Selasa, 11 Disember 2007

ANTARA ADAT DAN IBADAT

Menjelang ibadah haji.... jutaan manusia menuju Mekah dengan niat yang pelbagai, persiapan yang berbagai, di atas nama yang satu...menunaikan ibadat haji, pulang dengan gelaran haj tetapi diatas kepelbagaian niat yang disimpang dari lafaz niat menunaikan ibadat haji. Rasul pernah menyebut diakihr zaman akan ada orang kaya menunikan haji untuk melancong, peniaga untuk berniaga, si miskin untuk meminta . Apapun semunya ke Mekah. Orang arab jahiliyyah dahulu sentiasa menunaikan haji, memberi makan orang yang menunaikan haji malah memberi khidmat kepada orang yang datang haji tetapi akidah mereka membawa ke Neraka. Apabila rasul membetulkan...jawapan mereka kononnya warisan datuk mereka yang dinisbahkan dari nabi Ibrahim dan Ismail. Sedangkan nabi tidak pernah mengajar begitu. Seperti sebahagian orang kita yang menunaikan ibadat haji kerana rukun islam tetapi mereka menentang islam. Surah luqman mendedahkan..... Apabila diseru mereka marilah kita ikut apa yang diturunkan oleh Allah..mereka mengatakan kami mengikut apa yang kami dapati dari ayah kami. sekalipun syaitan mengajak mereka ke neraka( Luqman 21.)
Berbaloikah duit, tenaga, masa dan segala yang dikeluarkan hanya untu mandapat gelaran haji yang tak dipandang berbanding dato', Tan Sri dsbgnya. Sanggup berjalan jauh ke masjid Haram tetapi tak mampu ke Masjid dan surau di sebelah rumah? Sanggup berulang alik seminggu sekali berbulan lamanya untuk belajar haji, tetapi tak sanggup ke surau dan masjid untuk belajar akidah? Entahlah.... Hasil haji tahun ini hanya akan kita nilai setelah sebulan mereka meninggalkan mekah...sanggupkah lagi berulang alik ke masjid? Belajar ilmu akidah dan feqah, dan masihkah mereka menyokong mungkar dan kerajaan yang menggalakkan mungkar.... hajikah kita atau sekadar HAJI DAM yang setelah naik haji semakin bebas makan kiri kanan, depan belakang dan apa sahaja yang melintas.....???? Semoga jamaah tahun ini memliki haji mabrur...itu doa kita..

Tiada ulasan: