Selasa, 23 Oktober 2007

KEMAAFAN DI AIDILFITRI

MAAF DI AIDILFITRI.- KEMAAFAN DENDAM YANG TERINDAH………..

Menjadi adat budaya kita, bila tiba Aidilfitri, barmaafan menjadi kemestian. Ketika itu tangan ayah dan ibu dicium penuh keinsafan, mengharap keampunan. Bagi teman teman inilah jua kesempatan mengucapkan kemaafan. Namun hanya beberapa hari sebelum diulang kesilapan yang serupa. Apakah benar ianya sebahagian dari tuntutan agama di aidilfitri?? Dalam hadith jelas digambarkan antara ucapan Rasulullah menjelang aidilfitri ialah doa “ Semoga Allah menerima dari kami dan kamu”

Bermaafan adalah jua tuntutan agama, namun bukan tuntutan bermusim. Sayangnya bagi masyarakat kita, hampir semua tuntutan agama dijadikan amalan berkala. Malah amalan sunnat berkala lebih diutamakan dari amalan wajib sepanjang masa. Contohnya, sunnat Aidilfitri dilaksanakan dengan penuh persediaan, bermula dari pakaian, menghafaz zikir dan doa malah semua yang berkaitan termasuk takbir raya, namun kesibukan di hari itu kekadang menyebabkan solat lima waktu diabaikan. Inikah agama kita???

Kemaafan adalah ucapan lisan, namun ia mestilah lahir dari hati yang penuh keinsafan dan penyesalan, bukan hiasan pada wajah yang diukir senyuman. Dosa sesame manusia adalah penghalang urusan nikmat di akhirat. Lantas syarat taubat bermula dengan memohon kemaafan dari manusia selain penyesalan, andai dosa itu dengan manusia.Malah sebahagian ulama mensyaratkan disebut dosa yang dilakukan.Namun bagi kita hari ini merasakan sudah cukup dengan MAAF ZAHIR BATIN ATAU 0-0.

MAAF bukan mudah diucapkan, malah kita boleh mengenal sifat ego dalam diri seseorang jika jarang sekali kita mendengar ucapan maaf darinya. Bagi mereka ucapan itu lambang kekalahan!! TIDAK!!! Itu sebenarnya lambang KEMENANGAN….. kemenangan dari syaitan yang dilaknat kerana KESOMBONGAN. Mengucapkan MAAF lambang sifat kesederhanaan, menyedari diri penuh kelemahan, takut pada balasan malah itulah lambang hati yang penuh keikhlasan. Dan ianya jalan ke syurga tuhan….

Pernah berlaku di zaman Rasulullah, baginda menunjukkan seorang pemuda bakal penghuni syurga selama tiga hari berturut turut. Abdullah bin Umar yang terlalu ingin mengetahui amalan pemuda tersebut telah menyiasat. Dan tiada amalan tambahan yang dilihat. Setelah ditanya dan di selidiki , pemuda itu menjelaskan bahawa setiap hari sebelum tidur, beliau mendoakan untuk semua orang Islam, mengampunkan dosa mereka kepadanya dan tidak pernah berhasad terhadap saudara seagamanya…..

Itulah nilai sebuah KEMAAFAN, Buat semua kenalan, kawan kawan, sahabat dan teman teman…. Diri yang penuh kelemahan ini memohon sejuta kemaafan… Tiada terukir dihati ini secebis dendam dan kemarahan yang berpanjangan….. andai ada kata kata yang menyinggung perasaan, perlakuan yang melangkau adat dan kesopanan, senyuman yang mungkin menyakitkan pandangan,renungan yang mungkin meresahkan malah segala yang tidak menyenangkan….pohon diampunkan… Andai kita diizinkan bertemu, pasti tangan ini akan dihulurkan… namun andai kematian mendahului segala perancangan….. doakanlah dengan penuh keikhlasan agar hamba hina ini bakal ditempatkan bersama orang orang yang beriman dan dinaungi rahmat dari tuhan Arrahman!!!!!! Bak kata alunan merdu….. KEMAAFAN DENDAM YANG TERINDAH…..

Tiada ulasan: