Jumaat, 19 September 2008

ANTARA PEMIMPIN DAN JAMAAH

Dan Muhammad tidak lain hanyalah seorang rasul. Apakah sekiranya ia mati atau terbunuh maka kamu akan berpaling dari agamamu? seiapa yang berpaling dari agamanya maka ianya tidak akan memberi mudharat kepada Allah sedikitpun dan Allah akan membals golongan yang bersyukur. (Ali Imran 143)

Demikian peringatan Allah di saat Rasululullah SAW masih hidup Bukan untuk nabi tetapi ummatnya. Ketika rasul wafat sebahagian sahabat rasa kehilangan baginda. Umar alkhattab seakan sukar menerima berita tersebut. Abu Bakar telah tampil dengan ketokohannya membacakan ayat tersebut sambil berkata" siapa yang menyembah Muhammad, Muhammad telah wafat. sesiapa menyembah Allah, Allah tidak wafat dan terus hidup."

Abu bakar benar benar memahami bahawa Rasulullah adalah utusan Allah. Tugasnya menyempurnakan agama Allah . Selesai tugas itu ia akan kembali kepada Allah. Islam akan terus ditinggalkan untuk kita meneruskan perjuangannya. Sahabat dididik membezakan agama dan batang tubuh nabi. Malah rasulullah terlalu bimbang pemujaan sahabat kepadanya. Pernah mereka meminta untuk sujud kepada baginda apabila melihat unta sujud...Rasulullah melarang. Baginda bimbang ummmatnya mengagongkan baginda sebagaimana Kristian mengagongkan Isa dan Yahudi memuja Uzair. Malah sebahagian Ulama tidak suka memuja Rasulullah dengan selawat yang tidak di ajar oleh baginda. Semuanya untuk mengelakkn pemujaan kepada baginda. Semua tahu rasulullah maksem dan tidak membuat silap, namun sebagai manusia pemujaan kepadanya mestilah berbatas.

Sejarah pemujaan berhala bermula apabila kaum terdahulu membuat patung menyanjung dan mengingati ulama mereka...akhirnya bertukar generasi demi generasi....penghormatan bertukar pemujaan. Islam menyekat jalan khurafat dan bidah.



TGHH dan TGHA adalah tokoh terbilang PAS masa kini. Terlalu besar jasa keduanya kepada Islam.TGHH adalah pencetus tarbiah yang mantap didalam PAS . Beliaulah tokoh yang begitu dikagumi di awal 80an. Saya pernah terbaca sebuah buku alih bahasa ditulis penusli berbangsa Perancis meletakkan ketokohan beliau dengan Khomeini yang mencetus Revolusi Iran ketika itu.... HJ Hadi hanya pemimpin PAS yang baru menonjol. Buku itu saya baca di perpustakkan Tun Razak Ipoh...saya masih ingat.Malah akhbar Watan menyediakan satu kolum khas " HJ Hadiyang saya kenali" keloaan Samsuri misu dan seorang lagi wartawan yang saya dah lupa....maklumlah ketika itu usia saya baru sekitar 12 tahun. Saya pernah membuat koleksi tetapi kini tiada lagi....




TGNA adalah pemimpin Ulama PAS yang terkenal. Walau saya kurang berminat mengikuti ceramahnya...namun kuliahnya menyentuh aqal dan hati. Beliau mula terkenal sejak ditabalkan menjadi MB Kelantan sejak 1990. Sejak itu namanya meniti bibir kawan dan lawan. Corak pemerintahan Kelantan benar benar membuka mata musuh Islam terhadap kepimpinan Ulama mentadbir negeri sekaligus kepada PAS. Hingga kini banyak perubahan di Malaysia hasil yang dicetuskan di Kelantan.

Siapapun mereka...mereka adalah batang tubuh yang berjuang untuk Islam. Kehebatan mereka Islam yang mereka dokong. Kepimpinan mereka adalah kerana mereka memimpin gerakan Islam. Kalau mereka memimpin sekular... tak mungkin mereka sehebat itu... Lihat sahaja Yusof Nor yang dikatakan PHD Tasauf....Nakhaei yang lebih dulu menonjol dari TGHH... kini tidak bernilai lagi....

Sebagai manusia ...mereka ada kelemahan. Namun kelemahan itu ditutup oleh keputusan jamaah. Inilah keindahan dan kekuatan berjamah. Pandangan mereka adalah dari maklumat dan ilmu yang ada pada mereka. Kalau maklumat itu betul...betullah mereka... kalau maklumat itu salah...salahlah mereka. Namun jika ianya urusan ijtihad mudahan Allah memberi satu kebaikan.Sebagai pendokong jamaah, kita bersama mereka...namun kita bersama mereka apabila mereka bersama jamaah. Jika mereka tidak lagi mematuhi keputusan jamaah...tidak wajar kita mematuhi mereka kerana jamaah kita adalah jamaah Islam yang keputusannya adalah majlis syuro. Mereka jua adalah ahlinya.

Andai mereka menyanggah keputusan dan perjalanan jamaah.... kita mestilah bersama jamaah kerana jamaah akan terus hidup untuk generasi masa depan manyambung tugas rasul pilihan. Mereka akan pergi sebagaimana Rasulullah pernah pergi. Siapa yang berpaling dari jamaah kerana taasub atau benci kepada mereka....maka kerugian akan kembali kepada mereka jua... bukan kepada jamaah Islam....

Tiada ulasan: