Khamis, 26 Februari 2009

APA KESUDAHANNYA???

Suhu politik Perak agak menurun beberapa hari ini. Suara sumbang pemimpin Bn agak perlahan. Mungkin semua tumpuan di alihkan ke Selangor atau mungkin kehangatan bahang pemilihan umNO yang bakal berlangsung beberapa minggu lagi.

Apa yang jelas isu derhaka yang dijaja telah basi dan tak laku lagi. Ulasan beberapa tokoh bahasa mungkin menyedarkan masyarakat yang buta kebenaran selama ini. Siapa yang lebih memahami bahasa selain tokohnya? Hanya Jauhari mengenal manikam. Jangan pedulilah ulasan Hamid Al Barua dan Rahim budak Tambi dalam hujjah semalam. Mereka hanya pencacai yang sedang memburu popularity pemilihan naib Presiden Mac ini.

Di Peringkat Kerajaan Pakatan Rakyat sedang menjelajah seluruh negeri menjelaskan isu yang berlaku. Semuanya berlapik fakta dan bersulam hujjahyang bernas. Sebagai pemimpin utama, DS Nizar lah yang memimpin gerakan kesedaran dan penjelasan tersebut. Setiap program yang dihadiri DS mendapat sambutan yang menggalakkan dari pagi hinggalah ceramah umum di malamnya sebagi kesimpulan lawatan tersebut.
Seolahnya beliau masih lagi berkuasa walau cuba di cabut di atas kertas. Beliau menepati cirri pemimpin rakyat dan kini sedang membangkitkan kesedaran rakyat.

Di peringkat kerajaan Haram, Zamri seperti kesaorangan. Apa yang mampu dilakukan ialah memaksa pegawai kerajaan mendengar temberangnya. Siapa yang tak hadir akan diambil tindakan. Beliau tidak berani turun padang bertemu rakyat seperti DS Nizar. Beza antara keduanya semakin ketara. Zamri Berlindung di sebalik istana dan kuasa rampasan haramnya. Berhujah depan cermin television dan corong radio. Untuk turun kepada rakyat pasti dengan kawalan ketat.

Paling menarik ialah sikap Najib yang menyepi. Tiada ulasan terkini perkembang politik Perak terutama tindakan speaker. Mungkin Najib telah di nasihatkan oleh mentornya agar jangan menunjukkan kebodohan. Atau beliau kecewa apabila benihnya menelurkan anak Pak Lah Badawi. Berjuta hasil dilaburkan, dengan mudah ditangguk oleh Pak Lah. Benarlah …..Politik bukan hanya kebijaksanaan merancang tetapi juga siapa yang mampu bertindak pantas dan tangkas. Dalam hal ini, Pak Lah lebih pantas menyambar hasil umpanan Najib. Namun Pak Lah semakin ketara kebodohannya apabila tindakannya menampakkan betapa PM seorang ni begitu jahil undang undang Negara yang dipimpinnya. Benarlah kata hadis bahawa kehancuran akan melata apabila orang Jahil di beri kuasa.

Rakyat Perak semakin yakin kini. Yakin pada hak yang bakal dikembalikan. Rombongan popeye ke London untuk mencari spinach mungkin hanya akan bertemu pucuk paku tua yang pasti tak mampu dimamah oleh gigi susu yang baru tumbuh di Perak. Yang pasti nasib speaker Perak sedang menjadi perhatian. Keselamatannya menjadi keutamaan. Orang gila dan dalam keadaan nazak mampu melakukan apa sahaja….. namun usianya takkan lama….

1 ulasan:

Budak Parlimen BAGAN DAT0H berkata...

kesudahannya.......
PAKATAN RAKYAT perintah PERAK blik..
TAKBIRRRRRRRRRRRRRR.....