Jumaat, 19 September 2008

MERUBAH PEMIKIRAN RAKYAT.

Membaca sirah penciptaan Adam AS ketika disingkirkan ke dunia memberi iktibar yang berkekalan . Adam dan Hawa turun ke dunia dalam keadaan tanpa sehelai pakaian, tanpa sebarang bekalan kebendaan. Yang di bawa adalah penyesalan kerana kesilapan . Rasa taubat yang terlalu tinggi. Terpedaya dengan Iblis di syurga menjadikan Adam berbekalkan pengalaman berharga bagaimana tipudaya musuh mesti sentiasa di awasi dalam membangunkan manusia dan tamadun kemanusiaan. Dari saat itulah terbinanya hidup manusia dengan pelbagai pembangunannya.

Membaca kisah Ibrahim AS meninggalkan isterinya Hajar dan anak kecilnya Ismail AS di lembah yang kering kontang turut meninggalkan kefahaman tentang bekalan utama pembangunan insane. Hajar seorang perempuan yang lemah setelah berjalan jauh bersama anak kecil yang tak mengerti apa apa ingin ditinggalkan tanpa sebarang bekal kebendaan. Tanpa teman dan rakan dilembah kering kontang yang mungkin menjadi tempat jin bertendang dan pastinya binatang liar yang kelaparan. Di situlah bermula tegaknya bumi Mekah yang menjadi tumpuan dan sebuah pusat kediaman yang menjadi bumi kelahiran Nabi kita Muhammad SAW.

Sejarah lahirnya Islam di bumi Mekah yang di saingi tamadun Rom dan Farsi yang mengimbangi kuasa dunia ketika itu juga menambah keyakinan bahawa kebendaan bukanlah asas kemajuan manusia dan tamadun kemanusiaan. Dari situlah akhirnya dua pertiga dunia tunduk di bawah kuasa Islam di zaman Umar alkhattab malah sampai kepada kita hari ini. Kini Islam satu satunya pesaing kuasa Eropah dalam menguasai Dunia. Umat Islam mencapai kemenangan demi kemenangan di saat harta mereka berkurangan namun menjdi lemah dah akhirnya rebah apabila raja dan rakyat dikuasai faham benda.

Dalam masyarakat kita, kefahaman ini telah lama menular. Bagi kita tugas sebuah kerajaan hanya membina jalanraya dan bekalan elektrik semata. Persoalan insane dikemudiankan. Kini apabila kerajaan baru mengambilalih khususnya di Perak , maka persoalan kebandaan ini jualah menjadi masalah. Dengan tidak menafikan keperluan jalanraya yang baik, bekalan air yang sempurna dan prasarana lainnya, jangan kita meletakan ianya sebagai keutamaan jika kita mengharapkan rakyat yang tinggi jati diri dan mampu tegak dengan prinsip yang betul. Jika harta dan benda menjadi keutamaan, maka kerajaan akan berhadapan dengan kesukaran apabila ada unsure harta ditawarkan musuh.

Kita membaca kisah terkini Falastin yang dikuasai HAMAS berhadapan dengan kepungan ekonomi Israel dan sekutunya. Rakyat yang didik dengan akidah dan jatidiri menyayangi Negara telah berkorban untuk Negara. Kakitangan yang tidak dibayar gaji terus berkhidmat kepada Negara. Bagi rakyat dan kakitangan warisan kerajaan PLO mula belot dan khianat kepada Negara.Iniah ancaman kepada Negara Islam kerana musuh mampu berdiri dengan ekonomi.

Secara ringkas, saya ingin menegaskan keperluan merubah pola berfikir rakyat yang hanya melihat sesbuah kerajaan sebagai tempat mendapat kemudahan semata dengan melupakan tanggungjawab sebenar sesebuah kerajaan iaitu mendidik dan membangunkan nilai insane di jiwa rakyatnya.. Memang sukar… tetapi jika terus di biar…ia takkan berubah…. Inilah tanggungjawab kita sebagai jasa untuk generasi masa depan!

Tiada ulasan: