Rabu, 7 November 2007

HIMPUNAN DATARAN MERDEKA, ARAFAH DAN MAHSYAR

Syawal bakal melabuhkan tirainya.... hakikatnya masa berlalu begitu pantas... dan yang pasti Zulkaedah akan menjelma dan munculnya zulhijjah. Zulhijjah adalah bulan haji. Haji adalah perhimpunan terbesar ummat Islam.Perhimpunan menyatakan keimanan kepada Allah. Perhimpunan menyatakan kebencian kepada syaitan. Pertemuan di Arafah, melontar di jamrah adlah perlakuan ibadah yang penuh hikmah dan simbolik. Perhimpunan itu menyatakan walau kita berlainan wajah, bahasa dan warna kulit tetapi matlamat tetap sama. Menyanjung Perjuangan nabi Ibrahim dan Ismail Alaihimassalam dan menjunjung perjuangan Rasulullah SAW. Perjuangan menuntut keadilan sesuai firman tuhan yang dibacakan setiap kali khutbah jumaat. Sesungguhnya Allah menyuruh kamu berlaku adil dan berbuat baik.
Di Malaysia - Kuala Lumpur - Dataran Merdeka - 10 Nov - akan berlakunya perhimpunan rakyat - menuntut keadilan sesuai dengan perintah tuhan - Menuntut celup dakwat, hapuskan undi pos, bersihkan daftar pemilih dan kesaksamaan aksesmedia- semuanya untuk rakyat- tiada parti politik yang cintakan keadilan ekan menolaknya melainkan mereka yang menilai kebaikan sebagai kejahtan- keadilan sebagai kezaliman- keamanan sebagi keganasan. Himpunan yang bakjal menentukan masa depan dan lanskap demokrasi negara. Demokrasi yang wujud kerana kemerdekaan. 50 tahun ....ianya perlu dinilai semula kerana ianya lahir dari kepala manusia, pasti padanya ada cacat cela......
50 tahun dulu pejuang kemerdekaan telah memulakan...kita mesti meneruskan.... kerana perjuangan tiada perhentian...melainkan tibanya kematian.... Himpunan 100,000 adalah jubli emas kemerdekaan. menampung yang rosak, mengecat yang luntur, mengisi yang kosong dan macam macam lagi kerosakan yang mesti diperbaiki.... Kalau dulu perhimpunan pernah berlangsung keranamenolak Malayan Union...kini perhimpunan mesti berlangsung membersihkan saki baki malayan Union. Apa guna kita menyanjung pejuang terdahulu jika kita gagal meneruskan perjuangan mereka. Ingatlah !!!! bumi ini akan terus kitapijak...langit ini akan terus kita junjung....jangan biar ia gersang dan kontang ...jangan biar ia mendung dan hitam....
Ayoh demi masa depan...demi generasi yang bakal kita tinggalkan.... demi menjawab di hadapan Tuhan..... BERSAMA WARNAKAN DATARAN MERDEKA DENGAN WARNA KEAMANAN, KEDAMAIAN DAN KEADILAN!!! MOGA KITA DIPILIH MELAKAR SEJARAH PERJUANGAN KEMERDEKAAN YANG TAK SEMPAT KITA CORETKAN 50 TAHUN DULU!!!

Tiada ulasan: