Selasa, 16 Disember 2008

MUHASABAH BERSAMA AGAR TAK TERLEKA

Isu penjualan arak di MBSA Selangor agak sedikit menganggu, apatah lagi dikaitkan kemudiannya dengan pengguguran Khalid Samad dan Shaari Sungib dari kepimpinan PAS Selangor. Mengawal penjualan arak adalah usaha melaksanakan tanggungjawab. Ianya usaha baik yang mesti disokong!. Pengolahan isu oleh media menjadikannya agak tidak teratur seakan ada perbezaan pendapat antara kompenan Kerajaan Selangor. Apapun yang berlaku PAS dalam kerajaan Selangor cuba membawa aspirasi Perjuangannya ! Andai diatur dengan baik, ia tidak akan berhenti disitu. Berjaya atau tidak bukan persoalannya. Gelanggang telah dibuka untuk meneruskan usaha.

Bagaimana dengan Kerajaan Perak.?? Walaupun PAS di Perak hanya minority tetapi kuasa penggerak di tangan PAS. MB dan Exco yang paling berpengalaman berada dalam PAS . Walaupun HJ Zainudin bukan Exco kanan tetapi difahamkan beliau antara yang paling berpengalaman dalam pentadbiran kerana beliau bekas pegawai kanan kerajaan. Ketokohan MB PAS tak pernah dipersoalkan melainkan oleh mereka yang memiliki lidah terbalik. Apa yang diperkatakan oleh golongan ini …kebenaran berada di sebaliknya… mudah difahami. Kerja kuat MB memadamkan isu boneka DAP di awal pemerintahannya. Isu kecil kecilan yang timbul hanya menjadi bahan lawak kedai kopi.

Mengimpikan kerajaan Perak melaksanakan Hudud adalah impian yang hampir mustahil ketika ini. Kelantan di bawah pimpinan Tok Guru paling berpengaruh pun hanya mampu meng”enekmenkan” tanpa mampu melaksanakan kerana kekangan pusat. Tiada siapa pernah menuntut dari Nizar! Usaha mewarnakan Ipoh dengan Islam seperti Terawih di Dataran Bandaraya pun cuba di eksploitasi… bukan oleh DAP tetapi UMNO!!!

Arak dan judi adalah penyakit masyarakat. Arak dan judi diakui sebagai perkara yang tidak berfaedah. Arak walupun dibenarkan oleh sebahagian agama lantaran penyelewengan paderi mereka tetap ditolak oleh pakar kesihatan. Islam sendiri mempunyai cara lunak mengharamkan arak yang menjadi candu arab Jahiliah. Bermula dengan menjelaskan bahawa ianya ada manafaat ( pada pandangan penagihnya) tetapi dijelaskan mudharatnya lebih banyak! Disusuli larangan mendekati solat dalam keadaan mabuk hinggalah larangan mutlak meminumnya. Demikianlah toleransi Islam. Memulakan dengan membuka fikiran masyarakat sehingga datang kesedaran dalaman mereka sendiri terhadap mudharatnya. Bagi yang masih menurut nafsu walau menyedari mudharatnya, barulah datang hukuman!

Di Malaysia, walupun kilang arak telah wujud sekian lama, namun dalam peraturan , pemandu kenderaan boleh dikenakan hukuman jika didapati memandu di bawah pengaruh alcohol. Tak kira muslim atau bukan. Ia tetap satu kesalahan. Tiada siapa membantah. Mengapa ruang dan peluang ini tidak digunakan oleh PAS Perak? Jangan mengharapkan MB dan Exco dari PAS semata memikir dan melaksanakannya. Saya tidak sesekali mengharapkan DAP atau PKR . Saya menaruh harapan tinggi terhadap kepimpinan PAS Perak.

Jangan dipersoalkan apa di buat Ustaz Azizan di Kedah! Saya anak Sengat! Saya anak Perak. Melihatkan jadual harian DS Nizar sudah cukup menyenakkan perut! Kalau kerja sebegini juga diserahkan kepadanya… saya rasa, cukuplah beliau seorang memimpin PAS Perak. Ke hulu ke hilir keluar masuk kampung dan negeri, tukar baju merata bilik dan persinggahan di perjalanan cukup menggambarkan masa 25 jam sehari yang digunakan NIzar! Di fahamkan telah beberapa kali beliau ke hospital. YB Zainudin juga mungkin tak mampu selaju Nizar. Beliau lebih berusia. Maklumle…orang melayu ni kalau dah jadi YB sampai tahlil pun nak panggil YB. “Cerita cerai pun minta MB selesaikan” Luah MB dalam satu sembang santai.

PAS Perak mempunyai team yang kuat kalau dihitung dari kemampuannya. Dari Pesuruhjaya seorang Naib Presiden dan bekas YDP Persatuan Ulama, bergiat di peringkat Nasional dan internasional. Di sisinya ada peguam terkenal, doctor, bekas pegawai kerajaan dan berpuluh korporat. Apakah PAS Perak merasa fobia dengan isu arak yang berlaku di Selangor?? Saya tidak mengharapkan pemimpin PAS Perak selaju PAS Selangor. Sekurang kurangnya langkah awal telah bermula. PAS tetap Parti Islam. Penggabungan dengan PR tidak mencairkan cita cita perjuangan PAS. Itu kata kata Pesuruhjaya dalam LIqa Disember. Tetapi apa kerja kita melaksanakan cita cita tersebut??? Yang dilaksanakan oleh PAS…. bukan kerajaan . PAS bukan kerajaan tetapi parti yang mendokong kerajaan. Sewajarnya ia bergerak membuka jalan membantu dua exco dalam kerajaan Perak bagi menuju cita cita perjuangan PAS. Cita cita tanpa usaha adalah ANGAN ANGAN!.

Usaha seperti seminar, kolokium, dialog dan pelbagai bentuk diskusi ilmu mungkin permulaannya. Ia bersifat memberi kefahaman secara fakta dan rasional. Mengambil pandangan pelbagai pihak sebelum dibuat satu kertas kerja saranan kepada kerajaan. Dalam isu arak sebagai contoh, Mengambil pandangan tokoh pelbagai agama, pakar kesihatan dan sosiologi untuk dirasionalkan kebaikan pengawalan arak atau judi dalam masyarakat. Saya meyakini semua pihak bersefahaman dalam isu ini. Tidakkah Al Quran mengajar kaedah mencari persamaan dan mujadalah dalam berdakwah?? Pastinya warga Perak adalah bangsa yang beragama. Mereka akan mematuhinya walaupun hati mereka sebahagiannya mungkin tidak rela sebagaimana orang Islam sendiri.

Saya mengulangi, kepimpinan PAS Perak mampu menerajuinya. Hasil untuk melaksanakan dan membentangkan di dalam kerajaan serahkan kepada wakil kita. Kalau tak jalan serahkan kepada kepimpinan pemuda. Siapa tak kenal Ustaz Azli Toliban. Tokoh demonstrasi. Kelibatnya sahaja sudah menakutkan polis. Baru baru ini Polis memenuhi RTM Ipoh lantaran mendengar bisik bisik demonstrasi lepas jumaat. Mungkin ramai polis tak solat jumaat. Hujahnya hanya kerana Toliban dilihat masih di Ipoh pagi Jumaat. Akhirnya…Toliban ke Kelantan kerana urusan keluarga…tinggallah polis tercangak cangak menanti serangan pemuda yang diterima maklumatnya dalam mimpi!!!
Itulah kehebatan pemuda dengan demonstrasi.

Saya ulangi tetap meyakini kepimpinan PAS Perak mempunyai strategi tersendiri. Tetapi kalau strateginya seperti peperangan di zaman Rasulullah… menghantar seorang demi seorang di medan tempur, kemudian barulah peperangan sebenar… saya tak fikir ianya berkesan di zaman ini. Ketika berperang dengan Jalut, Thalut menghantar nabi Daud berdepan Jalut. Ia Berjaya…. Tetapi Nizar bukan nabi Daud. Ia hanya sangkaan saya. Tak pasti
Percaturan ialah strategi. Strategi adalah rahsia. Saya bukan kepimpinan yang boleh mengetahui tentang strategi parti. Tetapi saya dan yang lain mungkin ingin menanti apakah strategi itu. Andai mampu, kami akan melaksanakannya. Namun jangan dihimpunkan semua proram dan kerja parti kepada kami sekaligus. Kami tak mampu apatah lagi apabila pilihanraya begitu hampir nanti. BN sedang berusaha keras. Mereka sedang bekerja. Lebih 60 juta untuk tahun ini bukan sedikit. Kita perlu segara bergerak dan mengatur kerja… Berbincang secara serius. Bukan berbincang sambil “makan makan”. Nanti tercekik. Apatah lagi kalau “hidangan” yang tersedia terlalu banyak. Bukan tuduhan hanya kebimbangan.

Kita adalah pendokong kerajaan. “BERFIKIR SEBAGAI KERAJAAN” adalah slogan yang cukup baik. Tetapi kita bukan kerajaan. Hanya dua wakil kita di dalam kerajaan. Tinggalkan kerja mengarah kerajaan. Tumpukan kerja membantu kerajaan.

Jangan tunggu Ngeh Ko Ham atau Nga Kor Meng mencadangkan pengawalan arak, judi atau sesuatu yang bersifat islamik. Saya malu… dan saya yakin ramai ahli PAS akan terasa malu… Tak tahulah pulak kalau ada pemimpin kita nanti mendakwa “ Inilah kejayaan dakwah kita”…Entahlah….

Rakyat sedang menanti dan memerhati. Allah sedang menguji dengan kemenangan ini. Menjadikan kemenangan tanpa di duga ini sebagai sempadan mengukur keikhlasan diri…
Jujurkah kita mengurus kemenangan sebagaimana pernah kita berjanji atau tiada beza antara kita dengan mereka.

Tiada ulasan: