Memaparkan catatan dengan label saje saje. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label saje saje. Papar semua catatan

Rabu, 20 Oktober 2010

POKOK BERGOYANG..TANDA MONYET SEDANG BERGADUH...

Persidangan umnO kali ni banyak bahan.... rupe pencacai umNO kian terserlah... orang kampung yang masih mengharap umNO pejuang dan pembela melayu harap tak lagi tertipu...jangalah bodoh piang kata orang kedah.... sampai pekak badak ...

Apa kata Khairy...ketuanan melayu perlu ditukar kepada kepimpinan melayu...itu suara ketua pemuda. ketua wanitua plak kata..ketuanan melayu dah tak relevan..ganti dengan kemuliaan melayu... puteri belum kata lagi..tengah berdandan kut... pilih pewarna rambut...kan dah murahhh

Kenyataan kedua dua sayap parti itu tanda mereka dah seiring dengan bos mereka dalam satu Malaysia. Yang tinggal terhegeh hegeh dengan semangat melayunya ialah Muhyidin Yasin... Muhyidin tahu dia tak boleh idup tanpa melayu.... maklumle... lahir kat negeri kelahiran umNO..

apapun ...mari k,ite ikuti gelombang dan ribut taufan perhimpunan agong umno... surat khabar pastinya tidak melaporkan kekalutan itu... namun bagi yang mengerti... pokok yang bergoyang tandanya monyet sedang bergaduhhhh...tak percaya??? jenguk le ke dalam rimbunan pokok itu... bemadah le pulak kau ni...

Khamis, 7 Oktober 2010

MOH KITE NENGOK WAYANG DEME

Galas jangan tak Galas... banyak benda yang umNO kena galas... Janji yang tak tertunai antara yang dia kena galas...geli ati ku nak dengor janji baru deme kat galas ni... Jambatan kat Manek Urai belum buat lagi...

Aku ingat kali ni mungkin deme nak janji buat sungai plak kut...ataupun mendirikan jambatan emas atau menara berkembar. Apa pesen punya pilihanrya kat Malaysia ni... kata SPR tak boleh rasuah masa Pilihanraya...tetapi bagi umNO buat projek tidak termasuk dalam rasuah Pilihanraya...

Kita tengok plak apa wayang yang dimainkan dalam Pilihanraya ni? Rakyat sedang menyaksikan aksi SPR, Polis dan pelbagai agensi kerajaan lain termasuk IPT yang pastinya menghantar agen menyiasat anak muda yang akan diseret kerana berpolitik...

Satu bende aje aku nak ingatkan kat semua yang salah guna kuasa nak bela umNO...jadi barua dan balaci umNo dengan jawatan kerajaan hasil wang rakyat... satu hari kamu akan jatuh atau bersara... belajar lah dari Musa Hasan... dia sedang menunggu giliran... ... kamu sama...

Ahad, 26 September 2010

BAWAK LE BERTOBAT..

Baru baru ni kartunis terkenal Zunar telah diheret polis ke balai gara gara kartun. Semua tahu bukan polis yang takut kartun tu... bukan apa pun... Yang takut ialah umNO.

Punya le teruknya spesis yang nak jahannam ni...sampai kartun pun takut... Aku tak heran le jika takut hantu tantuya... sebab sami cina dah semua sokong Pakatan Rakyat...tak de orang nak tampal stiker kat hantu tantuya tu... Tapi kalau dengan kartun pun takut...apa punya teruk daaaa..

Semakin umNO nazak semakin umNO menendang kiri kanan. Hari tu habis pegawai kerajaan termasuk guru ditukor... tak pasal pasal menyusahkan orang... dengornya dah reda... Tak de lagi deme kacau kakitangan kerajaan...

Mungkin deme dah pikir...lepas bersara aku pun belum tentu nak sokong BN. Aku ingat kisah sorang bekas pengarah (kalau tak silap bekas pengarah Pendidikan) yang istihar sokong PAS masa PR memerintah Perak... Kalau pengarah pun sokong PAS aku rase ramai lagi guru guru yang sokong PAS...

Pegawai lain pun sama...masa aku pegi idup roadtax..pegawai JPJ tegur aku pasal pakai topi dengan lambang PAS...aku ingat dia marah..rupenye siap nak minta lagi...aku kata kalau nak kena tukor ke Sarawak ambil le,....

umNo tengah ni menendang kiri kanan... mungkin sebelum menghembus nafas terakhir... ade lagi ke yang nak cium bontot umNo ni??? Bawak bawak le bertobat.. macam lagu indon tu... TOMAT...

Khamis, 23 September 2010

GILA APA????

Nak kata Mat Jenin namanya Abd Rahim. Nak kata panjat kelapa kerjanya berniaga. Tapi perangainya macam orang gila. Mat Jenin pun akan kata gila kalau dengar cerita ni. Ada ke patut bagi orang cek yang tak ade duit. Malah duit pun belum ada lagi...

Baru cadang nak minta kerja tapi dah bagi cek hantaran nak pinang anak dara tauke 10 juta. Kalau tauke nak bagi kerja pun tak jadi bagi sebab tengokkan perangai sewel bakal menantu. Kerja pun harap Kerajaan negeri bagi..nak bagi pulak duit derma... ha..ha..ha..

Kalau masa Pak Man telo kena tangkap dulu, memang banyak orang macam ni yang kita jumpa. Bawa basikal nak isi minyak. Tak tahu la kalau Abd Rahman ni memang spesis tinggalan yang tak sempat bawak basikal ke stesyen petrol nak isi minyak dulu. Wayar dia hanya genting je... baru sekarang putusnya..

Namun kenyataan berterus terang Bendul sekor ni bahawa dia memang tak de duit sebanyak 4 bilion dapat mencerdikkan orang yang bodo sekejap dengan cerita pemberian replika cek tu. Kalau ikut penjelasan kerajaan negeri, syarikat tu baru nak bentang proposal... baru tunjuk kat MB belum bawa mesyuarat lagi...dah ada cita cita nak sedekah duit berbilion kat orang...apa punya turrr.....

Lebih menarik bendul ni menjelaskan bahawa dia membatalkan hasrat nak membangunkan projek yang disebut tu... macam orang yang tak dapat kerja tiba tiba menyatakan hasrat nak berhenti kerja... dapat pun tak malah dah disenaraihitamkan pun... apa lagi nak batal hasrat...??

Pendedehan ini menjelaskan situasi sebenar perancangan jahat syarikat tersebut. Tak ada orang dalam dunia bagi cek kat orang sedangkan dia sendiri tak de duit. Kalau bagi cek tendang pun kena ada cek dulu... ni cek pun takde... macam ni punya orang pun ada ke???

Tiada istilah paling sesuai untuk orang seperti Bendul sekoq ni selain Gila apa????

Isnin, 20 September 2010

TOYOL LEPAS RAYA...

Mungkin ini kesan cerita hantu sempena raya... Kisah toyol yang ditangkap di Lunas berjaya meredakan kebimbangan sebahagian penduduk sekitar... Bukan senang nak tangkap toyol...kata orang kena tabur kacang hijau... tapi toyol moden dah pandai... mungkin kerana bercuti lama sempena puasa ...toyol ni dah hilang skill...

LUNAS - Seorang remaja berusia 14 tahun yang sebelum ini digelar toyol ditangkap ketika cuba memasuki sebuah rumah di Taman Lobak sekitar jam 2 petang melalui bumbung. Penjenayah itu berjaya ditangkap ahli Pertubuhan Prihatin dan Kebaktian Masyarakat Kulim (PPKM) yang kebetulan membuat rondaan di sekitar kawasan itu.

Pengerusi PPKM, Khor Eng Khim berkata, sejak beberapa bulan lalu penduduk di sekitar taman itu sering mengadu mereka sering kehilangan barang dan rumah dicerobohi tetapi tidak berjaya menangkap penjenayah berkenaan.

Selain Taman Lobak terdapat beberapa taman perumah lain berisiko terlibat dalam jenayah pecah rumah, ragut dan samun antaranya Taman Seroja. Menurutnya, tidak menafikan sehingga kini masih ada dalam kalangan penjenayah terlibat dalam kes seumpama itu berjaya melepaskan diri. PPKM bersama polis akan memantau permasalahan berlaku di sekitar taman perumahan untuk memastikan kejadian seumpama ini dapat dibanteras.

Sehingga kini, PPKM berjaya menangkap beberapa penjenayah terlibat dalam kegiatan itu dan akan terus membuat rondaan selama 24 jam bagi mencegah perlakuan jenayah seumpama ini daripada terus berlaku.

Selain itu, PPKM akan bekerjasama dengan polis membendung kegiatan ini.(sinar harian)

Ahad, 22 Ogos 2010

TAHNIAH! PASUKAN KHAS...

Punya le banyak kes jenayah yang tak selesai. Punya le banyak masalah yang tak ketahuan punca, polis buat macam dek aje... tetiba bile kes umNO yang lapor polis jadi macam sawan babi. Datuk Ayob yang jadi ketua Polis Pulau Pinang ni kalau tak silap bekas ketua polis trengganu masa kes budak kena tembak polis di Kuala Trengganu. Dalam kes umNo yang orang terlibat dah beri penjelasan, ketua polis terpaksa tubuh pasukan khas. baca

Ustaz Zakaria Ahmad telah buat penjelasan bahawa ia bukan perkara baru dan beliau hanya mendoakan agar Guan Eng di beri hidayah Islam. Rasenye tak salah mana pun kerana Rasulullah pun pernah doa agar Allah memperkuatkan Islam dengan salah satu dari dua umar. ternyata doa Rasulullah agar salah satu Umar masuk Islam diterima Allah dan Umar Khattab masuk Islam. Tetapi dalam Malaysia ...doakan orang masuk Islam adalah satu hasutan yang boleh didenda rm 5000.

Yang jadikan aku pening ialah sikap ketua polis Pulau Pinang yang cepat sangat respon walaupun hanya dua laporan polis di buat dan kes dah di penghujung kerana yang didakwa telah mengaku dan beri penjelasan. Apa tujuan Ayob buat respon segera dan serius sebegitu? Nak intai jawatan ketua Polis negara ke.??? kalau pun tak layak, tetapi dengan mengampu bos...semuanya jadi layak.. Musa Hasan pun serupa juge..

Kalau lah polis bertindak segera dengan semua laporan kan ke bagus...malangnya hanya kes yang umNO bangkitkan aje yang dia respon. Kalau rakyat dah nak mampos pun dia buat tak tahu...kalau ambil peduli pun macam macam alasan.... Dah macam polis cerita Hindustan plak??? takkan tak pernah tengok kut????

Sabtu, 14 Ogos 2010

SAMBUNG JANGAN TAK SAMBUNG....

Sambung jangan tak sambung. Desas desus jawatan Ketua polis Negara akan disambung atas alasan tugas belum selesai terus bertiup. Musa hasan memang belum menyelesaikan tugasnya. Selagi DSAI tak duduk dalam, selagi itulah kerja Musa belum selesai. Jika DSAI dah masuk dalam tugas musa juga perlu disambung kerana menangani protes jalanan yang dijangka akan berlaku.

Tiada yang mampu melaksanakan tugas ini dengan berkesan dan tanpa hati perut melainkan Musa. Cuma Musa ni masalahnya cepat merajuk. Dia pernah merajuk dan ancam tak akan arah polis kejar penjenayah lagi ketika polis dikritik membunuh remaja bawah umur baru baru ini.

Banyak kes pembunuhan yang melibatkan polis belum selesai lagi dan sewajarnya Musa tak letak jawatan. Selagi Najib belum dibersihkan dari dikaitkan dengan Tantuya maka Musa juga belum selesai tugasnya... Mungkin hanya Malaikat maut yang akan memencenkan tugas Musa... walaupun tugasnya belum selesai..

EZZAM CEMBURU??


SejaK dulu saya menanti. Bila Ezaam akan mengaku diliwat oleh DSAI. Beliau adalah orang yang paling hampir dengan DSAI. Mungkin beliau adalah orang yang paling kerap bermalam sebilik dengan DSAI.Kalau nak dibandingkan dengan Syed Munawwar, Ezam jauh seribu kali ganda lebih Mantop dari Munawwar.

Kalau nak banding tempoh saipul yang hanya menjadi pembantu sementara DSAI dalam tempoh singkat dan sibuk, Ezam jauh lebih berpeluang menjadi mangsa DSAI. Setengah orang kata Ezam jauh lebih jambu dari Saipul....tapi kenapa la DSAI tak mahu kat Ezam. Apakah itu antara punca Ezam merajuk???

Bayangkan betapa lama Ezam menumpah kasih Buat DSAI. Sejak Timbalan Perdana Menteri malah sebelum dari itu lagi. Segala gaya dan gerak tari DSAI hampir semuanya ditiru Ezam. DSAI dalam penjara Ezam lah kononnya hero dipentas. Ezam disumbat dalam penjara kerana DSAI. Ezam menyimpan kemas 6 kotak rahsia yang dah lupa disimpan dimana. Tapi DSAI tak pernah balas cinta setia Ezam.

Kenapa Saipul budak hingusan??? kenapa Munawwar yang dah kerepot??? Ezam rasa tak dihargai. Kini Ezam beralih cinta dan dia cuba berlagak tahu semua tentang DSAI kerana paling rapat dengan DSAI,. Ibarat cinta tak kesampaian barangkali Ezam kini macam gila meroyan.

Ezam sedang mengamuk kiri kanan depan belakang. Ezam dah tak tahu malu. Ezam heret siapa yang dia rasa patut atau tak patut di heret. Ezam paksa Kak Wan sumpah.Semua tahu Ezam memang jenis sesumpah... Dia mahu semua orang sumpah. dah jadi macam Saipul..

Ezam dah macam gile meroyan. Dia akan balas dendam walau macam mana tanpa peduli akhlak dan adab Ramadhan... Saya menanti dan terus menanti..bile agaknya Ezam akan melepaskan bom terakhir beliau... Bile agaknya Ezam akan memilih untuk membuat kenyataan..

.Anuar juga pernah meliwat saya!!! beratus kali sejak saya jadi pembantu dan setiausaha politik dia. Dalam negara , luar negara, atas udara dan dalam lautan. Paling akhir dalam penjara. Saya sengaja masuk penjara agar anuar dapat meliwat saya. Supaya anuar tak meliwat orang lain. Dalam penjara beratus kali saya diliwat anuar walaupun penjara kami jauh, tapi anuar guna jarak jauh....

BILE YE???????

Jumaat, 9 Julai 2010

CONFIUS... SUSAHNYA BILE PUSAT DAN NEGERI TAK SAMA...

Seminar ESQ telah lama menjadi perhatian aku... cuma aku sendiri tak berkesempatan untuk mengikutinya. Minat memang ada tapi duit yang tak de...setakat masa boleh adjust punye... Terbaru ialah di Putrajaya.. Minat aku bukan kerana mahu mempelajari tetapi sekadar mahu mengetahui. Apa sebenarnya modul yang digunakan oleh Ary Ginanjar. Bermacam cerita aku dengar...

Pernah seorang sahabat mengajak aku menghadirinya di Penang, tetapi ketika itu memang ada urusan penting.... Apa yang menjadikan aku menulis pasal ESQ ialah bile baca kenyataan Tok Mufti aku yang juge rujukan Zambri. Sini

Beliau diberitakan mengulas tindakan Majlis Agama Wilayah Persekutuan yang mengharamkan modul tersebut. Mufti Perak kata Majlis Fatwa dah kaji dah buat keputusan tak salah.. Persoalannya Mufti wilayah tak de ke dalam Jawatankuasa itu atau sekurang kurangnya tak diberitahu. Kalau telah diberitahu kenapa tindakan sebaliknya diambil? Apakah Wilayah tidak setuju dengan Jawatankuasa Fatwa pusat???

Inilah susahnya bile negeri tak selaras dengan pusat..ingatkan politik je yang jadi susuah bila tak sama dengan pusat... Majlis agama pun sama... sedangkan Wilayah dinaungi oleh Yangi Dipertuan Agong yang juga menguasai agama di Pusat.... confius...confius....

Harap ade kenyataan yang lebih meyakinkan dari pihak berkuasa...aku tak berapa yakin dengan Harusani ni..... sejak isu insuran nyawa dulu aku tak pernah ambil bulat bulat kenyataan mufti negeri aku ni...

Isnin, 5 Julai 2010

16 OSTAD DAN 24 QARIN....

Mana pegi kisah ostad muda yang bising bising dikatakan 40 orang yang masuk umNO. Bila ada ulama muda yang menyanggah dan mendedahkan mereka tertipu... ostad muda ni bukan main marah... tapi bila dicabar kembali senyap tak berbunyi....

Di dedahkan juga bahawa angka 40 itu masih dipertikaikan dari 100 yang entah tercicir dimana seramai 60 orang lagi. Buat masa ini dikatakan hanya 16 sahaja yang hadir dalam majlis tu.. Siapa lagi 24 orang tu entah le... apakah ostad ni pakai Qarin dan turut sama isi borang masuk umNO. Atau mereka ini kire bayang sekali... apa ni..??

Bagi saya buat masa ini kita berhak mengatakan bahawa angka 40 itu adalah angka sasaran atau target... mungkin juga angka mengigau nak bagi sah jumaat. Atau dalam kata lain angka itu adalah angka TIPU! takkan Ostad muda pun tipu juga??? dalam umNO jangankan ostad Muda.. Ostad dah Otai macam Nakahei dan Yusop NOOOO pun boleh jadi...

Setakat ni hanya 16 orang yang menyertai umNO dari 40 yang dikurangkan dari 100 tu... Anggaplah angka 40 itu BOHONG hingga ada senarai dikeluarkan oleh mereka....

PERDANA MENTARI YANG TAKUT DENGAN PELARIAN...

Takut betul Najib ngan Raja Petra sampai suruh orang jangan percaya.. Tak sangka seorang pelarian macam Raja Petra ditakuti oleh seorang Perdana Mentari. Tak cukup serah kerja kepada orang bawahnya... Najib sendiri terpaksa jawab setelah balaci balacinya gagal melakukan tugas mudah menutup mulut Raja Petra.

Apa yang ditakut sangat dengan Raja Petra. Dia bukan nak jadi Perdana Menteri pun.... Kalau dia nak jadi Perdana Menteri pun orang takkan sokong... Apa yang ditakuti oleh Najib yang ada pada Raja Petra hanya cerita Al Tantuya. Hantu Tantuya yang dibawa Raja Petra ke mana dia pergi adalah hantu yang membayangi lena Najib.

Rupenye tak susah nak takutkan Perdana Mentari... BACALAH SENDIRI

Ahad, 4 Julai 2010

SHAHRIZAT TERTINGGAL KAPAL...


MACHANG - Kerajaan Negeri gagal dan cuai dalam merancang serta menjaga kebajikan rakyat Kelantan sekali gus membuktikan negeri berkebajikan hanyalah gimik semata-mata. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, indeks kemiskinan tegar dan miskin semakin meningkat di Kelantan namun tidak ditangani dengan baik. Katanya, tahap kemiskinan di Kelantan membimbangkan dan Kerajaan Persekutuan mengambil pelbagai langkah bagi membasmi masalah tersebut termasuk memperuntukkan sebanyak RM 30.7 Juta bagi membantu golongan tersebut sejak awal tahun ini. “Ramai rakyat Kelantan yang terpaksa merantau ke negeri-negeri maju bagi mencari rezeki membela nasib keluarga mereka namun apa usaha yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri sedangkan mereka melaung-laungkan Negeri Berkebajikan?. “ Melalui bantuan dan Program 1 Azam, Kerajaan Persekutuanberjaya mengurangkan golongan miskin tegar kepada 845 keluarga daripada 3,507 keluarga di Kelantan. Indeks menunjukkan seramai 3,507 keluarga miskin tegar dan 6,003 keluarga miskin di Kelantan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Machang 2010 di sini, semalam. Turut Hadir pada Majlis tersebut Ketua UMNO Bahagian Machang, Datuk Ahmad Jazlan Datuk Yaakub. Pada Majlis yang sama, Pergerakan Wanita UMNO turut meraikan 17 veteran Wanita yang banyak berbakti kepada bahagian Machang. Shahrizat berkata , bagi jajahan Machang, Kerajaan Persekutuan memperuntukkan lebih RM500,000 sebulan berbanding Kerajaan Negeri yang mengagihkan RM38,000 sebulan kepada lebih 1,000 penerima di sini. Katanya, selain memberi bantuan secara tetap, kerajaan juga melaksanakan ‘Program 1 Azam’ kepada golongan miskin tegar terhadap peluang ekonomi bagi meningkatkan pendapatan.

Itu laporan yang aku baca dari Sinar Harian. Walaupun aku bukan beriman dengan laporan jenis fasiq ni, tetapi aku yakin jika berita umNO jarang sangat salah... Cerita dan bahab jaja Shahrizat ni aku biasa dengar masa mula mula kerajaan PAS perintah Kelantan... Kelantan miskin... Kelantan takde beras... kelantan tak de pembangunan dan bla..bla.. lagi... Hasilnya ramai yang Ke Kelantan bawa beras malu sendiri...

Waktu kawan aku dari Kelantan pertama kali sampai Ipoh aku bawa melawat Bandaraya Ipoh... dia tanye.. mane bandarnye... Punye la malu aku nak bandingkan dengan Kota Bharu... Aku pun tak tahu nak tunjuk kat mana... baru ni la ade bandar baru yang boleh aku angkat kepala sikit...tapi nak lawan ngan Kota Bharu masih aku malu kerana status Bandaraya Ipoh.

Aku ingat Shahrizat yang dah bertahun jadi Menteri boleh cerdik sikit... rupenye sama standart ngan Shafie Apdal yang tah ape ape... Mungkin Shahrizat yang semakin tenggelam dengan kekalutan umNo memulihkan sokongan rakyat. Rakyat Kelantan termasuk umNO tentu rase diperbodohkan oleh Shahrizat. Mungkin juge Shahrizat diperbodohkan oleh pemimpin umNo yang bawa Shahrizat melawat kawasan miskin tepi sungai yang menjadi penyokong tegar umNO... kesian.. tak tahu siapa yang tipu dan menipu... yang pasti Shahrizat dah tertinggal kapal

Rabu, 30 Jun 2010

LALAT TAIK CIUM BUNGA

Ketua geng bebas hari ini mendedahkan tentang pertemuan Datuk Zaid Ibrahin dengan Raja Petra di London.menurutnya pertemuan itu di sebuah hotel yang disewa bersama oleh keduanya. Beliau telah melaporkan perkara tersebut kepada Nazri Azis.

Ingatkan Datuk Zaid nak nafi sebaliknya Zaid Ibrahim menambah butir pertemuan itu...siap bagi tau tengok Manchester main bole lagi... ha..ha.. kesian ketua bebas ni. Dah memang jadi spesis bebas tak de kerja kut. Maklumle... matlamat takde... kerja memang dah lepas sebab takkan nak tolong umNO yang tak undi depa dulu...nak tolong pengundi yang depa khianati , pengundi pun tak ingin... nak jumpa pun tak berani...cari mampusss.

Sebelum ini Zul kulim melalk campur tangan pasal Selangor.. dah lupe ke dia di pecat dari PKR???tak tahu malu betulla puak ni... Kalau dah cerai dan kena cerai toksah la ambik tahu lagi... tu gile talak namanya...

Inilah nasib bebas malang... ke hulu ke hilir orang dah tak peduli... cari cari isu buat orang gelak.. rase macam kejayaan KGB dan CIA mengesan kes jenayah je.. tak pun macam cerita CSI tu... fuyyo dasatttt... macamlalat taik baru cium bunge je....

Jumaat, 19 Mac 2010

JANGAN SALAHKAN KATAK...SALAHKAN...

Zahrain bakal menjadi kuda tunggangan baru BN setelah suara Ibrahim alkataki semakin serak. Katak jelmaan itu kini mengatasi Zul yang kian malap dan hilang walaupun berjanji untuk menggegarkan parlimen. Nampaknya Zahrain lebih laku dari Zul dalam membawa panji katak ke dalam BN.

Serangan membabibutatuli Zahrain kepada DSAI dilihat serangan paling berbisa kerana berjaya menghalau penasihat PKR yang juga Ketua Pembangkang ke luar dewan. Bukan mudah untuk menyingkirkan MP Pakatan Rakyat seperti DSAI namun Zahrain berjaya melakukannya. Beliau telah menunjukkan kesetian yang membolehkan ruang lebih luas untuk beliau dalam BN.

Nampaknya Zul terpaksa berhempas pulas menjual produk baru menyerang pemimpin Pakatan Rakyat bagi melariskan diri mereka untuk di bida oleh pemimpin umNO. Katak lain nampaknya telah lama tertinggalke belakang. Spesis katak jadian baru juga nampaknya akan menenggelamkan peranan jagoan katak Ibrahim al kataki.

Dalam senyum sebenarnya Brahim alkataki sedang memikirkan nasibnya setelah sekian lama menjadi penjilat segala kotorannya namun masih gagal menempatkan dirinya kembali ke tong taik yang melemparnya keluar seketika dulu. Ternyata ulat taik tak mampu bertahan lama di luar. Pemungut ulat taik itu tentunya rasa menyesal kerana strategi pincang beliau berjaya memberi talian hayat kepada katak tua berkurap ini.

Saya tak pasti apakah orang yang mengutip katak Kurap ini telah memohon maaf kepada pengundi Pasir Mas khususnya Ustaz Ismail Noh yang menyerahkan kerusinya demi menempatkan katak kurap ini. Setakat yang saya ingat, tiada maaf dipohon dari pengundi Pasir Mas seperti juga tiada rasa bersalah hingga memohon maaf terhadap pengundi Bagan Serai dari Ahmad Awang.

Apapun, kehadiran katak jadian selepas hujan pastinya menarik ramai peminat politik untuk mencadangkan agar satu gabungan parti baru berlambangkan katak didaftarkan. Siapa pengerusinya tentu boleh dipilih berdasarkan berapa kali lompatan dan berapa tinggi lompatan itu dibuat. Siapa yang paling berjaya memeprdaya kepercayaan pimpinan atau pengundi dengan aksi lompat mereka.....Jangan disalahkan katak...salahkan ular yang nak makan katak atau hujan yang menyiram bumi kerana percayakan katak....

Ahad, 28 Februari 2010

AJERNYE BODOH LE....

Ajernye (sajanya) bodoh le orang PAS dan PKR. Di saat umNO sedang bergaduh sesama mereka tiba- tiba mereka masuk umNO. Itu le cerite yang ditulis dan dilaporkan... tapi cerita orang masuk parti lain ni bukan pelik.... banyaknye gimik je...

Tapi jangan bangap sangat... buat cerita yang orang tak boleh percaya... Orang PAS dan PKR ni masuk umNO dalam kawasan yang PR kuat, Dah tu pulak masa umNO tengah bergomoi... ajernye bodoh le... baca dan fikirlah sendiri...

BUTTERWORTH: Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mahu pemimpin Umno Permatang Pauh menamatkan persengketaan antara mereka bagi mengukuhkan parti sebagai persediaan merampas semula kerusi Parlimen itu pada pilihan raya umum akan datang.

Beliau berkata semua pihak dalam parti perlu bersatu padu dan mengetepikan masalah dalaman parti yang telah berlarutan sejak sekian lama dalam usaha mendapatkan semula sokongan rakyat.

"Jangan bergaduh lagi. Ini masa untuk kita bersatu," katanya ketika berucap pada majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Kampung Guar Jering, di sini, hari ini.

Katanya beliau yakin Barisan Nasional (BN) akan berjaya merampas semula kerusi Parlimen Permatang Pauh jika pemimpin dan anggota parti bersedia bekerjasama sebagai satu pasukan.

"Jangan di depan (pentas) ini sahaja kita berpeluk tetapi di belakang kita bertikam sesama sendiri," katanya.

Pada majlis itu juga seramai 77 anggota pakatan pembangkang daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas menyerahkan borang menyertai Umno

Jumaat, 8 Januari 2010

TAHUN DUA CURI KOMPUTER SEKOLAH.


Mungkin sukar dipercaya. Tapi kena percaya. Bukan kerana ia benar atau salah . tetapi cerita ini diceritakan kepada saya oleh seorang guru disiplin di sekolah sekitar Ipoh. Cerita pulak masa baru keluar masjid selepas solat jumaat. Tak percaya...... ceritanya...

Di sekolah tempat dia mengajar dan menjadi guru disiplin ...komputer sekolah dah hilang... " siapa curi??" saya bertanya "seorang budak tahun dua"katanya bersungguh. Saya tanya " Laptop ke?"... "Bukan..komputer" jawabnya bersungguh. "di mana?"saya mahukan kepastian... "di makmal" jawapan yang membuat kepala saya ligat berpusing... mustahil..... tapi itulah yang diceritakan..

"Tak kunci ke makmal tu?" Saya menambahkan kehairanan dan cuba mewujudkan rasional. "Kunci!..." katanya ... lagi berat...

Melihatkan saya semakin bingung, beliau ketawa... " macam tu la enjin kapal terbang yang hilang" katanya meleraikan kebingungan saya.... nasib baik baru keluar masjd...kalau bukan baru keluar masjid tentu saya akan ketawa pecah perut..kena ranjo(istilah wak banjari)......

Ahad, 25 Oktober 2009

SIAPA DOKTOR???? TOLONG JAWAB

Seorang pesakit dilihat memegang kepala.... pastinya sakit kepala. Doktor membiarkannya.... kerana sedang merawat pesakit lain...seorang driver ambulan yang sememangnya pemandu pakar ...tercatat di dadanya... pemandu pakar, lantas menjerit... barah otak! barah otak! barah otak... Orang menyangka ia mungkin pakar perubatan...rupanya ia hanya pemandu .
pakar

Seseorang yang mempunyai hubungan rapat dengan seorang pakar bedah otak lantas menalifon memberitahu keadaan pesakit tadi yang di dakwa pemandu pakar kena barah otak... Pakar bedah lantas mencadangkan agar pesakit barah otak itu di bedah... arahan melalui telefon dari pakar bedah tadi menyebabkan keadan kelamkabut....

Paling mengejutkan ...pasakit tadi turut panik,.... orang ramai semakin kalut.... bedah!!...bedah...!! jerit pesakit lain dan keluarga pesakit yang turut berada di tempat kejadian... Doktor bertugas di hospital berkenaan kebingungan....

Jika anda doktor bertugas ketika itu... tersebut apa tindakan anda??

01. Segera siapkan bilik bedah.
02. Segera bedah.
03. Periksa pesakit....
04. bawa lari pesakit ...

Jumaat, 2 Oktober 2009

APE YANG PENDEK?

email dari kekawan... time kasih tok imam...

Gelaran: Isa Pendek
Ketinggian: Pendek
Hasil Negeri: Kerbau Pendek
Hukuman Rasuah: DiPendekkan 3 tahun sahaja
Peluang bertanding: Sebab Adun Bgn. Pinang 'Pendek umur'
Senarai pencalonan: Paling Pendek (satu nama saja)
Jawatan Akhir: Menteri Wilayah terpendek (hanya 1 tahun saja)
Jawatan Umno: Naib Presiden paling pendek tempoh (digantung sebab rasuah)
No. Plat Kereta: Semua pendek ( 1 angka iaitu no. 9)
Isu Panas semasa jadi MB: Wabak 'kerbau pendek' di Bukit Pelanduk (J.E)
Isu sekarang: Bertanding ketika 'Selsema Kerbau Pendek' (H1N1)
Keistimewaan: Duduk sama rendah, berdiri sama pendek dengan Isteri PM


*Sumber blog pyianhabib oleh lanjeniang

nak buet cam no memang pendek kejadian TUHAN

Khamis, 7 Mei 2009

ZAMRY AKAN DITANGKAP?

Ipoh seakan menjadi kawasan darurat. Demikian laporan beberapa blogger. Ketika melalui sekitar Ipoh, bandar ini seakan bakal menyaksikan demonstrasi ratusan ribu manusia esok. Namun setakat ini tiada arahan dari mana mana pihak untuk mengadakan perhimpunan. Namun saya yakin esok ramai yang akan datang ke SUK ...mungkin untuk melihat polis yang ramai.

Biasa bagi masyarakat kita untuk berhimpun atau melihat sesuatu yang jarang berlaku. Bagi saya, polis yang ramai akan turut menarik minat warga Ipoh. Namun ketua polis Perak telah mengeluarkan larangan menghadiri sebarang perhimpunan. Kononnya bagi menjaga keselamatan di Ipoh. Sepanjang tinjaun di Ipoh, tiada riak menunjukkan Ipoh akan kacau. Kalau tugas polis bertujuan melancarkan perjalanan...sebenarnya ia telah menyusahkan penduduk Ipoh kerana terlalu banyakjalan yang ditutup.

Lebih menarik, pasukan keselamatan (umNO) dilaporkan bimbang dengan warna hitam . sehingga kini dimaklumkan telah ada arahan larangan berpakaian hitam sekitar Ipoh. Apakah orang yang berpakaian hitam di Ipoh akan ditahan. Atau semua yang berwarna hitam akan ditahan???. Ini bermakna kebanyakan masyarakat India dilarang mendekati kawasan SUK. TGermasuk sebahagian melayu...... Apakah jika semua yang berwarna hitam di larang menghampiri bangunan SUK... Setakat manakah nilai kehitaman yang dilarang???Apakah Zamri juga di larang??? atau adakah Zamri akan ditangkapketika menghampiri bangunan SUK kerana bewarna hitam...????? mungkin tidak.....

Rabu, 4 Mac 2009

GAMBAR UNTUK DIKENALI SEBAGAI "SAHABAT"



SAKSI MEMAKLUMKAN BAHAWA BELIAU MEMAKI ADUN AULONG DENGAN HINAAN KECACATANNYA DAN PERKAUMAN. ADA GAYA TAIKO KE???





KAKI TARIK KERETA YANG TAK DE KERJA . SONGKOK ATAS KEPALA DAN ISYARAT TANGANNYA MENJELASKAN SIAPA MEREKA...INILAH PEMBELA MELAYU umNO. MEMANG LAYAKKKKK




HERO MELAYU ZAMAN 50 AN.... BERKUBU DI KEDAI.... KITA PULAUKAN KEDAI KOPITIAM MEDAN ISTANA IPOH...TEMPAT BERNAJIS SAMSENG. PETUGAS KITA DIPUKUL DI DALAMNYA SETELAH PINTU DEPAN DITUTUP...SAMSENG KE TU????




TUMPANG SAMSENG TUA.... JOIN JADI JAHAT BOLEH TOLONG KURANGKAN AJAR KAMI TAK??? TAK DE KERJA NI...MINUM FREE PUN JADILE... YANG PENTING NAMPAK SAMSENG...





PILIHLAH SENDIRI...YANG PENTING JANG ADA KETURUNAN KITA BERPERANGAI BEGINI