Sabtu, 17 Januari 2009

MENANTI GELOMBANG PERUBAHAN

Penantian satu penyiksaan. Apatah lagi penantian tersebut disertai dengan sejuta impian. Ia petanda masa depan. ia perintis jalan. Hanya satu...KEMENANGAN DI KUALA TRENGGANU.

Sememangnya hati ini sering tak menentu sejak diistiharkan tarikh penamaan calon dan pengundian di Parlimen Kuala Trengganu. Semuanya gara gara bertembung dengan kerja. Dah cuba mengelak beberapa kali namun gagal jua. Terima kasih kepada rakan yang berada di medan dengan info terkini melalui blog atau sms.



Kemenangan ini sangat penting. Penting kerana ianya mengukur kecenderungan rakyat di Pantai Timur terhadap Pakatan Rakyat. Ia juga skala pengukur pengundi cina di Trengganu.Kemenangan beerti penerimaan rakyat terhadap negeri negeri Pakatan Rakyat. Kesungguhan MB dan KM negeri kelahiran baru Pakatan Rakyat bukan sekadar menentukan jumlah undi di Kuala Trengganu tetapi jua penerimaan masyarakat luar terhadap dasar dan pendekatan kerajan mereka. Lebih penting ianya adalah penentu masa depan negeri Trengganu yang terbantut kelahirannya pada pilihanraya lalu.

Negeri Trengganu telah membusung sekian lama namun tertangguh kelahirannya. Perak yang barangkali Bunting pelamin melahirkan anak yang tak cukup bulan tetapi ternyata begitu berkemampuan berdepan cabaran. Tanpa disangka, anak tak cukup bulan yang dilahirkan kini sedang memimpin pelbagai isu dalam negara. Ia model kesepakatan Pakatan Rakyat paling ampuh! Jawapan Exco dan MP DAP dari Perak terhadap isu hudud cukup membuktikan persefahaman dan kesepakatan dasar di Perak adalah model terbaik pembentukan Kerajan Pakatan Rakyat peringkat Nasional.

Isu Hudud yang dijaja UMNO mudah dipatahkan oleh Ngeh Ko Ham atau MP Ipoh Barat- YB Kula. Bukan Islam lebih memahami keterbukaan dan pilihan yang dianjurkan Islam dalam perlaksanaan Hudud. Tahniah untuk Pakatan Rakyat Perak!

Kini seluruh negara sedang menanti gelombang Pantai Timur yang terhenti dengan benteng wang ehsan sebelum ini. Gelombang itu sekali lagi melanda, kini dengan suntiikan gelombang dari Pantai Barat. Selamat berjuang untuk semua yang beraksi di gelanggang. Panantian malam ini sengguh mendebarkan...semoga kemenangan bersama Rakyat yang berpakat!

Tiada ulasan: