Jumaat, 19 September 2008

LAILATUL QADR

Tanpa di sedari penghujung ramadhan semakin menghampiri. Dua fasa berlalu. Sebahagian kita mendapat rahmat dan keampunan dan sebahagian yang lain pula hanya mampu merasai ianya telah berlalu .

Persoalan yang perlu ditanyakan..adakan berbaloi kita melepaskan sesuatu yang kita usahakan dari awal hanya dengan alasan yang remeh temeh? Kalau seorang pelumba lari mampu mendahului dari awal kemudian jatuh di penghujungnya, maka pasti dia akan menyesal. Apatah lagi jika itu merupakan pertandingan terakhir sebelum beliau bersara. Kisah lumba lari arnab dan kura kura mungkin boleh jadi pengjaran.



Pembebasan dari api neraka adalah kemuncak perjuangan hidup ini. Pembebasan dari neraka beerti peluang ke syurga. Rahmat dan keampunan adalah jalan untuk melepaskan diri dari neraka. Andai kita melalui tempoh rahmat dan keampunan , namun terlepas ruang dan peluang ibadat di waktu tawaran pembebasan dari neraka, pastinya ia ada kepincangan dengan apa yang telah kita lalui sebelum ini. Ramai yang mampu mendirikan malam terutama dengn terawih di awal ramadhan tetapi terlepas di akhir ramadhan yang merupakan puncaknya. Alasanya terlalu remeh temeh. Ada yang sibuk membuat kuih, menggantikan langsir dan kusyen. Ada pula yang sibuk membakar lemang dan mungkin shoping di waktu malam lantaran tiada masa di waktu siang kerana bekerja.


Tidak dinafikan bahawa rahmat dan keampunan itu penting. Namun tidakkah rahmat dan keampunan itu bermatlamat untuk melepaskan diri dari neraka?? Sewajarnya kita bermuhasabah kembali. Allah mentaqdirkan kemuliaan lailatur Qadr di penghujung ramadhan.Moga latihan di awal ramadhan akan mampu memberi stamina kepada kita menghidupkan malam terakhir di saat rahmat Allah memenuhi alam, kempunanNya terhampar luas, lebih luas dari lautan tanpa tepian.

Ya Allah… berilah kekuatan agar dapat ku sujud padaMu dikala anugerah Lailatul Qadar menaungi alam semesta.!!!

Tiada ulasan: