Ketika melayari alam maya...saya melawat blog"SANTAPAN MINDA PEJUANG" milik Ust Yusaine Yahya.Saya tidak mengenali beliau. Walaupun Ustaz Yusaine kerap turun ke Ipoh dengan program bulanannya namun pertembungan jadual menghalang saya mengikutinya. Apapun membaca tulisannya memberikan manafat kepada kita terutama para pejuang bermuhasabah diri. Disaat kita membunuh ibu Ular berbisa... kita mengermkan telur yang kita sangka telur ayam. Kita menyangka ular itu mencuri telur tersebut....kita bunuh ular untuk mengeramkan telur...apa kata jika yang kita eramkan itu adalah telur milik ular sendiri.????? Maka berbalah lah yang sayang kepada telur dan curigainya. Ada yang kata biarkan telur itu menetas sendiri.... namun yang sayang dan berharapan telur itu menjadi marah pula.....
Ke mana halatuju kita???bermuhasabahlah dengan tulisan ustaz Yusaini;
Bahayanya Bila Pimpinan Tidak Meyakini Apa yang Diperjuangkan
Monday, September 22, 2008
Salam ISLAH ;
Sememangnya di dalam Perlembagaan PAS tidak pernah disebutkan bahawa PAS akan menegakkan sebuah negara Islam seperti yang disebut oleh salah seorang Naib Presiden PAS dalam sedutan temuramah dengan beliau di dalam akhbar SIASAH baru-baru ini. Namun ‘Daulah Islamiyah’ atau Negara Islam adalah cita-cita dan matlamat utama perjuangan PAS sejak ia ditubuhkan dan tidak pernah bercanggah dengan tujuan PAS diasaskan oleh para ulama’ yang diketuai oleh Syeikh Abu Bakar al Baqir rahimahulLah. Tujuan saya menulis artikel ini adalah dengan tujuan mudah-mudahn tulisan saya ini dapat membersihkan jamaah ini daripada fikrah dan pemikiran yang songsang dan tersasar dari manhaj Islam yang suci kerana ia adalah suatu jenayah yang sangat besar.
PEMIMPIN MESTI YAKIN DENGAN APA YANG DIPERJUANGKAN
Salah satu syarat untuk menjadi pemimpin di dalam sebuah gerakan Islam ialah keyakinan terhadap apa yang diperjuangkan. Keyakinan seorang pemimpin terhadap apa yang diperjuangkannya adalah menjadi asas kekuatan dan kewibawaan kepimpinannya. Segala usaha dan pemikirannya akan diarahkan untuk mencapai dan menjayakan cita-cita perjuangannya. Dia akan menyusun saf dan mengerahkan anak-anak buahnya serta menyatukan fikrah dan tindakan mereka untuk bekerja keras mencapai matlamat perjuangannya. Jika Islam menjadi matlamat perjuangan maka ia akan bekerja keras ke arah mendaulatkan Islam secara ‘kaaffah’ (total) di dalam diri, keluarga, masyarakat dan negara. Jika Islam tidak menjadi matlamat perjuangan, maka sebaliknya pula akan berlaku.
Pemimpin yang punya keraguan dan mula samar terhadap matlamat perjuangan amat berbahaya kepada jamaah dan perjuangan Islam. Keraguan ini boleh berlaku dengan banyak sebab. Antaranya ialah ‘gila kuasa’ dan gelap mata disebabkan ditawarkan jawatan-jawatan penting, tinggi, berprestij dan bergaji besar dalam kerajaan baru yang akan tertubuh nanti contohnya. Adalah tidak mustahil ada di antara pimpinan PAS yang telah pun menerima tawaran ini terutamanya yang ‘rapat’ dengan Anwar Ibrahim dan dapat dipergunakan oleh Anwar untuk menyampaikan hasratnya di dalam PAS menjadikan golongan yang telah ‘dibeli’ ini sanggup melakukan apa sahaja walaupun terpaksa menggadai prinsip perjuangan sekalipun. Antara contohnya ialah, kalau dahulu mereka tidak bermasalah dengan ‘Negara Islam’ yang hendak dijelmakan oleh PAS dalam bentuk praktikalnya, maka sekarang ini, mereka mula senada dengan golongan Islam Liberal dalam PKR.
Pemimpin yang mula ragu dengan matlamat perjuangan PAS ini akan menggunakan pelbagai alasan dan hujjah untuk menyatakan apa yang mereka lakukan adalah batul dan selari dengan prinsip-prinsip asas Islam. Mereka akan berijtihad walaupun mereka tidak layak. Mereka akan berqiyas walaupun mereka tidak memahami syarat-syarat qiyas dan tersasar dari maksud sumber asalnya yakni Al Quran dan Al Hadith.
Bagaimana ahli bawahan PAS boleh mengangkat seorang pemimpin yang dia sendiri tidak punya gambaran dan tasawwur yang jelas terhadap Negara Islam yang diperjuangkan oleh PAS?. Lebih teruk lagi, nampak sangat kefahamannya terhadap Negara Islam idea Al Quran dan Al Hadith pun tidak difahami dengan jelas.
HIKMAH WUJUDNYA MAJLIS SYURA ULAMA’
Maka di sinilah letaknya hikmah dan besarnya manafaat kewujudan Majlis Syura Ulama’ dalam PAS. Segala keputusan, strategi, hala tuju, plan bertindak dan sebagainya adalah di bawah pantauan Syura Ulama’. Lebih khusus lagi berkaitan dengan dasar jamaah dan yang berkait dengan Ijtihad Syara’, maka Syura Ulama’ mestilah menjadi ikutan, dirujuk dan didokong sepenuhnya keputusan mereka.
Dokumen negara Islam yang dilancarkan ketika Dato’ Dr Harun Din menjadi Ketua Penerangan PAS adalah merupakan dokumen yang telah melalui tapisan Syura Ulama’ dan didokong sepenuhnya oleh Syura Ulama’. Setahu saya, Syura majlis belum membuat apa-apa perubahan keputusan terhadap dokongan Majlis Syura terhadap dokumen itu. Cuma saya diberitahu bahawa ada di kalangan Pimpinan PAS yang dijangkiti virus keraguan terhadap apa yang diperjuangkan oleh PAS telah mengeluarkan statement bahawa Dokumen Negara Islam tersebutlah yang telah menyebabkan kekalahan teruk PAS dalam pilihanraya 2004. Betapa malangnya mereka yang tidak diberikan petunjuk oleh Allah dalam memahami Sunnatullah dalam perjuangan dan lebih malang lagi mereka yang telah mengangkat manusia jenis ini untuk menjadi pimpinan mereka. Kemana agaknya arah tuju pimpinan mereka?.
KEPIMPINAN ULAMA’
Jelaslah bahawa kenyataan bahawa PAS tidak menyatakan hasrat menubuhkan negara Islam adalah kenyataan songsang yang bercanggah dengan Presiden PAS dan Mantan Presiden ( al Marhum Ustaz Fadhil Noor) yang telah menegaskan bahawa PAS bekerja kearah merealisasikan pembentukan Daulah Islamiyah dan konsep Al Qurannya adalah “Baldatun Thoiyyibatun wa Rabbun Ghafuur”.
Profesional bukannya tidak boleh menjadi pemimpin dalam PAS, bahkan penyertaan mereka amat dialu-alukan. Merekalah pelengkap perjuangan PAS. Dengan mereka PAS bergerak kearah kesempurnaan. Tetapi mereka mestilah menjadi pengikut setia ulama’. Mereka mesti bertugas menolong, membantu dan mendokong ulama’. Dalam soal Islam, jangan sekali-kali mendahului ulama’ apatah lagi mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dengan ruh Islam sedangkan mereka dikelilingi ulama’.
Dokongan kepada ulama’ yang memperjuangkan Al Quran dan Al Hadith adalaj kewajipan sekalian umat. Untuk mengangkat bukan ulama’ menjadi pemimpin, kita mesti berfikir dan mempertimbangkan 1000 kali. Jika tidak, akan berulang lagi kesilapan seperti ini. Ingatlah bahawa para ulama’ pewaris perjuangan anbiya’. Dokongan kepada kepimpinan mereka adalah rahmah dan barakah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan