuman tergesa dijatuhkan sebelum prk kajang? - wayar putus kah ape?... keputusan mahkamah keluar dulu, baru aljub sogok cina tu untuk berundur, lalu terjadi prk kajang.....
Lain kali jangan tunjukkan diri tu bodoh sangat..... malu weii