Rabu, 21 Januari 2009

ZAHID HULUBALANG TEMBERANG

Zahid Hamidi antara Menteri yang sedang giat mempromosikan diri kini. Beliau adalah antara Calon Naib Presiden UMNO dalam pemilihan Mac ini. Anak jati Bagan Datoh ini adalah kelahiran Sekolah Menengah Agama Izzuddin Shah Ipoh. Kini Beliau masih memegang YDP Persatuan lepasan Izzuddin Taayah (SISTA).

Zahid juga adalah bekas ketua Pemuda UMNO zaman kegemilangan DS Anuar Ibrahim. Beliau adalah pencetus istilah Kronisma dan Nepotisma dalam perhimpunan agong UMNO yang mewujudkan gerakan Reformasi hasil pemecatan DSAI. Zahid adalah pemuja dan hulubalang DSAI ketika itu. Namun langkah Zahid sebagai panglima itu tidak lama lantaran ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu dalam siri kempen hulubalang itu di Sabah. Bermula saat itu terlondehlah pakaian temberang hulubalang Zahid.



Demi menunjukkan setia dan taat yang tidak berbelah bahagi, kini dalam usaha menumpang peluang kekosongan jawatan Naib Presiden, Zahid kembali memakai pakaian hulubalang. Bermula kejatuhan kerajaan BN di Perak, Zahid cuba muncul sebagi hero penyatuan Melayu. Berkempen agar PAS bersama UMNO membentuk kerajaan Perak. Andai berjaya pastinya hero ini akan terbilang, namun gagal! kecewa Zahid akhirnya

Zahid mengubah posisi sebagai penyerang. Menyerang kerajaan Perak dengan isu ketuanan melayu dan terakhir dengan isu Tadika KEMAS. SAemuanya tak menjadi. Dalam isu tadika KEMAS, Zahid menyalahkan akhbar kerana laporan menyatakan 7000 bukan 700 sebagaimana yang beliau maksudkan. Ternyata tadika KEMAS berjalan seperti biasa tanpa ada gangguan pihak kerajaan negeri.

Zahid sekali lagi kembali dengan arahan agar agensi Pusat tidak memberi kerjasama dengan kerajaan negeri Perak. Arahan ini melibatkan semua agensi kerajaan Pusat di Perak dengan mengecualikan beberapa agensi tertentu.lihat Ajijoi Blogspot.

Ternyata Kerajaan Barisan Nasional meneruskan dasar penjajah dengan memerintah secara memecahkan perpaduan dan kerjasama.Kenyataan ini membuktikan beberapa perkara;

01. BN adalah kerajaan yang mewujudkan perpecahan sesama rakyat. Bagaimana diharapkan untuk menyatukan rakyat yang pelbagai bangsa. Sedangkan satu bangsa pun dipecahkannya.
02. BN tidak mengiktiraf pilihan Rakyat Perak yang membyar cukai kepada kerajaan Pusat.
03. BN mewujudkan kerajaan dalam kerajan yang melanggar semangat Perlembagaan negara.
04. BN hanya berjuang untuk kepentingan sendiri bukan dan bukaN kepentingan rakyat. Kesan tindakan tersebut akan menyusahkan rakyat Perak termasuk pengundi UMNO dan penyokong UMNO.

Zahid barangkali merasakan ugutan dan ancaman kepada agensi Pusat di Perak akan menakutkan rakyat Perak.. Ia seolah menghukum rakyat yang merdeka. Rakyat Perak akan semakin marah dan bencikan UMNO. Mungkin yang seronok dengan tindakan ini hanya orang UMNO yang busuk hati dan dengki serta bodoh. Mereka akan berkata " PADAN MUKA DEPA DAN AKU ".

Rakyat semakin bijak dan berani kini. Gelombang yang sedang melanda di Kuala Trengganu nampaknya akan terus menghempas UMNO dan BN saban hari. Pemimpinnya sedang sibuk mencipta isu untuk kepentingan pemilihan Mac ini. Isu itu sedang berhimpun menjadi badai yang pastinya bakal menghempas diri Zahid sendiri dan UMNO di Perak.

HANYA ORANG BODOH MERASAKAN KERJANYA BIJAK. APAKAH ZAHID AKAN KECUNDANG SEKALI LAGI SEBAGAIMANA KECUNDANGNYA BELIAU MEMBAWA GELOMBANG REFORMASI DSAI.SAYANGNYA GELOMBANG ITU TERUS MEMBADAI UMNO SEDANG ZAHID LEMAS TERPUKUL DENGAN BADAI YANG BELIAU LAH PENGGERAKNYA DULU HANYA KERANA BELIAU KEMBALI BERSAMA UMNO... BIARKAN ZAHID LEMAS DENGAN LABU LABI NYA.....

Tiada ulasan: