Memaparkan catatan dengan label SEMBANG SEMASA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label SEMBANG SEMASA. Papar semua catatan

Rabu, 18 Mac 2009

DUA BUKIT BATU NISAN umNO



Gambar email dari Jeejoon sufi-Terima kasih.

Pilihanraya Bkt Gantang semakin hampir. Berbagai gambaran dan perancangan sedang menanti. Seperti biasa Bn telah mengumunkan calon mereka. Khabar terdekat menyatakan bahawa calon tersebut bukan pilihan.
Calon yang tak dicalonkan ialah timbalan ketua Bahagian Bkt Gantang. Dikhabarkan beliau telah mula berkempen sejak awal lagi. Khabarnya juga telah menyebarkan resume kepada kawasan. Demikianlah bersungguhnya dan yakinnya beliau bakal calon Bkt Gantang atau mungkin satu strategi.Pastinya beliau kecewa. Dimaklumkan bahawa beliau adalah pengikut Pak Lah dan regu Ketua Bahagian..ADUN Trong.

Calon yang diumumkan Najib adalah pilihannya. Beliau adalah bekas calon Ketua Bahagian yang dikalahkan oleh Rosli ADUN Trong. Cuba bayangkan apa perasaan Rosli andai Calon itu menjadi MP sedangkan beliau hanya ADUN di bawahnya. Saya tak fikir BN akan menang. Cuma bayangkan situasi itu,. Apa sebenarnya perancangan Najib atau sengaja mewujudkan situasi sedemikian. Mungkin Najib lebih memikirkan masa depan politiknya dari Bkt Gantang. Daripada dapat kepada orang Pak Lah biarlah kalah..agaknya....

Dalam beberapa siri tugasan kempen saya di Bkt gantang yang biasanya diakhiri dengan minum selepas 12 malam di kedai sekitar dapat meneliti sembang juru kempen BN lebih membincangkan nasib perwakilan mereka dari nasib di Bkt Gantang. Itulah hakikatnya.Mungkin bagi mereka kempen perwakilan akan menghasilkan FULUS berbandng kempen Bkt Gantang. Saya juga bertemu Isa Samad di Medan Gopeng dengan gerombolannya. Entahlah berkempen bkt Gantang atau berkempen untuk jawatan yang ditandinginya.

Keadaan yang berlaku memberi kelebihan kepada PAS dan PR namun matlamat PAS dan PR bukanlah menang tetapi pukulan maut untuk umNo yang akan menyelesaikan Perhimpunan agongnya. Andai PR berjaya memberi pukulan Maut untk umNo di Bkt Gantang, saya yakin semangat yang mungkin dipulihkan dengan Fulus di Perhimpunan Agong mereka akan turut berkubur untuk 2 tahun akan datang.Yang pasti perwakilan umNo sedikit kerugian dengan pengantungan Ali Rustam dari bertanding. Ia mengurangkan saingan nilaian RM. Pengikut Ali pula akan cuba direbut oleh calon yang masih bertahan. Hakikatnya ...mereka akan terus berpecah...

Bukit Gantang? mungkin medan menunjukkan kehebatan masing masing dari menarik perhatian perwakilan selain medan mengumpan perwakilan...apapun...petugas PR mestilah terus bekerja untuk memastikan BENCANA DARI BUKIT akan menenggelamkan umNO. Kalau Bukit Selambau juga memberi pukulan maut untuk BN...pastinya dua bukit itu akan menjadi DUA BATU NISAN umNO dan BN selamanya.

Jumaat, 12 Disember 2008

RENUNGAN

BN Perak tak pernah mengaku mereka kehilangan kerajaan. Tajol Rosli pernah berkurung beberapa hari di kediaman rasmi. Beberapa bulan bermimpi akan kembali menerajui Perak, namun semuanya hampa kerana mimpi tinggal mimpi. Tinggal Tajol Rosli, Raja Ahmad, Zamri yang berkokok di Dewan undangan negeri.

Mimpi tetap mimpi. Namun dalam mimpi ada jalan cerita. Kadang kadang jalan ceritanya lojik dan boleh dilaksanakan.Apatah lagi dengan duit semua mimpi boleh dibeli menjadi realiti. Itu keyakinan mereka. Perancangan Allah mungkin berbeza kerana Allah mampu dan berkuasa menolong hambanya. Persoalannya adakah hambanya sedang mengadu kepadanya??

Rabu, 26 November 2008

BOLASEPAK PERAK


Musim bolasepak Malaysia bakal bermula lagi. Perak antara negeri yang agak lewat membentuk pasukan. Semuanya gara gara mainan politik BN. Sukar bagi mereka melepaskan PFA. Semua mengakui dan menyedari betapa pengaruh bolasepak dalam politik masyarakat dan betapa pengaruh politik dalam masyarakat Malaysia kini.

Khairy Jamaludin antara orang yang meyedari pentingnya bolasepak. Bermula dengan Myteam, kini Khairy berada di jalan puncak FAM. Paling tidak Khairy mempunyai tempat untuk berdamping dengan anak muda.

Sejarah bolasepak Perak seperti Yoyo. Saya hanya mengenal Bolasepak Perak awal 90an. Ketika itu M Karathu adalah jurulatihnya. Masih semi Pro. Antara nama besar bolasepak Perak ketika itu iala Azizul Abu Hanifah arkitek kebangsaan selain pemain import Aung ning dan Kwi Lin dari Burma dan seorang pertahanan dari Korea Selatan.

Kebetulan pengurusan baru PFA di bawah pimpinan Datuk Seri Ir Nizar Jamaludin memilih Karathu mengemudi pasukan Perak. Difahamkan antara punca Karathu meninggalkan Perak suatu ketika dulu ialah rasuah dan campurtangan Raja Ahmad sebagi Pengurus pasukan. Karier Azizul juga musnah lantaran Rasuah. Malah penyakit rasuah bolasepak adalah antara isu yang menenggelamkan pasukan negara. Beberapa bulan sebelum berakhir piala Malaysia, isu rasuah bolasepak kembali menghantui negara. Ianya belum berakhir.. Namun apalah peliknya... Bolasepak dikendalikan oleh pemimpin UMNO yang memang bagai isi dan kuku dengan rasuah... buktinya... pemilihan UMNO sendiri.. Diakui oleh TPM betapa rasuah (politik wang) dalam UMNO sukar dibenteras.

Pengurusan baru bolasepak Perak memberi harapan buat warga Perak. Keyakinan terhadap kepimpinan Datuk Seri MB sangat tinggi.Perak memang tidak pernah tandus pemain Profesional. Banyak nama besar telah dilahirkan sejak dulu hingga kini. Namun yang peliknya di saat harapan terhadap tahap pemain yang begitu tinggi,pasukan Perak kalah... tentu ada yang tak kena... dan bisik bisik disekeliling pemain ianya berpunca dari rasuah, buka diatur pemain tetapi pengurusan. Jika benar ianya satu PENGKHIANATAN terhadap Penyokong Perak.

Kita nantikan pengurusan baru. Dengan pemain baru, pengurus baru dan serba serbi baru termasuk harapan dari rakyat juga baru.Moga langkah Perak lebih bergaya musim ini dengan KERAJAAN PAKATAN RAKYAT yang jua masih baru!

Rabu, 19 November 2008

BIOR PAPE ASE BERGAYE II.


Antara yang menggamatkan DUN Perak baru baru ni ialah PASAL kereta PROTON PERDANA. Kereta nasional Malaysia. Banyak juga cerita PASAL lain lain hal. Tetapi boleh dikatakan semua cerita tu cerita yang tak de PASAL dan sengaja nak cari PASAL. Entahlah … inilah sikap wakil BN. Isu rakyat seperti ISA depa lari masa nak ngundi. Tak payahlah saya nak ulas semua cerita…nanti Nampak nak mempengaruhi plak. Secara jujurnya carilah rakaman dan buat penilain sendiri. Bukan pada lagak dan gegak gempita gaye… tetapi isu apa yang dibincangkan.. Isu rakyat atau isu geram kat Kerajaan Pakatan Rakyat?

Tajol Rosli Nampak bersungguh mempertahankan kereta Nasional tu. Nilaian wang kerajaan negeri bukan pertimbangan. Yang penting kereta tu buatan Malaysia. Di buat di Tanjong Malim dalam negeri Perak katanya. Kalau Perak tak pakai siapa lagi nak pakai??? Itu antara hujahnya. Exco Perak, Nga Kor Meng telah membentangkan nilaian kerugian ditanggung kerajaan negeri kerana PERDANA. Dibuat bandingan dengan jangkaan nilai jika menggunakan kereta Toyota Camry.( Rujuk Harakah terbaru). Semua itu bukan hujjah bagi Tajol dan rakan BN nya. Yang penting kereta Nasional!!!

Secara peribadi seakan dirasakan Tajol paling layak menjadi MB Perak kerana menjiwai budaya Perak yang popular…. Orang Parit tentu bangga dengan Tajol kerana mereka tahu sangat dengan pepatah orang Perak “ BIOR PAPE ASE BERGAYE, BUKAN GHRETE KITE, GHRETE PAK MERTUE. (Biar papa asal bergaya, bukan harta kita, harta bapak mertua)…. Tapi yang Tajol nak bawak lari (beli murah) Mercedes rasmi MB tu apeke hal plak……..???

Selasa, 14 Oktober 2008

MASA UNTUK BEKERJA

DSAI hari ini menyatakan sasaran beliau kini ialah menumpukan ekonomi negara. Tiada lagi usul undi tidak percaya kepada Perdana Menteri Malaysia. Mimpi lompat tiada lagi. Harapan rakyat kini terhenti. Pastinya isu yang sedikit sebanyak menggugat perpaduan ahli dan pimpinan PAS sepatutnya selesai. Kenyataan TGHH sewaktu muktamar bahawa beliau tidak mahu menjadi Mat jenin ternyata tepat. Pandangan Datuk Mustapha Ali yang mencetuskan perselisihan terbuka dalam PAS juga terpaksa diakui.



Bukan tujuan mengungkit, namun mengharapkan kita kembali berada di landasan perjuangan yang berpijak di bumi nyata. Hampir semua program dalaman parti yang membuat post mortem biasanya menekankan agar kita tidak mengharapkan kemenangan dari kelemahan musuh sebaliknya kekuatan sendiri. Samada persoalan lompat parti itu bermaruah atau tidak , kini bukan persoalan lagi. PR perlu terus bekerja kuat dan memastikan perpaduan dalaman dikukuhkan. Selain itu startegi sepatutnya ditumpukan bagi meyakinkan rakyat terhadap kepimpinan kerajaan PR. Isu isu sensitif sepatutnya ditangani secara bijak. Perpecahan atau perselisihan dalaman sesama parti anggota PR atau dalam parti parti yang menganggotai PR sepatutnya selesai di meja rundingan bukan di media massa atau di blog atau sebarang media.

Umum mengakui isu 16 september mampu menggoncang kerajaan BN walaupun asas tarikh untuk perubahan itu agak longgar. Setelah 16 september isu itu seakan mati namun sedikit sebanyak kepercayaan rakyat juga mula longgar kepada PR khususnya dsai. Saya pasti akan ada yang menafikan kenyataan ini, namun teori yang lahir dari harapan dan angan angan tak mampu memadamkan realiti di rasai rakyat bawahan. Rakyat yang meletakkan harapan tinggi terhadap perubahan pada tarikh itu, khususnya setelah kenaikan mendadak minyak pastinya kecewa. Ada yang bersikap menaruh harapan baru , ada yang terus tunggu dan lihat dan ada yang mula kecewa dan mengangap tertipu. Bagi yang bersifat terbuka dan memahami itu sebahagian strategi Bijak DSAI hanya ketawa dengan kebimbangan yang ditunjukkan BN.

Diharapkan jangan ada pihak yang terlalu mengharap dan beriman dengan tarikh perubahan tersebut sehingga tidak rela ditegur atau dikritik menyalahkan pihak pihak yang tidak yakin sebelum ini. Jangan dituduh bahawa ada pihak dalaman PR sendiri yang menggagalkan rancangan tersebut untuk menyelamatkan UMNO. JANGAN! JANGAN! JANGAN!. Anggaplah strategi DSAI itu berjaya kerana sekurang kurangnya BN turut berpecah. MPnya terpaksa dilarikan. Banyak masa dihabiskan untuk memastikan MP Sabah tak lompat parti. khabarnya apa sahaja yang diminta oleh kerajaan Sabah ditunaikan...Rakyat Sabah paling beruntung dengan isu itu.... atau pemimpin Sabah yang paling beruntung kerana pengaliran kewangan negara yang banyak mungkin tidak meleleh kepada rakyat. Yang pasti 16 september menjadi tarikh yang diberi perhatian oleh kerajaan pusat untuk disambut selepas ini sebagi tarikh penubuhan Malaysia. tidakkah itu kejayaan???

Apa yang penting semua ahli dan pendokong PR mesti bekerja untuk mengambil alih kerajaan dalam pilihanraya akan datang. Jangan mengharap jalan mudah dengan menanti orang lompat parti. Kenyataan pemimpin DAP bahawa lompat itu sesuatu yang tak bermaruah adalah isyarat yang mesti diberi perhatian. Bukan disudut jadi atau tidak tetapi menggesa kita bekerja keras. Menanti tarikh baru dengan jalan pintas menjadikan kebanyakan kita terus leka dari bekerja. Lebih malang menghabiskan masa berhujjah SESAMA SENDIRI samaAda JADI ATAU TIDAK 16 SEPTEMBER? Saya yakin ramai yang letih memberi ramalan jadi atau tidak perubahan tersebut. Kalau diperingkat kawasan pun kita dah dijadikan sasaran membuat ramalan,, saya yakin peringkat negeri dan pusat lebih lagi... Yang pasti telah ramai melahirkan pakar ramal dikalangan kita. Apa yang saya tahu ramalan semata mata tidak menghasilkan kerja!!!

SEKALI LAGI DIINGATKAN...JANGAN MENYALAHKAN KEGAGALAN INI KERANA ADA PIHAK YANG TIDAK MEMBANTU MENJAYAKANNYA SEBALIKNYA MEMBANTU MUSUH! JANGAN ! JANGAN ! JANGAN!

Empat tanda kebinasaan "Hati yang keras, Mata yang beku (tak mengalirkan air mata menyesal dosa), Rakus dan PANJANG ANGAN ANGAN. - Alhadith.

Kini PR perlu kehadapan. Jangan biarkan pendokong hanya menanti tarikh baru untuk perubahan. Kita perlu kehadapan. Rancang strategi menawan hati rakyat. Rakyat kini perlu menjadi perhatian! setiap parti dalam PR mesti mengukuhkan perpaduan. Jangan menghabiskan berbalah dan mencabar sesama sendiri untuk sesuatu yang tak pasti. Paling penting! kerajaan yang kita kuasai benar benar berbeza dari kerajaan BN sebelum ini. Jangan ulangi kesilapan Bn yang menyebabkan rakyat benci. Kita menang kerana kebencian rakyat terhadap BN bukan hanya kekuatan sendiri. Kalau kita jua dibenci... pastinya kita juga kehilangan kuasa seperti BN dikalahkan.Pastikan pemimpin tidak menyeleweng, kebajikan rakyat diberi perhatian..bla..bla...bla... untuk pemimpin... bagi kita pastikan menjadi tenaga kerja kepada kerajaan memperbaiki kelemahan dan menegur kesalahan... BUKAN MENGUMPUL KEKAYAAN!!!

Isnin, 4 Ogos 2008

SUKARNYA KEMENANGAN



Beberapa hari saya cuba memerhati reaksi pendokong PAS. agak reda sikit selepas JK PAS Pusat Bermesyuarat. Namun rupenye riak itu hanya sementara dan pastinya gema sebenar akan berlaku dalam Muktamar PAS Pusat.

Membaca tulisan NIk Abduh menjadikan jiwa tenang dan damai. Andai begitulah semua kefahaman dan bentuk berfikir pendokong PAS. Sehingga kini saya masih menjaja tulisan Nik Abduh yang ditulis sebelum lagi majlis Syuro bermesyuarat. Menjernihkan keadaan malah menjelaskan hala tuju perjuangan disamping mengingatkan realiti yang sedang menguliti parti.

Tadi saya terbaca pula tulisan Roslan SMS. Semakin resah hati ini. Bagaimana cerita mesyuarat JK PAS Pusat sampai ke tangan Jocelin. Apa yang saya paham ada tangan dalam menghulur berita ke luar. itu yang saya faham... Entahlah kalau saya yang tak paham atau salah paham.

Sememangnya benar ujian kala kemenangan lebih sukar dari mendaki kemenangan. Kalaulah benar apa yang saya paham...jelas PAS telah terlepas saring orang yang tak ditarbiah ke JK PAS PUsat. Sememangnya kita akui kepimpinan PAS ramai yang hebat, namun kadang kadang kita terlupa bahawa Kehebatan jiwa adalah kunci kemenangan kita. Membaca Wasilah yang dibeli hari ini.. tersentak jiwa saya bila membaca sumpah Timb Presiden bahawa beliau tak pernah bertemu Najib di London. Mengapa sampai begini???? Pastinya beliau dah tak tertahan dengan tuduhan melampau terhadapnya.... sebahagiannya dari dalam kepimpinan parti. Buktinya???? Lihat saje beberapa tulisan di blog dan kenyataan terbuka. Di peringkat bawah suara menuntut Timb Presiden meletak jawatan agak keterlaluan. Saya tak fikir ianya bertahan melainkan ada dalang berpengaruh di belakang.

Sebagai ahli di peringkat bawah sewajarnya kita wala dan tsiqah kepada kepimpinan tertinggi parti. Kini tiupan angin perubahan tanpa keperluan terus ditiupkan??? Oleh siapa dan ape agendanya??????

Isnin, 7 Januari 2008

SEKOLAH 2008

soalnya bukan masalah mampu atau tak! tapi cakap berbelit.... itu tipu rakyat namanya...
itu antara komen awal tahun bila isu yuran sekolah dibincangkan. Pengumunan PM dalam belanjawan negara yang disiarkan secara langsung melegakan banyak pihak. namun realiti awal tahun memedihkan banyak pihak terutama ibu bapa yang mempunyai ramai tangungan anak di sekolah. Penghapusan yuran turut dicanangkan oleh menteri pelajaran di persidangan antarabangsa ketika malaysia dilantik menduduki kerusi pendidikan antarabangsa negara komanwel. Buktikesungguhan keprihatinan kerajaan terhadappendidikan rakyat. Namun hakikatnya bukan yuran berkurangan tetapi diganti dengan yuran lain yang lebih membebankan. Media memaparkan keluhan rakyat. Pelbagai pihak menyuarakan bantahan kepada pihak sekolah terutama PIBG. Namun kurang diketengahkan bahawa sebenarnya bayaran yang ditetapkan oleh kerajaan melalui pakej A, B dan C juga telah naik berganda. Menteri mula mengelabah dan mengeluarkan kenyatan yang berbelit. Siapa yang tak mampu bayar tak payah bayar, boleh memohon pengecualian, bukan kena bayar sekaligus, boleh beransur dan macam macam lagi. Siapa yang akan menentukan layak atau tidak. mampu bayar atau tidak beransur berapa lama dan pelbagai perkara yang menjadikan semuanya kusut masai. tali yang ingin dileraikan semakin kusut. Semuanya kerana pilihanraya yang begitu hampir...
namun kemarahan sebenarnya bermula apabila pengumuman yuran dimansuhkan!!!!apa tujuan dibuat???? ingin mengula rakyat???? sekarang siapa yang terjerat.... rakan saya yang hanya kerja kampung menyindir...kenapa menteri bercakap macam budak budak.??? sampai suruh minta balik yuran kalau tak mau bayar???? sebenarnya terlalu banyak isu yang semakin kusut dalam negara...menguji tahap sensitiviti rakyat terhadap masa depan mereka ..andai terus hangat hangat taik ayam...percayalah...... selepas pilihanraya segalanya akan lebih menyiksakan.... NASIB ENGKAU LA BELALANG!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!