Rabu, 23 Julai 2008

CUKUP!!! TIBA MASANYA UNTUK WALA'

" Berbagai pandangan dilontarkan , berbagai tohmahan dan label diberikan kepada pimpinan PAS khususnya yang cenderung dengan muzakarah. Pendokong PAS yang saya yakin terlalu sayang kepada jamaah secara tak sedar meruntuhkan jamaah. Bagi yang ada dendam dan marah kepada pimpinan tertentu mengambil kesempatan memarakkan api kebencian... Kesannya pasti dalam jangka masa panjang akan menghilangkan ketaataan di dalam jamaah. Apalah erti sebuah jamaah tanpa ketaatan.....


Sehingga kini terlalu banyak jarum yang menusuk ahli PAS. terlalu banyak minyak yang disiram kepada api kemarahan. Sebahagiannya melontarkan tohmahan tanpa mengkaji kebenaran. Menuduh pemimpin gila pangkat dan kuasa???? kalau benar tentu Di Selangor PAS adalah MB kerana UMNO telah menawarkannya. Di Perak malah UMNO menawarkan beberapa jawatan exco tambahan. PAS tetp menolak. Gila jawatankah ini?????

Saya meyakini semua komen ini kerana sayangkan jamaah. Tetapi betulkah sayangkan jamaah dengan meniupkan kebencian kepada pemimpin tertentu dalam jamaah??? Seolah akhlak yang menunjangi perjuangan ahli PAS telah terpadam dengan api kebencian dan prasangka MELAMPAU kini. Sehingga dengan Ulamak pun dah tak peduli. Dulu kita bersungguh menjunjung ulama. Apabila Ulamak tak sesuai dengan kehendak kita lalu ulamak dibakul najiskan??? apa beza antara kita dengan UMNO??

Apakah pendirian sebahagian pemimpin PAS telah lari dari akhlak dan syariat Islam. Kalau telah lari wajar kita menentang. Apakah bermuzakarah ( berbincang) dengan UMNO itu maksiat???? kalau maksiat wajar kita menentang!!! Apakah erti kita melantik mereka sebagai pemimpin jika kita tidakmeletakkan kepercayan kepada mereka. BUKAN kita tak boleh memberi pendapat tetapi biarlah dengan akhlak. pendapat kita tak mesti betul. Kalau ulamak tak lari dari salah apakah kita maksum???

Siasah telah melaporkan bahawa esok 23 Julai mesyuarat Majlis Syura akan bersidang di Kota Bharu. Kini tiba masanya ahli dan pendokong PAS bermuhasabah di atas keterlanjuran lampau. Sediakan diri untuk menerima apa jua keputusan pimpinan tertinggi. Jangan tapis dengan pendirian kita sendiri. Inilah akhlak berjamah Islam. jika tidak ANDA TIDAK LAYAK BERGELAR PENDOKONG JAMAAH ISLAM. Selepas keputusan mesyuarat ini diterima...sebarang komen menentang adalah datangnya dari mereka yang memusuhi gerakan Islam!!!! penyokong dan pendokong PAS jangan lagi baca apatah lagi memikirkan untuk menerimanya walaupu satu huruFFFFF!!! SEKARANG MASANYA UNTUK WALA'.
"

2 ulasan:

azman berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
azman berkata...

Asalamuakum.
Salam perkenalan dan setinggi tahniah saya ucapkan kepada ustaz, pertamanaya dari amatan saya blog usztaz menghidangkan ajakan ilmu yang mantab..
Keduanya tajuk tulisan terbaru ni begitu matang rasanya dalam menghadapi dunia politik hari ini, apatah lagi kita berdepan dengan golongan 'berbagai'..
Cukup buat kali ini..
InsyaAllah kita jumpa lagi..