Jumaat, 16 Januari 2009

TABUNG FALASTIN

Malam tadi saya bersama warga Matrikulasi Perak dalam kempen Falastin. Dimulai dengan tayangan video berkaitan perjuangan falastin, solat isyak dan solat hajat. Diakhiri sedikit motivasi perjuangan rakyat Falastin. Hanya suara yang yang mampu saya kongsi bersama mereka. Di fahamkan jumlah kutipan malam tadi lebih dua ribu ringgit Malaysia.



Pada 9 Januari lalu Jamaiey telah melancarkan kempen sejuta Ringgit dari warga Perak dengan penuh gilang gemilang. Kesungguhan MB perak dan beberapa badan korporat menyumbang amat membanggakan. Namun sehingga kini beberapa program yang dirancangkan seakan terhenti. Saya tidak pasti sejauh mana kempen tersebut diteruskan. Saya di maklumkan bahawa perhimpunan yang dimaklumkan akan berlangsung di padang Ipoh keesokan malamnya tergantung tanpa tali. Beberapa sahabat yang turun malam tersebut bertanya tanpa ada jawapan yang mampu saya berikan. Difahamkan jawatankuasa penganjur pun tak tahu jawab, apatah lagi saya.



Isu Falastin adalah isu sejagat yang serius. Keseriusan menanganinya adalah amat diperlukan. Kalau negara seperti Veneuzela menunjukkan keseriusannya, mengapa tidak ummat Islam?. Kita bukan hanya membicarakan tentang kemanusiaan, kemerdekaan malah lebh dari itu iaitu persaudaraan seagama dan maruah bumi Aqsa.

Kementerian Pelajaran yang diwarwarkan oleh menterinya akan mengadakan kempen besar- besaran hanya bising sekejap tanpa turun dalam bentuk arahan. Saya amat yakin keseriusan membela Falastin akan malap setelah berakhirnya kempen di Kuala Trengganu. saya amat yakin. Melainkan bagi mereka yang sememangnya serius membela dan memperjuangkan Islam.

Apa sumbangan kita? Dalam banyak kesempatan , saya mencadangkan agar setiap rumah muslim membentuk tabung falastin di setiap rumah. Didik anak kita dengan semangat membela saudara seagama. Pecahkan kepompong kedaerahn dan nasioanalisma yang ditanam oleh penjajah sekian lama. Tiada lagi slogan hidup melayu! Yang ada hanya laungan Takbir membesarkan Allah SWT.

Bagi Jawatankuasa Jamaiey, diharapkan jangan hangat hangat tahi ayam. Perlancarannya begitu gah. Jangan nanti kerajaan negeri Perak pula yang menerima getah kegagalan kempen sejuta ini. Ini bukan kesempatan, ini adalah tanggungjawab!!

Tiada ulasan: