Ahad, 21 Disember 2008

HENTIKSAN TEORI!

Terlalu banyak berteori kekadang menjadikan kita tenggelam dalam khayalan. Berkarya di bilik berhawa dingin tidak sama dengan membanting tulang di tengah sawah. Bergitu juga memaki di bangku penonton tidak sama dengan lelah dan payah di tengah padang. Menghukum tindakan keras pejuang di bumi Iraq terhadap musuh dari renungan kaca television pastinya tidak sama dengan mereka yang berhujan peluru. Itulah dua perkara yang berbeza. Matlamat yang barangkali sama, namun suasana berbeza menjadikan tindakan yang berlainan rupa.

Berteras realiti masyarakat yang terlalu banyak berteori, Al Banna menegur dalam risalah Taalim perkara ke sembilan. Katanya; "Setiap masalah yang tidak mendorong amal merupakan perkara yang memberatkan yang ditegah oleh syarak....." KIta sedang berhadapan dengan budaya ahli fikir yang terlalu tinggi . Teori yang lahir dari pemerhatian dari dewan perpustakaan dan kajian perbincangan di dewan kuliah belum pasti menghasilkan sesuatu yang mampu di terjemahkan dengan tindakan.

Mengapa terlalu banyak resolusi hanya lahir dalam bentuk perisriharan semata? Tidakkah pandangan itu sesuatu yang hebat. Begitu juga kebanyakan keputusan dalam mesyuarat, indah dan hebat. Dirangka dlam bentuk kertas kerja..akhirnya kertas mampu bekerja kerna kertas itu tidak berperasaan dan bertenaga seperti manusia, sedangkan manusia terus berbalah dan berhempas pulas untuk merealisasikannya.

Berteori memang mudah, namun teori seorang profesor di laut tentang gelombang dilautan tentunya tak sama dengan pengalaman nelayan. Begitu juga pemimpin yang sesekali nampak terlalu hebat dengan madah tersusun indah, dari lidah yang kerap kali basah. Menjadi semakin gah bila disulam Takbir bergema. meninggalkan yang dipimpin memikirkan cadangan dan kerenah masyarakat bawahan tanpa bimbingan, sedang pemimpin bersembunyi di perut mercedes penuh kemewahan.... berfalsampah di dewan lain pula.

Andai direnungi pandangan Al Banna...alangkah indahnya... Jangan terlalu berteori, permudahkan jangan disusahkan...seolah olah semakin sukar difahami apa yang ingin di sampaikan beerti semakin hebat pemimpin tersebut. Mengapa tidak dibincang sesuatu yang mampu, sesuatu yang dilihat, bukan yang diingat. PALING PENTING BUAT APA YANG DICAKAP. TUNJUK CONTOH APA YANG DIHARAP..GUNAKAN CERMIN MUKA BUKAN HANYA CERMIN MATA! Tinggalkan teori hebat, laksanakan apa terdaya insyaAllah kita akan berjaya...

1 ulasan:

Rizal berkata...

Ini yang dikatakan "Armchair Critic".. Sembang kemaih, buat belum tentu.. Kalau silap bukan nak membantu tapi lebih nak membunuh...