Ahad, 28 September 2008

SISA RAMADHAN



Hari kian pergi, silih berganti, datang dan pergi....Yang pergi tak kembali. Kini Syawal semakin menghampiri dan ramadhan tak menunggu lagi. Putaran rahmat telah dilalui, maghfirah jua ditinggal pergi dan kini penghujung pembebasan neraka sedang dilalui. Lailatul qadar entah telah terjadi atau belum lagi...ramai yang kata dah terjadi. Diharapkan ketika itu diri ini sedang sujud menyembah Ilahi walau dihujung malam sunyi.

Sukar digambar rasa hati. Gembira kerana ramadhan telah dilalui.sedih andai tak berkesempatan lagi. Peperiksaan ini memang sukar ditempuhi...namun lebih bimbang lagi keputusan yang bakal dilihat setelah ramadhan tiada lagi...mampukah berpuasa sunnat. Mampukah bangun di kala malam sunyi...terdayakah suara Al Quran dialunkan...dan entah sejuta kebimbangan dihati ini....



Apakah hari esok bakal cerah secerah dan setenang cuaca di subuh Lailatul Qadar...terang namun tenang.

Tiada ulasan: