Jumaat, 4 Januari 2008

SELAMAT TAHUN BARU MASIHI

Selamat tahun baru! ucapan dan sms yang diterima.media memaparkan azam tahun baru! dari keazaman yang ditunjukkan jelas kebanyakan masyarakat kita kontang dan tidak sensitif dengan persekitaran semasa. Kebanyakannya hanya mengulang azam lalu. atau menjawab untuk membalas soalan tanpa berfikir. Yang pasti ianya tidak menggambarkan suara hati.
Apapun tahun 2007 terlalu banya kenangan pahit manis. Kejayaan menghantar angkasawan ke ISS antara yang terbilang. Perlancaran koridor utara , timur dan Wilayah Pembangunan Iskandar antara plan yang dilaungkan. Realitinya di alam sedar masih belum pasti. Andai menjelma di alam realiti kesanya juga belum pasti, terutama kepada bangsa Melayu tuan yang semakin terpinggir di bumi sendiri. WPI yang keluasannya berganda dari Singapura seolah kawasan milik orang di bumi kita. Asalnya tanah orang melayu. Dimajukan atas dasar pembangunan... dan melayu semakin kehilangan. Pulau Pinang yang semakin kekurangan tanah rezab (reserve) melayu tidak ketinggalan. Tanah waqaf pula menjadi sasaran. Juga di atas alasan pembangunan. Sejarah Falastin perlu menjadi perhatian!!!! yahudi pernah menghantar delegasi kepada sultan Abdul hamid memohon membeli tanah Falastin. Sultan menolak... Mereka memohon ingin memajukan tanah terbiar di falastin ...juga ditolak. Akhirnya mereka membeli tanah langsung dari tuan tanah arab. Ulama mengharamkan mereka menjual tanah kepada Yahudi..... Nasihat ulama tidak dipeduli...Ulama dianggap menghalang kemajuan.....tapi kini bahananya diterima oleh anak cucu mereka!!!!!
2007 juga banya meninggalkan kesan jenayah yang tiada kesudahan.... Pembunuh Nurin masih belum dijejaki..... banyak kes jenayah belum selesai dan apa yang merisaukan tuduhan terhadap penglibatan Polis berpangkat tinggi dengan jenayah gangterisme. Pendedahan DatukRamli- pengarah jabatan Jenayah Kormesial bukit Aman turut menakutkan. Ditambah lagi Pendedahan Tun Hanif bekas Ketua Polis negara kononnya kewujudan dua kelompok dalam pengurusan tertinggi PDRM. Pendedahan video Linggam tentang percaturan hakim oleh DS anuar. Kredibiliti perundangan musnah..... penguatkuasaan diragui.... kemana lagi kita ingin mengadu... Tahun 2007 berakhir dengan penyebaran video seks yang akhirnya diakui oleh menteri kesihatan. Segalanya mengajak kita berfikir...yang lebih penting kita perlu berani...... semoga 2008 bakal mengubah segalanya... kepada Allah kita meminta namun apakah Allah akan mengubah nasib kita andai kita terus rela menjadi insan buta , pekak, bisu dan akhirnya lumpuh dalam seluruh gerak kita...... 2008 UBAH SEBELUM PARAH................................ UBAH DEMI MARUAH !!!

Tiada ulasan: