Khamis, 6 November 2008

HARAPAN BUAT OBAMA?

Kemenangan Barackk Obama dalam pilihanraya Presiden mungkin tidak dipedulikan oleh rakyat Malaysia. Bagi kita yang penting kini ialah memerhatikan masa depan Malaysia di bawah Najib Tun Razak yang dikenali berada di bawak ketiak isteri. Ia buykan rahsia.

Walau apa pun, kemenangan presiden Amerika itu sesuatu yang mesti di beri perhatian. Sebabnya ialah Amerika ialah kuasa besar dunia. Segala yang berlaku kepada Amerika akan menimpa negara lain. buktinya ialah krisis ekonomi sekarang ialah lanjutan apa yang berlaku kepada ekonomi Amerika. Yang lebih penting, sebagai muslim kita mesti menjadi orang yang peduli apa yang berlaku kerana hubungan Islam tidak disempadani oleh geografi. Hati kita di seluruh dunia sesama ummat Islam. Cita cita kita ialah Khalifah Islam kembali tegak menguasai dunia... Itulah sifat muslim sejati!!!

Barack Obama ialah keturunan Muslim dari ayahnya Husein Obama warga Kenya. Darah Muslim mengalir dalam Obama biarpun beliau seorang Kristian. Kita tidak mengharap sesuatu yang luar dari realiti dari Obama, namun janjinya menjalin hubungan dengan negara Islam khususnya Iran, mengkaji penjara Guatanamao dan membawa pulang askar dari Iraq dan Afghanistan diterima majoriti rakyat Amerika. Itu sebahagian janji selain memulihkan ekonomi. Obama diterima dengan dasar yang dibawa sepanjang kempen. Jika dia mungkir dia mengkhianati harapan rakyat Amerika.

Lebih menarik, Obama ialah seorang berkulit hitam yang dulunya adalah kelas kedua di Amerika.Mereka dibawa ke Amerika menjadi hamba. Saya masih ingat cerita yang ditayangkan RTM masa kecil dulu- Kunta kinte - kalau tak silap. Gambaran kehidupan warga kulit hitam di Amerika . Warga Amerika terpaksa menerima hakikat kini mereka yang membawa warga kulit hitam. Kini mereka melihat warga kulit hitam sebahagian dari mereka. Yang penting kulit hitam telah menerima mereka sebahagian warga Amerika dan menganut fahaman Amerika.

Bagaimana kita. Secara rela atau paksa, Pemimpin negara dulu telah mengkhianati rakyat dengan memberikan kewarganegaraan kepada bangsa India dan Cina. Kini keturunan Cina dan India sebahagian kita. Mereka tidak bersalah.Mereka mempunyai hak kerana mereka adalah warga yang sah. Cuma kita memiliki undang undang bahawa rakyat Malaysia yang menjadi MB dan PM mestilah Melayu. Dalam Undang undang diterima Malayu adalah Muslim dan muslim adalah Melayu. Jika Cina dan India itu Muslim wajarkah kita meletakkan mereka di kelas kedua sedangkan mereka telah menyembah Allah seperti kita???

Kini dunia telah menolak semangat perkauman sebagaimana Rasulullah menghapuskan semangat bangsa ini dulu. Mahu atau tidak kita tak boleh lari dari kenyataan apatah lagi tuntutan Islam. Politik perkauman telah ditolak. Bukan hanya di Amerika, namun seluruh dunia. Mengapa di negara kita masih berbau perkauman ??? Kita masih menjunjung Bangsa walaupun bangsa kita mengkhanati kita dan menzalimi bangsa lain. Keadilan kah itu??? Apa yang penting keterbukaan ini memberi ruang kita menterjemahkan Islam yang hakiki kepada mereka tanpa mengira bangsa. Ini kewajipan kita.

Berbalik kepada Obama, kita tidak meletakkan harapan yang tinggi kepadanya, namun kita mengharapkan beliau menghargai sokongan warga Musli Amerika kepadanya. Jangan mengkhianati mereka sebagaimana kita dikhianati pemimpin sebangsa kita lebih 50 tahu lamanya......

Tiada ulasan: