Isnin, 22 September 2008

Dataran MBI


Membandingkan Dataran Ipoh dengan Kota Bharu adalah sesuatu yang tidak adil. Kota Bharu ialah bandaraya Islam dan majoriti dihuni muslim melayu. Ipoh pula bandaraya majoriti Cina. Istilah "Ipoh mali" adalah pengenalan Ipoh suatu ketika dahulu. PAS dengan kepimpinan TGNA didokongi oleh ADUN PAS yang terdiri dari kalangan ulama yang ramai. Perak pula dikongsi bersama PKR dan majoriti DAP. PAS hanya ketua negeri. Itu pun kerana perlembagaan negeri begitu. Datuk Seri Nizar dilabel UMNO sebagai alat DAP yang anti melayu dan Islam. Lebih memeritkan, abangnya digunakan kononnya menyatakan wujud perjanjian pangkor 2 . Semuanya untuk menunjukkan Ir Nizar hanya proksi DAP.Isu pemberian tanah kepada sekolah Cina memerakkan lagi isu tersebut. Namun satu demi setu pertolongan muncul. Munajat perdana di Stadium Perak barangkali besar peranannya selain ketokohan Nizar dan Hj Zainuddin di dalam exco Perak. Keterbukaan Ngeh Ko Ham sebagai pengerusi DAP Perak.

Bermula perlancaran Bulan Solat di dataran Ipoh, kini ihya ramadhan pula. Dataran MBI yang lebih popular sebagai tempat lepak dan asmara muda mudi bertukar wajah. Seorang sahabat yang bertugas sebagi pencegah maksiat pernah dipukul di dataran Ipoh. Dataran MBI juga pernah menjadi tapak sure Heboh. Kini sinar rahmat mula menaungi dataran Ipoh.Program Ehya ramadhan terus mendapat sambutan walaupun promosinya ala kadar kerana kawasan yang terhad.

Baru baru ini dataran dikunjungi lebih 1000 orang ketika Ustaz Kamal Shaari memberi tazkirah.Pada 23 September dijangka Ustaz Nasaruddin Tantawi pula menyampaikan tazkirah,. Dijangka pengunjung bertambah berkali ganda lagi.

Kunjungan anakanda Tg MB Kelantan Ustaz Nik Abduh yang juga exco Pemuda PAS Pusat turut dinanti pada 24 september. Pastinya kemuncak tazkirah dan Munajat Perdana pada 27september akan menerima limpahan jamaah.Ini kerana program itu dikendalikan oleh Dr Badrul Amin.

Kini suara Tajol Rosli tenggelam dengan impian 31 Ogos. Dr Zamri pula terus menyepi di Pulau yang menjadi tanah pertama termetrainya sekular di Tanah Melayu. Ketua Pemuda UMNO Perak yang mula bertatih tersungkur sebelum sempat berjalan. Semuanya menelan kembali tuduhan Nizar sebagai proksi Cina dan anti Islam di Perak. Rakyat Perak khususnya Melayu yang cinta Islam mula celik. Program MB menjelajah masjid dengan tazkirah jumaat dan tazkirah ramadhan khususnya di kawasan kubu UMNO menjadikan isu proksi dan anti Islam tidak lagi laku.

Kini rakyat Perak khususnya melayu mula menyedari siapa membela Melayu dan Islam. bak kata seorang pengerusi masjid yang juga ketua cawangan UMNO ketika menyimpul tazkirah MB di suatu masjid kubu UMNO: " takde lagi yang menyampaikan peringatan begini...saya cukup puas hati..." Apakah ketajaman keris usang yang dimamah usia 51 tahun atau sinar bulan purnama yang kian mengambang..... akan menjadi harapan rakyat Perak kini??????

Tiada ulasan: