Memaparkan catatan dengan label PANDANG SISI. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PANDANG SISI. Papar semua catatan

Rabu, 29 Februari 2012

APA KENE DR ZUL NI...?

Aku tak tahu apahal yang dah melanda PAS akhir akhir ini. Sering betul di landa kekalutan. Ia bukan datang dari luar sebagaimana yang dihadapi oleh PKR dan DAP tetapi dari dalam. Mungkin niatnya baik tetapi dimanipulasi musuh kerana mereka menguasai media. Mungkin juga ada yang jahil hingga melampau kemampuan ilmu dan kuasa yang ada.

Terbaru yang amat aku kesali ialah laporan yang dikaitkan dengan Dr Zul dalam wacana terbaru di Shah Alam. Di laporkan Dr Zul menyatakan bahawa PAS boleh membuka peluang melantik pemimpin bukan Islam menjadi pemimpinnya sehingga timbalan Presiden. Mahathir lantas mengulas dalam nada memperli sebagaimana bahasa orang tua tu...

Sehingga kini aku belum jumpa ulasan pengesahan atau bantahan Dr Zul terhadap laporannya. jadi kesimpulannya laporan itu aku anggap betul. Aku tak tahu Dr Zul sedar atau tidak apa yang diucapkannya. Nampaknya macam bijak dan amat terbuka...namun terlalu asing bagi Parti Islam!

“Islam membenarkan berlakunya perubahan dalam politik. Ada ijtihad yang boleh berubah dan tidak boleh berubah. Kami bersedia menerima jawatan timbalan presiden daripada kalangan bukan Islam sekiranya keadaan memerlukan.

“Perkara urus tadbir dalam Islam sangat terbuka dan PAS menegaskan, kami masih parti yang berteraskan agama dan sedang mengalami transformasi yang besar, PAS bukan sahaja menampilkan bangsa Melayu, tapi sesuai untuk semua bangsa,” kata Ketua Pegawai Penyelidikan PAS Pusat Dr Dzulkefly Ahmad ketika Wacana Sinar Harian yang bertajuk “Kenapa Undi Melayu Pecah?” di sini..... malaysia insider dipetik melaporkan....

Aku setuju jika yang disebut itu bukan melayu kerana Islam bukan dibina di atas asas kerangka melayu atau bangsa....namun aku amat tidak bersetuju jika yang dikatakan itu bukan Islam.... Jika benar Dr Zul sebutkan bukan Islam ingin dilantik menjadi Timbalan presiden....aku katakan TIDAK! kerana...

Pertama....Aku tak tahu atas alasan dan hujjah syarak mana yang dipakai oleh Dr Zul hingga menerima bukan Islam kerana setahu aku jawatan timbalan Presiden adalah jawatan tertinggi selepas presiden. Jika  apa berlaku kepada presiden...maka timbalannya akan memikul tanggungjawab... apakah "jika keadaan memerlukan" itu adalah darurat bagi dr Zul?....kalau darurat pun aku tak tahu kategori mana... Jawatan Timbalan Presiden termasuk kategori "auliya" yang dilarang al Quran untuk diserahkan kepada selain mukmin! Aku tak tahu jika Dr Zul guna otak untuk takwil istilah al Quran ini..

Kedua... Soal menerima Timbalan presiden dari kalangan bukan Islam adalah berkait dasar parti. Hanya majlis syuro boleh menentukan halatuju parti dan Dr Zul bukan anggota majlis Syuro kerana anggota majlis Syuro adalah ulama yang mahir al Quran... mungkin kalau usaha menggugurkan istilah ulama dari majlis syuro dulu berjaya , mungkin Dr Zul boleh jadi anggotanya.... Dalam masalah membenarkan sayap parti dan bukan Islam menjadi sekutu pun ulama mengambil masa yang lama untuk membenarkannya.... kerana maslahah yang menjadi pertikaian panjang untuk perjuangan Islam... ia hanya untuk membantu...bukan menentukan halatuju... timbalan presiden adalah jawatan yang boleh mengatur halatuju.... ia sangat bahaya dan bercanggah dengan Islam dan tak wajar berlaku dalam jamaah Islam

Keterbukaan yang dimaksudkan dr Zul mungkin berkias dengan kewujudan Dewan Himpunan Penyokong Pas.... namun ia adalah berbeza.... sangat berbeza... jika itu qiasnya...maka bolehlah dikatakan qias BATHIL...atau MUNGKAR! Dr Zul manyahut pandangan moderator yang sepemikiran dengannya iaitu Dr Mazle yang membayangkan apa yang dilakukan oleh parti di Mesir.... "Dr Maszlee bertanya sekiranya PAS sedia bertindak seperti Muslim Brotherhood and Justice Party di Mesir yang melantik seorang pemikir Kristian sebagai naib presiden" ...... mengapa tidak Ikhwan muslimin....???

Saya belum mendengar pandangan pimpinan PAS khususnya majlis Syuro yang bertanggungjawab dalam halatuju parti Islam terbesar dan tertua di Malaysia ini...ia juga dihormati di peringkat antarabangsa.... mungkin majlis Syuro menunggu masa yang sesuai kerana ulama akan bertindak dengan tenang dan tidak tergesa gesa dalam mengulas sesuatu isu... Namun Ketua pemuda telah menyatakan ketegasannya... inilah sifat pemuda yang menjaga parti!

Saya tak fikir pejuang Islam yang memahami dan merasai denyut nadi perjuangan Islam dengan cita cita menegakkan syariat di Malaysia akan bersetuju dengan saranan ini....  Lontaran Dr Zul mungkin atas dasar politik.... tetapi politik Islam adalah tegas dan berprinsip kerana matlamatnya ialah mengangungkan Islam .... kemenangan adalah anugerah Allah bila pejuangnya bersungguh melaksanakan amanah dalam redhoanya....selamanya matlamat tidak menghalalkan cara...!



Isnin, 27 Februari 2012

BERULANG KEMBALI......... BUKAN BARU

Berita gangguan dan keganasan umNO dan sekutunya kian menjadi jadi. Ia mungkin gara gara bimbang dan takut kehilangan kuasa. Bayangkanlah umNO yang mewah berbelanja dan menggunakan kemudahan kerajaan kehilangan semua itu dengan sekelip mata. Bagi PAS khususnya dan pembangkang lain ia perkara biasa. PAS miliki markaz di setiap cawangan untuk bergerak. berbeza umNO yang menumpang dewan orang ramai dan sekolah untukn setiap aktivitinya.

Gangguan majlis ceramah dengan keganasan bukan budaya baru dalam umNO. Ia hanya ulangan pemuda tahan lasak umNO yang pernah dikaitkan dengan pembunuhan almarhun Ustaz Othman Talib di felda Lubuk Merbau sekitar tahun 80 an dulu. Kejadian bergaduh dan menyerang tempat ceramah PAS memang perkara biasa. Bezanya kali ini PAS dan PAkatan Rakyat sudah punyai kekuatan untuk melawan.

Ahli Pakatan Rakyat kini sudah ramai dan bersedia terhadap sebarang kemungkinan. Cumanya arahan pemimin yang meminta ahli bersabar sebagaai pendamai terhadap sebarang kekecohan. Apa yang agak pelik ialah sikap polis yang dulunya kerap menangkap malah pernah menembak ahli PAS dan Pakatan rakyat sebagaimana peristiwa Batu Buruk Trengganu, kini hanya mampu menjadi pengiring kepada mangsa. Mungkin kerana pengganas ialah umNNO dan sekutunya, maka polis bersikap begitu. Cuba melaksanakan tugas, namun dengan kamampuan terbatas. Mereka mungkin tahu, menangkap ahli samseng yang dikaitkan dengan umNo adalah kerja sia- sia, lantas mereka memilih mempertahan dan mengiring ahli PAS dan PR yang menjadi mangsa.... apapun terima kasih.

Kehebatan FRU yang seringkali muncul "menenangkan" ahli Pakatan Rakyat yang berdemo dengan aman dalam angka ribuan tak muncul untuk menteteramkan bilangan samseng yang di luar kawalan yang tak sampai angka ratusan barangkali. Apakah FRU sibuk berlatih untuk menghadapi PR atau ada kerja lain tidaklah diketahui. Kalau nak dikatakan polis dah berubah kerana kepimpinan, harus diingat peristiwa Batu Buruk berlaku ketika Timbalan ketua Polis yang agak brutal, Khalid menjadi ketuannya.

Rakyat sedang memerhati...bukan sahaja tindakan samseng umNO, tetapi juga keadilan polis dalam amanah kerja mereka... bukan ahli di bawahnya...tetapi ketua yang memaksa dan mengarahkan mereka tanpa rela...andai mereka mampu terjemahkan dengan undi...saya yakin sebahagian polis peringkat bawahan akan menyokong Pakatan Rakyat kecuali yang hidup dengan rasuah dan imbuhan samseng ..

Ahad, 5 Februari 2012

ASALKAN ISLAM... BUKAN ASAL BUKAN umNO

PAS lahir sebagai sebuah parti Islam. Di namakan parti Islam. Berpelembagaankan Islam. Bermatlamat memperjuangkan Islam. Berhasrat menegakkan syariat dan undang undang Islam. Semua orang  malaysia tahu  malah seluruh dunia tahu. Semua ahli adalah islam. Kelab Penyokong pun sokong Islam. Mengadakan tahalluf atau kerjasama politik atas pertimbangan Islam. Di pimpin oleh Ulama yang mewarisi Rasul yang membawa Islam. Pendek kata... hidup mati PAS semuanya berkisar dengan Islam.


Keistimewaan PAS terletak kepada Islam. macam kata Nujum Pak Belalang... kehebatan Hang Tuah pada huruf "ta"...kalau tukar "ba" hilanglah kehebatan tuah...jadilah Hang Buah... Selamanya yang berjuang dalam PAS tak boleh mengalah dalam mendaulatkan Islam. Tak boleh malu mengisytiharkan perjuangan PAS ialah mendaulatkan undang undang Islam. Jangan sekali kali rase rendah diri PAS dipimpin oleh Ulama yang memakai serban dan jubah...kerana taraf ulama jauh mengatasi PHD dan Profesor yang ada hari ini... kerana Ulama mahir dalam al Quran dan hadits...dan di dalamnya terkandung segala ilmu yang wujud di dunia malah di luar dunia!


Kalah dan menang PAS adalah kerana Islam...kalau PAS kalah adalah kerana menjauhi atau meninggalkan Islam... dan kalau PAS menang adalah kerana menjulang Islam. Syarat kemenangan Islam tak sama dengan syarat kemenangan bukan Islam. Syarat kemenangan Islam ialah apabila pejuang Islam memenuhi syarat kemenangan yang di janjikan Allah. Sekalipun bilangannya sangat sedikit... bagi yang baca sejarah peperangan Islam akan tahu kekuatan sebenar Islam.


Jangan ingat Islam menang kerana kebijaksanaan kita mengurus parti... atau kerana sokongan bukan Islam.... Yang menggerakkan kemenangan Islam dan mengubah hati manusia ialah Allah... syaratnya apabila pejuang Islam memenuhi syarat kemenangan... apabila pejuang Islam bergantung kepada Allah... Bagi yang menyangka PAS menang kerana sokongan bukan Islam atau hebatnya strategi yang diatur... orang itu tak baca sejarah Hunain...sejarah Hunain bukan sahaja dirakam oleh ahli sirah, malah dirakam di dalam al Quran....maknanya golongan ini tak baca al Quran! atau mungkin tak paham...


Jangan kerana mengharap sokongan bukan Islam, maka kita menyembunyikan perjuangan dan prinsip Islam! baca sejarah dialog Najasyi raja Habsyah dengan Jaafar bin Abi Tholib di Habsyah. Jangan kerana meraikan bukan Islam sampai kita melarang sesuatu yang dihalalkan oleh Allah.... seperti melarang buat kenduri dengan sembelih lembu dan seumpamanya...  juga menafikan bahawa perjuangan kita ialah untuk  mendaulatkan Islam... kalau bukan Islam menolak perlaksanaan Islam...bukan kita kena berpura tidak melaksanakan Islam...sebaliknya kena bekerja keras meyakinkan mereka tentang Islam....tentang keadilan Islam..itulah dakwah...dan kerana dakwahlah PAS ditubuhkan!


Pejuang Islam kena memahami kerana apa mereka berjuang...kena meyakini Islam adalah yang terbaik... Jika bukan Islam dan masyarakat tidak paham dan menolak...jangan kita berpura pura menolak Islam...sebaliknya kita mesti menjelaskan keadilan dan keindahan Islam... Jangan STRATEGI dijadikan hujah menolak Islam kerana nak cepat menang . Strategi diterima selagi mana ia tidak menolak Islam... Jangan juga Taqiah dijadikan hujah...kerana kita bukan Syiah!  Jangan juga kisah Ammar dijadikan Hujjah kerana Ammar disiksa dan keluarganya di bunuh! pendek kata...jangan beralasan... sehingga matlamat menghalalkan cara! itu bukan kerja Islam... Jika tidak... lebih baik pilih jamaah yang bukan berjuang untuk Islam...kerana perjuangan PAS bukan  hanya untuk menang atau Asal Bukan Umno!... Perjuangan PAS ialah Asalkan Islam...


Apalah erti runtuhan jahiliyyah...dan mendirikan jahiliyyah baru... Asal Bukan Umno bukan perjuangan PAS... Perjuangan PAS ialah... Asalkan Islam...





Selasa, 17 Januari 2012

APA SELEPAS INI?


Tahun 2012 menyaksikan umNO BN berkerja keras. Najib dan Timbalannya mula round Malaysia. Dengan berbagai nama dan program, ia menjelajah Negara. Program jelajah Negara ini walaupun secara jelas menggunakan jentera kerajaan namun ia adalah kempen BN. Mungkin undang undang Negara membenaarkan kerana Parlimen belum dibubarkan.

Ini keistimewaan sebuah kerajaan di Malaysia. Mereka boleh menjampi serapah seluruh Negara dengan sihir pembangunan dan fitnah, kemudian menyumbat penyokong dan rakyat dengan sogokan wang. Setelah segalanya berjalan lancer, secara tiba tiba mereka boleh mengajak musuh politik berlawan di padang dan gelanggang mereka. Tarikh adalah rahsia ajaib dan mandatory seorang Perdana Menteri atau isterinya.

Road Show PM dan Timbalannya kali ini mungkin roadshow pusingan akhir. Ia seperti dijangka kerana melihat kepada jangka hayat kewangan dan kemampuan BN. Mereka tidak mampu bertahan lama lagi. Dalam beberapa isu BN dilihat sedikit mengendur. Penghakiman DSAI yang dilihat tidak menyebelahi BN adalah satu bentuk ujikaji terhadap popularity Najib di luar Negara. Ia perlu untuk mengurangkan tekanan luar terhadap BN dalam PRU 13.

Keputusan mahkamah membebaskan DSAI sedikit sebanyak mengelakkan gelombang kebangkitan rakyat seperti 1999. Orang melayu yang menjadi kekuatan BN hari ini adalah masyarakat yang mudah disentuh dengan sentiment. Gambar lebam DSAI dan kemudiannya gambar TG Nik Aziz menangis dalam munajat dilihat member impak besar kepada keputusan pilihan rakyat.

PRU 13 juga akan ditentukan dengan sentiment. Sentimen komunis, surau dan murtad serta kaum dilihat sangat berbekas dalam PRU kali ini. Bajet yang akan menyaksikan hasilnya terhadap rakyat pada tahun ini juga mungkin di harap BN sebagai senergy tambahan.

Dijangkakan BN juga akan menggunakan beberapa isu yang mungkin akan mengheret pemimpin PR dengan isu penyalahgunaan kuasa. Di Perak, Nga Kor Meng adalah testimony awal setelah beliau di gambarkan sebagai anti melayu dan pengarah sebenar kerajaan PR Perak yang tak cukup usia setahun. Kemungkinan banyak lagi isu penyelewengan dan salahguna kuasa akan dicipta BN terutama di Perak dan Selangor. Isu teknikal dijangka akan menjadi modal BN.

Berbekalkan kuasa pendakwaan yang dimiliki BN, mereka mampu mengheret isu ini melepasi tempoh PRU 13 untuk mendapatkan kemenangan. Penguasaan media adalah senjata utama propaganda BN. Kejayaan memanipulasi media seperti kes Tg Razali memakai tengkolok mungkin boleh digunakan sekali lagi. Walaupun iklim penggunaan media telah berubah melalui media internet, namun masyarakat melayu kampong dan generasi tua dilihat masih boleh dikuasai.

Tindakan pantas kerajaaan Pulai Pinang mengistiharkan harta exco sangat meresahkan BN. Tindakan itu dilihat sebagai membunuh rancangan BN . Ia juga dilihat mencabar BN dalam isu penyalahgunaan kuasa. Jika tindakan ini dilakukan oleh semua kerajaan PR, ia boleh membantutkan perancangan jahat BN untuk menggunakan pendakwaan di mahkamah atau siasatan SPRM sebagai isu.

Keputusan mahkamah terhadap Khir Toyo dan DSAI mungkin digunakan untuk meyakinkan rakyat kebebasan mahkamah. Ia akan dimanipulasikan secara agresif untuk meyakinkan rakyat terhadap ketelusan mahkamah. Dengan itu sebarang pendakwaan menjelang PRU 13 adalah dianggap sebagai ketelusan.

Selasa, 10 Januari 2012

NUJUM PAK BELANG...AGENDA TERSEMBUNYI...HASAN ALI...

Kes pemecatan Hasan Ali nampaknya masih menarik minat banyak pihak. Isu dan ulasan tentangnya masih riuh digebangkan orang termasuk pengulas. Paling menarik minat mereka mengulas kemungkinan Hasan Ali merayu dan diterima rayuannya. Ada yang dah lebih sudu dari kuah. Membuat telahan malah ada yang lebih jauh dalam membongkar mesyuarat PAS pusat.


 Biarlah Hasan Ali membuat keputusannya. Biar juga Majlis Syuro menentukan keputusannya. Apa nak sibuk sibuk? Apakah ada agenda lain  yang belum selesai dalam isu ini? Ulasan itu dibuat seakan dirancang dengan penuh teliti. Jika ianya benar...memecat Hasan Ali hanya  menatijahkan satu kemuncup yang dibuang , sedangkan duri dan racun dalam parti masih banyak lagi.


Ada beberapa persoalan yang perlu diberi perhatian rentetan ulasan terkehadapan beberapa penulis yang ditonjolkan. Saya tak berminat untuk meneroka lebih banya blog yang saya yakini juga berminat mengulas sebagai nujum pak Belang! Nujum pak Belang....


Antara persoalan yang timbul ialah ulasan Malaysiakini tanpa nama penulisnya. Ini bermakna suara rasmi portal itu sendiri. Ia bukan hanya membuat ramalan tentang beberapa kemungkinan malah menyedut  pendedahan oleh blog penarik beca. Penarik beca menyebut bahawa cadangan pemecatan itu datangnya dari Tg presiden sendiri. "Apa-apa pun, bak kata Orang Putih, untuk berlaku adil kepada Abdul Hadi, difahamkan majoriti ahli mesyuarat mahukan Dr Hasan digantung antara enam hingga 15 bulan. Tetapi, Presiden PAS itu sendiri yang menekankan supaya Dr Hasan dipecat. Kalau ada pembetulan kepada maklumat itu, saya akan siarkan."   Dari mana beliau dapat maklumat tersebut tidaklah diketahui. Bukan baru bagi PAS pusat ...segala maklumat dalam mesyuarat seringkali terlucut keluar dari mulut cabul JK nya. Siapa toyol itu tidaklah diketahui. Ia sangat merbahaya. Ia bukan isu baru... Pihak media sendiri seringkali mendapat maklumat awal apa yang berlaku dalam mesyuarat PAS pusat. Samada rahsia mesyuarat itu terlucut kerana memang mulut cabul atau ada perancangan tersendiri yang berniat jahat erhadap PAS! PAS mesti menyiasat perkara ini.


Mungkin ada yang kata bahawa ia bukan rahsia... itu perkara biasa... itu tandanya orang itu memang tak tau adab mesyuarat. Tiada mesyuarat pintu atau mesyuarat tingkap. Tiada apa yang boleh didedahkan melainkan di arah atau mendapat kebenaran. Ini bukan peringkat cawangan. Peringkat pusat. Apa yang menjadi kebimbangan ialah sikap ambil mudah . Apa pun yang berlaku dalam mesyuarat adalah rahsia. Dalam isu ini, sedikit sebanyak pendedahan akan memberi pengaruh kepada umum.... sendiri pikirlah...


  Saya tidak fikir ulasan mendahului segalanya dibuat dengan tidak sengaja. Ia seakan halangan awal kepada Hasan Ali untuk merayu, jua halangan dan mungkin pengaruh kepada pendokong PAS untuk melihat bahawa keputusan ini adalah kehendak dua Tok Guru yang menjadi rujukan PAS. Golongan ini mungkin tak tergamak untuk menggunakan istilah wala di atas cadangan TG Presiden kerana mereka anti wala, tetapi itulah isyarat sebenar yang ingin di sampaikan. Sifir nya sangat mudah bagi yang mengikuti perkembangan isu ini dengan teliti. Menyingap apa yang tersirat dari yang tersurat!


Saya sendiri tidak berharap Hasan Ali akan merayu, namun demi ketenangan dan ending yang baik dalam karier politik dan perjuangan islam, Hassan Ali perlu merayu...setidaknya untuk meredakan isu dalam masyarakat dan menutup pintu fitnah umNO. Selepas itu Hasan boleh tutup mulut! Hassan Ali sudah tidak beerti bagi PAS, namun PAS perlu situasi tenang untuk meneruskan tumpuan perjuangannya dengan menutup sebanyak mungkin pintu fitnah...luar dan dalam..


Saya juga sangat yakin bahawa isu Hassan adalah agenda awal. Ada agenda tersusun sedang dilaksanakan dari perancangan besar yang masih tersembunyi. Samada ia datang dari umNO atau golongan bernafsu besar dalam PAS sendiri yang ghairah kepada kemenangan. Salahnya Hasan Ali ialah "besar kepala" dan tak tau adab jamaah... malah mungkin tak guna sifir politik. Hasan Ali dilihat menjadi alat umNO atau sebenarnya alat pemain catur yang bijak!


Agenda besar PAS kini ialah menjernihkan ahli dan pimpinannya dari fikrah luar. Fikrah umNo atau apa jua fikrah asing sekalipun berwajah islam. Islam yang didokong oleh PAS selama ini telah terbukti ampuh. Sebelum kemenangan, Parti Islam ini wajib membersihkan dirinya dari anasir penyelewengan prinsip parti..PAS adalah parti siasah dan dakwah... tak mungkin terpisah...selamanya tak mungkin terpisah dan berubah.... kerana itulah Islam...





Khamis, 22 Disember 2011

DIPANGGIL... MUNGKINKAH SEBAHAAGIAN DARI MAJLIS MAHABBAH YANG DICADANGKAN KP PUSAT?

Bising dengan kenyataan bukan contoh bijak apatah lagi bagi pimpinan PAS. Saling berbalas kenyataan di media menunjukkan sikap "tidak bijak" yang diserlahkan . Itulah polemik yang dihadapi oleh PAS akhir akhir ini lantaran adanya pemimpin yang mengambil sikap menyerang melalui media.

Keputusan memanggil tiga individu di dalam PAS iaitu Saari Sungip, Hassan Ali dan Ustaz Nasharudin adalah tindakan terbaik biarpun agak lambat. Saari Sungip adalah orang yang memulakan permainan tersebut. Apakah ianya dibuat secara tidak sengaja atau perancangan yang sangat rapi tidaklah diketahui kerana Saari adaalah seorang pemimpin besar sebelum bersama PAS yang tentunya punyai banyak strategi.

Hasan Ali yang menjadi tumpuan kerana apa yang disifatkan beliau sebagai " prinsip" masih terus bermain mengikut rentak musuh. Saya tak fikir seorang yang sebijak Hasan tidak menyedari dirinya dipergunakan. Apa yang berlaku pada Hassan mungkin kerana "prinsip" yang dirasakan betul. Beliau bukan ahli politik. Dinilai pada prinsipnya, Hasan Ali agak tinggi kemelayuannya yang ada kalanya mengatasi kefahamannya terhadap Islam yang barangkali dibina oleh kerangka " melayu itu islam, islam itu melayu". Hanya satu sikap Hasan Ali yang boleh mengekalkannya di dalam PAS... Hormatnya terhadap ulama... Jika benar, Hasan perlu merujuk "prinsip" nya itu dengan ulama...bukan kefahaman dangkalnya berdasarkan melayu sahaja!

Pada saya ustaz Nasha tidak melakukan kesalahan yang besar. "Besarnya" kesalahan ustaz Nasha hanya kerana hukuman yang diberi oleh Mustapha Ali. Sebagaimana besarnya kesalahan ustaz nasha dulu kerana hukuman TGNA. Terhapuslah kesalahan Ustaz Nasha apabila TGNA menarik balik kenyataannya... tanda jiwa besar seorang Ulama! Ustaz Nasha bertegas dengan perjuangan islamnya dan kenyataan serta tindakannya tidak pernah menunjukkan ketidaksetiaannya terhadap PAS. Apa yang dipalitkan kepada Ustaz Nasha ialah rentetan usaha menjatuhkan beliau sewaktu mempertahankan jawatan Timbalan Presiden.

Barangkali PAS juga perlu "menasihatkan" Mustapha Ali yang menggunakan media rasmi PAS untuk menyerang pimpinan sendiri tanpa memanggil mereka. Beliau punya kuasa untuk memanggil tetapi memilih jalan yang merosakkan. Barangkali juga Harakah dan pengurusannya boleh dia"ajak " sama.

Kenyataan mahfuz Omar juga dilihat keterlaluan. Kenyataan itu bukan sekali malah diulang dua kali. Saya tidak fikir Mahfuz boleh menggunakan kuasanya sebagai Naib Presiden untuk menjatuhkan hukuman atau menghalau sesiapa dari PAS. PAS bukan milik individu. Sebagaimana Hassan Ali tidak boleh menggunakan kepalanya sendiri untuk menentukan halatuju parti, maka Mahfuz juga tidak boleh menggunakan kepalanya sendiri untuk menghalau sesiapa dari PAS.

Mungkin kenyataa Khalid Samad dan Ust Nik Abduh tidak menyesakkan dada. Ia lebih kepada mendamaikan. Walaupun Khalid sedikit tersasar dengan mensifatkan kenyataan Hasan dan ust Nasha kerana "Kecewa"... sesuatu yang bersifat dugaan dan tuduhan yang tak pasti serta kurang wajar, namun ia bukanlah  sesuatu yang besar.

Cadangan Ketua pemuda Pusat agar majlis mahabbah dilakukan adalah cadangan terbaik...mungkin apa yang dilakukan PAS pusat juga sebahagian darinya...dipanggil untuk memberi peringatan, namun dengan suasana mahabbah kerana kita ahli jamaah .

Diharapkan tindakan PAS pusat ini akan memberi kepuasan kepada semua pihak. Janganlah ada duri yang terus dicucuk untuk menghangatkan hati yang boleh disejukkan. Adab berjamaah mesti diutamakan jika ingin terus kekal dalam jamaah! dengki dan dendam tak perlu dipanjangkan untuk menghalau atau terus menyingkirkan sesiapa. itupun jika kita berjuang "KERANA ALLAH" dan bukan tujuan lain.....




Jumaat, 16 Disember 2011

MASALAHNYA BILA GILA POPULARITI

Seperti yang saya ulas dalam posting lalu, PAS kini berada di posisi bertahan. Cara penyelesaian bukan menyelesaikan masalah sebaliknya menambah peluru kepada musuh. Inilah masalahnya apabila masing masing "gila populariti" menggunakan media sebagai penyelesai masalah atau meluah marah.

Bermula kenyataan Saari sungip, disambut Hasan Ali, di ulas Ust Nasa, di jawab Mustapha Ali , dihempas Mahfuz Omar dan dijawab kembali Hasan Ali. Kenyataan Presiden dan Timbalan presiden serta diperkukuhkan oleh Ketua penerangan seakan tak dipedulikan. Di harapkan kenyataan Mursyidul Am dapat meredakan keadaan.

Apa yang menjadi masalah dalam PAS hari ini ialah sangat suka menggunakan media sebagai perantara. Masalah PAS sebenarnya sangat kecil jika ditangani dengan betul. Apa yang dihadapi oleh PKR dan DAP kekadang lebih besar tetapi ditangani dengan bijak . DAP berjaya menyelesaikan isu Pengerusi dan Tim ketua Menteri Pulau Pinang walaupun Prof Ramasamy dilaporkan sedia keluar dari DAP.

Hal dalaman adalah hal rumahtangga yang boleh diselesaikan secara keluarga. Jangan heret masalah jamaah dengan sentimen lama kerana ia sangat tidak baik bagi ahli peringkat bawahan apatah lagi di luar parti. Di mana akhlak jamaah. Hasan Ali masih ahli PAS. Saari Ketua Penerangan PAS Selangor di mana Hasan Ali berada, Mustapha Ali pulak SUA, Mahfuz pula naib presiden! Kenyataaan Mahfuz dilihat paling keras jika benar sebagaimana dilaporkan. Ibarat isteri yang derhaka lalu suami menjawab " kita boleh bercerai jika kamu mahu"...saya tidak fikir itu akhlak jamaah Islam.

Di harapkan agar isu kecil ini dapat dihentikan segera agar ahli dan pemerhati yang berminat dengan perjuangan Islam tidak melihat ini akhlak dalam jamaah islam. Kenyataan TG Mursyidul Am dilihat sebagai sangat wajar dengan memilih jalan damai. Ia sewajarnya dicontohi ahli dan pimpinan PAS. Kita jamaaah Islam yang ada akhlak bila berselisih pendapat.... jangan kerana politik kita lupa akhlak Islam... Contohilah pimpinan ulama yang memimpin kita... atau selepas ini ahli PAS perlu hanya memilih ulama untuk memimpin jamaah... demi kelangsungan Islam dalam PAS...

Isnin, 12 Disember 2011

umNO BIJAK ATAU KITA BODOH?

umNo memang hebat...hanya dengan berita senget yg ditimbulkan oleh beberapa kerat yg barangkali senak perut terus menjadi bahan serangan umNO... Cerita orang senak perut terus di jaja... Utusan meloya menjadi tok dalangnya...peliknya ramai pulak tolong palu gendang... TGHH dan Mat Sabu terpaksa buang masa nak tangkis serangan... Harap tak de lagi orang senak perut dalam PAS terutama di Selangor.

PR punyai senjata hebat yg boleh meleburkan umNO! Ia disambut oleh orang umNO sendiri dan rakan Barisannya... MP Kalabakan dan pemuda MCA paling baru... Isu lembu sangat digeruni oleh umNO! Pendedahan PKR cukup menyenakkan perut dan memecahkan kepala umNO...Tiba tiba ada pulak orang senak perut dalam PAS yang buat kenyataan bodoh . Kenyataan yang tak perlu dihebahkan. Ia adalah hasil mesyuarat...bagaimana orang macam Saari Sungip yg dikatakan hebat memimpin JIM dan karya usrah yg dikagumi boleh bertindak sebodoh ini.

Apakah beliau tidak sabar dalam membalas tindakan Hasan Ali memecatnya dari jawatan ketua Penerangan dulu. Apakah beliau tak boleh bersabar hingga menunggu PRU 13? Atas alasan apapun , kenyataan beliau adalah sangat tidak perlu, tidak menguntungkan parti, malah memberi senjata kepada musuh dan menyusahkan kepimpinan PAS pusat! Buktinya dilihat kini.... Di saat umNO terkial kial mencari alasan dan senjata baru untuk mengalihkan isu lembu yang boleh merobohkan kondominium umNO, Isu Hasan Ali yang dilontarakan oleh penulis Utusan berkaitan anugerah sultan Selangor bersambung lidah dengan kerja sia sia Saari...

Hassan Ali bukan nama yang sangat penting dalam PAS . Ia diangkat menjadi nama besar di atas beberapa isu...samada isu yang dilakukan sendiri kerana kejahilan politik atau yang disandangkan ke atasnya. Hasan Ali mungkin popular sebagai pakar motivasi, tapi bukan pakar politik. Hasan Ali mungkin nama besar dalam negara tetapi bukan nama besar dalam PAS. Beliau orang yg muncul di saat kemuncak dan terus berada di puncak. Kesungguhannya berdiri mempertahankan Islam menurut pandangannya meneruskan popularitinya... itu sahaja!

Bagaimana orang PAS sendiri boleh menjadikan faktor Hasan Ali sebagai isu media.. Besar sangatkah Hasan Ali di sisi mereka??? Atau ada perkara terasing antara mereka yang belum selesai lantas diajak penyokong PAS lain dan PR untuk menumpukan kepada isu yang sia sia ini! Jika PAS Selangor atau pemimpin mereka ada masalah sesama mereka...selesaikan secara adab berjamaah Islam... mengikut model PAS bukan jamaah lain yang di serap ke dalam PAS!

Sekarang masanya menyerang, Bukan bertahan lagi! Sesuatu yang sangat bodoh apabila kita mencipta peluru untuk musuh lalu terus bersilat menunjukkan kemahiran kononnya pandai bertahan... Yang susah ialah pemimpin PAS pusat. Mengapa terlalu banyak isu yang boleh membunuh umNO dibiarkan terus berlalu? Isu Seks Lek yang terus angkuh menghina Islam, Lembu Shahrizat yang turut dibenci umNO, isu FELDA yang membabitkan masa depan orang Melayu, akta perhimpunan aman... bla...bla.... bla... Malangnya isu yang jadi peluru menyerang musuh diabaikan, sebaliknya memberi peluru kepada musuh yang sememangnya banyak senjata... Media adalah senjata mereka!!
 Apakah umNO bijak atau kita yang bodoh???